Hari ini, sambil-sambil mengarang thesis….penulis ingin berkongsi rasa. Tajuk entri kali ini seperti di atas. Apa tujuan kita hidup? Tentunya untuk mati. Thanks kepada perintis_pemikir kerana awal-awal pagi lagi menegur status di ym…katanya status ini ada sama dengan tajuk post di blognya. Katanya lagi pemikiran kami serupa. Thanks a lot. Terfikir sejenak…bertimbun kerja…bertimbun beban…bertimbun yang ingin dilepaskan.
Syukran ya Allah…masih bernafas dengan nafas yang sama seperti semalam….tidak tersekat malahan masih boleh bernafas sendiri..tidak seperti insyirah ( anak saudara penulis) yang telah 14 hari lahir, celik melihat dunia tapi masih tidak mampu melepaskan bantuan oksigen untuk meneruskan nafasnya. Ya Allah, bantulah hamba-hamba-Mu yang lemah…
Sekarang rakan baik penulis…..salah seorang dari 3 K di uji…di tahan di PPUM untuk tinjauan lanjut..Tabahkan hatinya ya ALLAH..kami pohon padaMU..permudahkan urusannya dunia dan akhirat…
Akhirnya penulis mahu berkongsi nasyid (Nazrey X-Raihan) ini: hayatilah dengan penuh makna dan dari hari;
hatiku kembali tersentuh
membisik untuk pulang ke sana
di balik pergunungan itu
di laman kedamaian kita
biarpun ku jauh di sini
namun tak pernah lupakanmu
itulah sebagai tandanya
hiasan sanubari ini
hanya kau yang amat ku sayang
* andai kau dengar lagu ini
walau di mana dikau berada
yang hidup atau yang telah tiada
mengertilah wahai saudaraku
dikaulah yang amat ku rindu
yang ku sayang buat selamanya
tapi apalah daya diriku
tak terucap lagi di bibir
walau air mata mengalir
ku tabahkan demi mereka
kerna ku tahu ku kan pulang jua
~Hidup untuk mati-agar dapat menemui Tuhan Yang Satu~
2 komentar:
salam yas..
betul tu..
maaflah.. kite nmpak status awak kat YM tu,,. tapi xtegur.. bak kata org. "Jgn Tegur Lagi.." hehe.. gurau je:)
em.. yas.. mati itu pasti.. hidup itu insyaallah..
yas.. lirik lagu tu menggamit jiwa.. yas, kite syg awak:)
syukran..
sayang awak juga
Catat Ulasan