Struggle my DEAR!

Entry ini adalah untuk semua.

Pada mereka yang kini sibuk dengan kerja masing2.

Dan kulihat ini masanya kita memecut

Melangkah dengan penuh tegap

Jika hari ini masih ada yang berlengah

Ayuh, pimpinlah tangan semua

Kita melangkah bersama-sama

Biarpun ayunan nampak tempang

Biarpun langkahan sesekali tersadung

Namun berhenti jangan sekali

Jika kita sering lemah

Mungkin itu jua bisa di kuatkan

Kerana kita tidak berseorangan

Kekadang masa begitu mencemburui

Hingga kita terlepas sesuatu

Namun yakin dan percayalah

Selagi ada kekuatan, selagi ada keikhlasan

Kita tetap dalam peliharaanNYa

Dan Kini,

Ku tujukan kata-kata ini pada semua,

Pada diriku jua,

Struggle my DEAR!