Sudahkah kita berkira-kira berapa banyak amalan yang kita bawa sebagai bekalan.


Ayuh kita bersama-sama mengejar sebanyak mana pahala yang dapat dan menjauhi segala yang membawa pada dosa.


100% BERSERAH DIRI PADA ALLAH


Berapa peratus tahap penyerahan diri kita kepada Allah. Bagaimana mahu seratus peratus berserah pada Allah?


Sama-sama kita fikirkan...


ü Satu keputusan telah dibuat. Walaupun tak penting dan tak perlu dikhabarkan padasemua, sekurang-kurangnya yang terdekat denganku faham dan mengerti.

ü Agak susah membuat keputusan ini tapi setelah berfikir maka mungkin inilah yang terbaik.

~No More Facebook and Friendster~




  • Ujian yang datang bertalu bisa menguji sejauh mana diri kita, adakah manusia yang sabar, redha, tenang dan juga bertawakal padaNya atau manusia yang sentiasa mengeluh serta menyalahkan takdir.

  • Apabila kita berhadapan dengan situasi sukar maka fikirkanlah cara untuk menghadapinya bukannya berfikir tentang situasi itu sehingga kita buntu untuk mencari jalan menghadapinya.

  • Sentiasa berlaku lemah lembut sekalipun pada mereka yang berkasar dan membencimu kerana kelembutan bisa mencairkan sekalipun hatinya sekeras batu.

  • Untuk Berjaya tiada jalan mudah, biar bertakah asalkan terus menuju kehadapan dan berfikir jauh tanpa menjadikan hal remeh sebagai halangan.

  • Bajailah hatimu dengan siraman ilmu agama agar hatimu sentiasa hidup dan terus terpandu.

  • Jangan sesekali mengikut hawa nafsu yang menyuruhmu melanggar aturan Ilahi.

  • Kecantikan hakiki adalah akhlak yang terpuji, sentiasalah berusaha memperbaiki akhlakmu.

  • Hiduplah dengan penuh ceria dan jalanilah dengan cinta agar kamu sentiasa bersemangat sentiasa.

  • Sesekali kita hanya melihat yang di luar tanpa mahu memahami apa sebenarnya yang tersirat. Berusahalah untuk memahami hakikat.

~BERUSAHA untuk MENUJU cINtA ILAHI selamanya~
“Hidup ini bagai lampu dinding,
Yang dinyalakan di malam hari,
Apabila minyak sudah kering,
Pastikan akan padam sendiri”.

Di birai katil K 22, HRPZ 2, ku tarikan jemari agar tercetus bingkisan kalbu yang bisa menjadi pedoman buat semua hendaknya. Dalam keributan yang bertandang jua pada sebuah harapan yang dinyalakan, masih lagi gagah meniti rintik embun jantan. Sungguh, warna hidup ini berwarna-warni. Adakalanya warna ceria, tidak kurang juga warna duka dan warna resah yang mendesah. Warna-warna yang memenuhi diari harian yang kian sampai ke halaman terakhir.
Ku teliti wajah tua itu. Yang ku kenali sejak awal ku buka mata. Hingga saat ini, ku meniti usia. Wajah tua ini yang dulunya penat dan lelah. Wajah tua ini yang mendayung sampan di dalam hutan berpaya. Yang menangkap udang, ikan dan juga mencari sesuap rezeki buat yang ditanggungnya. Dan wajah tua itu kini baring tidak berdaya.

Terkadang ku dengar rengekan seperti igauan. Mungkin mengingati detik-detik lalu yang kian menghilang ibarat kabus pagi. Kemudian, wajahku jua tertancap pada wajah-wajah lain yang kesakitan. Ku pernah terbaca akan orang mukmin itu sihatnya berkat, sakitnya rahmat.

Dan aku masih belum bisa melelapkan mata. Ku dengar segala ocehan dalam tidurnya.

~Tamat malam yang menyepikan~

Pagi yang ceria. Hari ini adalah hari-hari yang dilalui seperti kelmarin dan kelmarin. Di mulakan dengan kalam suci Allah. Syukur atas segala nikmat yang tak terperi. Pengalaman di sini membuatkan terbit keinsafan bahawa nikmatnya menjadi sihat. Nikmatnya itu tak terasa. Tapi bagi mereka yang diuji dengan Allah menarik nikmat sihat maka, alangkah….

“Wahai yang bergelar hamba Allah, taatlah sentiasa walau dalam keadaan apa sekalipun, susah senang, sihat dan sakit, kerana hanya dengan taat kepada Allah sahajalah dirimu bahagia dunia dan akhirat”

~Semoga terus diberikan kekuatan~

*Apabila kamu melihat orang tua maka lihatlah mereka seperti masa depanmu dan bila kamu melihat anak-anak maka lihatlah mereka seperti masa silammu*
Tatkala ku tulis bait kata-kata ini…hati sedang bergurindam..Bunyi rintik-rintik hujan dan jua keheningan malam bagai bersatu menjadi irama. Sedang jiwa jadi resah. Entah apa yang difikirkan.

Biar saja kalam ini yang menghuraikan sesuatu..agar dengan itu segala rasa akan pergi..


~ANDAI KU MENGERTI~

Andai ku mengerti
Pada lelah yang menyesak dada
Pada keringat yang jatuh di muka
Pada air mata yang menemani duka
Pada tawa yang mengundang bahagia
Pada tangis yang sendu di hatinya
Pada resah yang kian mendesah
Pada secebis ketabahan
Pada setangkai doa
Pada harapan yang tiada putus
Maka kan ku temukan
Apa yang dilalui
Apa yang ku perlukan
Apa yang bisa ku lakukan
Apa yang harus ku jalani
Apa yang membuat semua bahagia
Dan kini
Bagai berlagu sendu

Aku adalah seorang dia yang hilang rasa
Aku adalah seorang dia yang tiada rasa
Aku adalah seorang dia yang tak percaya pada cinta

~LOVE IS NOTHING WITHOUT SACRIFICE~


BAHAGIAN 1

“ Ya ALLAH, perasaan ini terlalu cepat membiak, ianya deras dan laju tanpa dapat disekat-sekat”

“Ya ALLAH, ujian apakah ini? Terkadang menjadi buta kerananya. Terkadang mengikut hati dan perasaan tanpa mengguna akal untuk berfikir panjang”

“Ya ALLAH, jika ini merupakan ujian keimanan maka tingkatkanlah keimanan dengan ujian ini, jangan ditambah dosa kerananya, dan jangan pula menjadi hamba kepada sesuatu yang membawa pada murkaMU”

“ Ya ALLAH, tidak mampu menanggung beban perasaan yang menyesakkan dada, lapangkanlah hati kami, agar tidak tersesat dengan kelekaan kami, agar kami sentiasa kembali pada-MU dalam apa jua keadaan yang ENGKAU lontarkan kami didalamnya.

“Ya ALLAH, kami tidak mahu mencipta kemurkaanMU, kami juga tidak mahu mengundang kemurkaanMU kerana apalah gunanya lagi hidup ini jika berada dalam kemurkaanMU, apalah gunanya berpijak di bumi milikMU jika kami tidak menjadi hamba yang sebenarnya”

Insyirah membacakan doa-doa ini…dia penasaran..mahu saja di tebuk dadanya lalu dibersihkan seluruh hatinya tapi dia sendiri tidak tahu letak dimanakah hati atau jiwa yang sebenarnya..adakah di dalam hati atau di mana. Dia mencari penyegar iman di setiap liku perjalanannya. Teringat dia pada seseorang yang hadir dalam mimpinya..mengacau tidurnya, membayangi hari-harinya, ahhh…batinnya menjerit.

Lantas, dia mengambil keputusan untuk berundur..berundur bukan bererti kalah tapi berundur untuk mencari pengertian. Pengertian yang sesuai dengan saranan Ilahi, dia ingin mencari hakikat yang sedang dia tempuhi. Sedang dalam keadaan apakah dia sebenarnya. Adakah sedang dilanda virus merah jambu atau apa sebenarnya..

Lalu, dia merenung ke dasar diri. Dia telah lama berada dalam bayangan maka inilah masanya keluar ke alam yang benar atau realiti. Maka, keputusan besar dia ambil untuk kehidupannya iaitu…..

~TIADA LAGI BAYANGAN SEMALAM, HANYA YANG ADA ADALAH IMPIAN MASA DEPAN~

Lalu, dia meneruskan hidup sebagaimana biasa..dia seakan terlupa virus itu..moga virus itu tidak lagi mengganggu hidupnya hingga sampai saat dan ketika yang sesuai…amin..


Nukilan
Bintulyamin, dari bumi bertuah Terengganu.