Alhamdulillah Wa syukrillah,

Sungguh amat tidak disangka penulis dapat mengikuti satu bengkel penulisan pada 26 Disember 2009. Terima kasih buat KakSyahadah yang membawaku ke sana. Terima kasih buat Encik Zakaria Sungib yang mencurahkan sepenuhnya apa yang ingin disampaikan. Hingga saat ini penulis menjadi berkobar-kobar untuk menulis. Menulis adalah satu cabaran. Menulis bukan kerana ingin mencari populariti tetapi menulis kerana kecintaan kepadailmu. Cinta untuk memberikan sesuatu kepada orang lain. Cinta untuk menyampaikan sesuatu yang tidak bisa disampaikan.

Semoga penulis akan terus bercita-cita untukmenjadi seorang 'penulis'yang bukan sahaja dapat menyampaikan sesuatu melalui tulisan malah dapat menggali khazanah ilmu yang tiada taranya.
Di sini, penulis ingin berkongsi pengalaman En Zayu Hisyam yang menulis buku 'Impian Juara', sebuah novel awal remaja, beliau adalah seorang guru. Mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis malah berusaha ke arah itu. Beliau mengatur kehidupan untuk menjadi penulis dan akhirnya dalam masa satu bulan menulis, sebuah buku dapat dihasilkan. Pengalaman itu membuatkan penulis merasakan tiada apa yang mustahil. Dari zero pun masih dapat mencipta sesuatu.

Oleh kerana itu, penulis ingin sekali mengajak ramai lagi rakan-rakan, sahabat, malah sesiapa sahaja yang membaca entri ini menggarap sesuatu berdasarkan kebolehan masing-masing. Setiap orang diberikan pengalaman yang berbeza, cara hidup berbeza dan mungkin juga ada pandangan yang berbeza. Maka, jika ada kesempatan maka bukukanlah. Tidak salah membukukannya kerana ianya boleh dijadikan tatapan buat generasi akan datang.

Tidak ada yang susah jika kita fikirkan sesuatu itu boleh dicapai. Ya Allah, aku ingin menulis kerana cinta-KU padaMU. Aku ingin menulis kerna cintaku pada insan disekelilingku. Izinkanlah aku menulis,ya ALLAH.

~Aku menulis kerana Cinta~

0 komentar:

Catat Ulasan