Andai ini jawapannya….



Suka dan pilu adalah dua rasa yang berbeza

Tidak akan datang dalam waktu yang sama

Biarpun kalam ini cuba merungkaikan makna

Terus tak terungkap dek kekerdilan seorang manusia

Lestarilah secebis rasa dengan ungkapan doa

Seiring sujud panjang di keheningan

Andai ini jawapan dari istikharahku

Akan ku akui jua akhirnya

Biarkan hati tenang

Biarkan jiwa pasrah

Biarkan rasa ini kembali padaNYA

Subhanallah…….Alhamdulillah…..Allahu Akbar…

~~~~Setiap yang kita sayangi akan meninggalkan kita~~~~~~

" Kasih sayang Allah jualah yang tiada tepiannya."

DREAM WITH ME~ Hamza Namira

Dream with me

Of a tomorrow that’s coming

And if it doesn’t come

We’ll bring it ourselves

We’ll stride upon this path

Our many footsteps will lead us to our dream

Dream with me

Of a tomorrow that’s coming

And if it doesn’t come

We’ll bring it ourselves

We’ll stride upon this path

Our many footsteps will lead us to our dream

No matter how many times we fall

We’ll be able to rise again

Find the way through, challenge and defy the dark clouds

We’ll find our night transformed into a thousand days

Only if we dream

Dream with me my friend

Our footsteps will shorten the distance

I care about my innocent dream

Whatever it may be

It will stand beside us

No matter how long the journey becomes

Even if we becomes lost, my friend

Our reunion will rally us towards our dream

Towards our dream

Only if we dream.

~~~~Sangat2 menyukai lagu ini.....kerana liriknya yang mendalam......... ~~~~~~~~

Alhamdulillah wa syukrillah….banyak yang berlaku tanpa kita sedar. Banyak yang kita lalui tanpa sempat kita mengimbas sama ada ianya telah kita lalui dengan sebaiknya atau tidak. Untuk saat ini dan waktu ini perasaan syukurlah yang mampu di luahkan. Terasa begitu lemah, terasa tiada apa-apa, terasa sangat-sangat pasrah. Sememangnya perasaan ini agak aneh tapi untukku ianya adalah perasaan istimewa. Setelah sekian lama, perasaan inilah yang ku cari-cari. Perasaan penuh pengharapan pada Yang Maha Kuasa. Setelah diri diulit perasaan yang bercampur baur, alangkah indahnya jika ketenangan yang kita dapati, alangkah baiknya jika kita mencapai pula saat-saat bahagia. Hidup kita juga begitu, terkadang jatuh tapi tetap bangkit kembali. Melalui perasaan pilu, perit dan sendu untuk suatu jangka waktu dan kemudian ketawa pula akhirnya. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA. Malah hamba itulah yang sering tidak bersangka baik malahan sering menyalahkan sesuatu yang menimpa dirinya.

Melangkah ke tahun baru dengan azam yang baru dan pengalaman yang baru pula. Meninggalkan daerah semalam yang telah menjadi sejarah, yang mungkin mahu atau tidak untuk dikenang. Menukar status daripada tiada ikatan kepada status baru iaitu pelajar. Bergelumang dengan ilmu yang tentunya mencambahkan minda, meningkatkan daya fikir, mengembangkan sel-sel otak seterusnya menjadikan kita lebih yakin dengan sesuatu yang kita amalkan. Subhanallah, tidak pernah ku tahu bahawa halusnya percaturanMU, diberikan mehnah yang berliku untuk mengecap sesuatu, diberikan ujian yang sangat rencam sehingga aku pasrah dan sujud kepadaMU. Ingin aku terus merasainya, menjadikan setiap denyut nadi dan ritma jantungku ini dengan zikir kepadaMU.

Mendapat sahabat yang baik juga anugerah terbesar buat diri. Saat diri melemah akan ada yang hadir menghulurkan kata semangat. Kata-kata itu ibarat tali dan bot-bot penyelamat yang membantu, memberi pengharapan seterusnya menyalakan tekad yang kian membara buat diri ini. Bukan seorang dua yang hadir, tetapi semua, semuanya sekali adalah begitu istimewa. Mereka ibarat penunjuk arah bagi seorang pengembara yang dalam kebingungan, mencari-cari arah, mencari-cari destinasi, mencari-cari pertologan juga. Alangkah indahnya.

Namun dalam ramai-ramai yang istimewa tentu akan ada yang paling istimewa dengan cara yang berbeza, memberi penuh makna serta tidak pernah lekang menghadirkan secebis senyuman. Ia, aku juga mahu menjadi sahabat yang istimewa buat sahabat-sahabatku. Hadir di kala sahabat penuh kerisauan, kebimbangan malahan ketika diri diulit kebahagiaan.Alangkah baiknya jika ini yang sahabatku catatkan buat diriku;

“Terakhir kali menerima perkhabaran sahabatku membuatkan diriku teruja. Terasa masih berharga di matanya.Terasa masih lagi diingati biarpun hanya melalui coretan pena. Dia adalah sahabatku yang paling baik, yang selalu menolongku apabila aku memerlukan. Pernah suatu ketika aku sangat-sangat memerlukan sahabat untuk meminta pandangan, dia dengan tenang dan rela hati mahu menolongku. Tidak pernah ku dengar rungutannya apabila aku meminta untuk menolongku. Dan kini, dia benar-benar mahukan pandanganku, mahukan cetusan idea dariku. Lantas aku dengan rela hati mahu menolongnya pula. Terasa ini biarpun tidak sebanyak pengorbanannya, biarlah sedikit sebanyak boleh meredakan perasaannya, sendu di hatinya dan juga gelisah yang mengamitnya waktu ini.”

Nasihat-nasihat yang pernah ku dapati;

Oleh itu, aku hanya bisa menasihatkanmu agar kembali kepada ALLAH. Istigfar dan teruslah meminta petunjuk daripadaNYA. Aku hanya mampu menasihatkanmu tapi yang melakukannya adalah kamu, yang akan selalu menjalaninya adalah kamu. Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH. Daku yakin dikau akan berjaya mengatasinya kerana selama ini aku telah tahu siapa dirimu. Jadilah seorang yang mencari redha ALLAH dalam setiap perjalanan hidupmu.


Berlari mengejar waktu yang meninggalkan….

Hidup penuh dengan liku perjuangan…

Segalanya indah kerana ALLAH..


~kadang-kadang apa yang terjadi jauh lebih baik dari apa yang kita harap dan fikirkan~



Kenangan di bandar Melaka 2011~A trip to be remembered~


Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.
Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.


Good teachers:
• have a sense of purpose;
• have expectations of success for all students;
• tolerate ambiguity;
• demonstrate a willingness to adapt and change to meet student needs;
• are comfortable with not knowing;
reflect on their work;
• learn from a variety of models;
enjoy their work and their students.

Alhamdulillah. pejam celik-pejam celik rupanya hampir habis sesi persekolahan tahun ini. Saje nak refresh balik...sejauh mana kemampuan untuk belajar dan mengajar. Kalau dulu kita belajar, selalu kutuk cikgu. Kata cikgu tak pandai mengajar, cikgu begitu dan begini tapi sekarang apabila kita yang mengajar barulah kita tahu yang segalanya tak seperti yang kita fikirkan.

Ramai juga kawan-kawan yang jadi guru, cikgu dan segala kerja berkaitan "teaching". Perkara pertama yang perlu dilihat di sini adalah peranan guru. Rupanya banyak sekali peranan guru. Sedang terfikir-fikir.......mampukah generasi yang dididik ini menjadi generasi yang dibanggakan. Tapi itu bukan urusan kita....hanya yang perlu kita lakukan adalah melakukan tugas kita sebaiknya.........



::::::::::Sedang belajar dan terus belajar.....semoga menjadi pengajar yang baik:::::::::::::::::


::::::::::::::dada terasa ingin pecah..terhimpit..terseksa..tertanya2...terkeliru


::::::::::::::adakah dia YA ALLAH?? Adakah memang benar dia??


::::::::::::::Bagaimana kalau bukan dia, setelah aku ingin menghulurkan tangan menyambutnya??


::::::::::::aku tahu dirimu yang sedang dihimpit perasaan..penasaran


:::::::::::dada terasa ingin pecah..terhimpit..terseksa..tertanya2...terkeliru


:::::::::::::::::::Adakah memang benar dia??

::::::::::::::::::::Bagaimana kalau bukan dia, setelah aku ingin menghulurkan tangan menyambutnya??


::::::::::::::::::::nanti bagaimana aku dipandanganMU??



:::::::::::::::::::: adakah aku kuat dalam menjaga perasaan ini??


::::::::::::::::::::::perasaan ini, adakah sudah benar Ya Allah??


:::::::::::::::::::::aku sungguh keliru



::::::::::::::::::::kalau lah aku bisa mengetahui rahasiaMu


::::::::::::::::::::: lalu bagaimana jalannya ya Allah



::::::::::::::::semuanya terasa seolah2 sungguh kabur dan kelam..


~~~~~~~~~~~~~~rahsia di hati biar hanya ALlah yang tahu~~~~~~~~~~~~~~~~~~