Sudahkah kita berkira-kira berapa banyak amalan yang kita bawa sebagai bekalan.


Ayuh kita bersama-sama mengejar sebanyak mana pahala yang dapat dan menjauhi segala yang membawa pada dosa.


100% BERSERAH DIRI PADA ALLAH


Berapa peratus tahap penyerahan diri kita kepada Allah. Bagaimana mahu seratus peratus berserah pada Allah?


Sama-sama kita fikirkan...


ü Satu keputusan telah dibuat. Walaupun tak penting dan tak perlu dikhabarkan padasemua, sekurang-kurangnya yang terdekat denganku faham dan mengerti.

ü Agak susah membuat keputusan ini tapi setelah berfikir maka mungkin inilah yang terbaik.

~No More Facebook and Friendster~




  • Ujian yang datang bertalu bisa menguji sejauh mana diri kita, adakah manusia yang sabar, redha, tenang dan juga bertawakal padaNya atau manusia yang sentiasa mengeluh serta menyalahkan takdir.

  • Apabila kita berhadapan dengan situasi sukar maka fikirkanlah cara untuk menghadapinya bukannya berfikir tentang situasi itu sehingga kita buntu untuk mencari jalan menghadapinya.

  • Sentiasa berlaku lemah lembut sekalipun pada mereka yang berkasar dan membencimu kerana kelembutan bisa mencairkan sekalipun hatinya sekeras batu.

  • Untuk Berjaya tiada jalan mudah, biar bertakah asalkan terus menuju kehadapan dan berfikir jauh tanpa menjadikan hal remeh sebagai halangan.

  • Bajailah hatimu dengan siraman ilmu agama agar hatimu sentiasa hidup dan terus terpandu.

  • Jangan sesekali mengikut hawa nafsu yang menyuruhmu melanggar aturan Ilahi.

  • Kecantikan hakiki adalah akhlak yang terpuji, sentiasalah berusaha memperbaiki akhlakmu.

  • Hiduplah dengan penuh ceria dan jalanilah dengan cinta agar kamu sentiasa bersemangat sentiasa.

  • Sesekali kita hanya melihat yang di luar tanpa mahu memahami apa sebenarnya yang tersirat. Berusahalah untuk memahami hakikat.

~BERUSAHA untuk MENUJU cINtA ILAHI selamanya~
“Hidup ini bagai lampu dinding,
Yang dinyalakan di malam hari,
Apabila minyak sudah kering,
Pastikan akan padam sendiri”.

Di birai katil K 22, HRPZ 2, ku tarikan jemari agar tercetus bingkisan kalbu yang bisa menjadi pedoman buat semua hendaknya. Dalam keributan yang bertandang jua pada sebuah harapan yang dinyalakan, masih lagi gagah meniti rintik embun jantan. Sungguh, warna hidup ini berwarna-warni. Adakalanya warna ceria, tidak kurang juga warna duka dan warna resah yang mendesah. Warna-warna yang memenuhi diari harian yang kian sampai ke halaman terakhir.
Ku teliti wajah tua itu. Yang ku kenali sejak awal ku buka mata. Hingga saat ini, ku meniti usia. Wajah tua ini yang dulunya penat dan lelah. Wajah tua ini yang mendayung sampan di dalam hutan berpaya. Yang menangkap udang, ikan dan juga mencari sesuap rezeki buat yang ditanggungnya. Dan wajah tua itu kini baring tidak berdaya.

Terkadang ku dengar rengekan seperti igauan. Mungkin mengingati detik-detik lalu yang kian menghilang ibarat kabus pagi. Kemudian, wajahku jua tertancap pada wajah-wajah lain yang kesakitan. Ku pernah terbaca akan orang mukmin itu sihatnya berkat, sakitnya rahmat.

Dan aku masih belum bisa melelapkan mata. Ku dengar segala ocehan dalam tidurnya.

~Tamat malam yang menyepikan~

Pagi yang ceria. Hari ini adalah hari-hari yang dilalui seperti kelmarin dan kelmarin. Di mulakan dengan kalam suci Allah. Syukur atas segala nikmat yang tak terperi. Pengalaman di sini membuatkan terbit keinsafan bahawa nikmatnya menjadi sihat. Nikmatnya itu tak terasa. Tapi bagi mereka yang diuji dengan Allah menarik nikmat sihat maka, alangkah….

“Wahai yang bergelar hamba Allah, taatlah sentiasa walau dalam keadaan apa sekalipun, susah senang, sihat dan sakit, kerana hanya dengan taat kepada Allah sahajalah dirimu bahagia dunia dan akhirat”

~Semoga terus diberikan kekuatan~

*Apabila kamu melihat orang tua maka lihatlah mereka seperti masa depanmu dan bila kamu melihat anak-anak maka lihatlah mereka seperti masa silammu*