Walau apapun keadaan yang kita hadapi….usah berduka, ingatlah Allah sentiasa ada sebagai tempat untuk kita mengadu. Tempat untuk kita meluah rasa, tempat untuk kita menggantungkan seluruh harapan dan impian kita.


Dan, jangan pernah mengeluarkan air mata untuk perkara yang tidak perlu dan tidak penting kerana semua itu hanya sia-sia. Semua itu hanya bakal menyesakkan dada.

Ingatlah jua, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah maka akan dianugerahi padanya jalan keluar. Oleh itu, apa lagi mahu kita?? Dengan bertawakal kepadaNya sahajalah maka kita akan dihadiahi jalan keluar.

Ayuh, bertawakal padaNya dengan sepenuhnya. Ku ajak diri dan seluruh yang membaca coretan ini untuk sama-sama bertawakal kepada Allah.


~Always wishing peace for you and me today and always~



0 komentar:

Catat Ulasan