BAHAGIAN 2
“ Ya ALLAH, ujian datang bertalu hingga Insyirah menjadi kian terumbang ambing”.
“Insyirah ini tidak kuat,lemah dan sering berduka nestapa”. Insyirah ini sering jua terpalit dengan masalah sendiri hingga sukar ke luar ke kerangka yang benar dan betul”
“Insyirah meneliti diri. Virus itu kian menjauh, sejauhnya. “
“Sisihkan sesuatu yang menjauhkan daku padaMU, munajat Insyirah dalam keheningan”.
Biarkan luka sebagai luka. Biarkan ia berparut sendiri. Jangan cuba bermain salji kalau takut jatuh dan sejuk. Begitu jua jangan pernah berhajat tinggi jika usaha tidak padan dan tidak sesuai.
Ya ALLAH, Insyirah ini hanya mengadu padaMu. Tiada yang lain. Kerana Insyirah tidak akan pernah percaya pada sesuatu yang tak pasti.
Terima kasih pada sahabat Insyirah jua, dia banyak membantu. Kawan Insyirah lebih kenal daripada yang lainnya. Kerana dia begitu tulus dalam menghulurkan persahabatan. Insyirah jadi malu pada dia. Kerana semangat dan azamnya begitu kental dan kuat, tidak selayaknya Insyirah.
Insyirah jadi begitu gembira dengan jalur kehidupan yang menjadikannya seorang yang kuat dan tabah. Menjadikannya lebih bahagia dan rasa berharga dengan mengorbankan diri untuk kebahagiaan orang lain. Insyirah akan merasa lebih bahagia jika kehidupan Insyirah semuanya kerana Allah.
Semakin Insyirah lari semakin tidak kuat. Kaki jadi longlai. Melangkah jadi kian susah. Insyirah yang dulu bukan begini. Insyirah itu kuat dan tegar. Tidak pernah lemas dengan bahasa dunia yang ada kalanya kencang dan deras.
“Pergilah..pergilah..dan pergilah”. Insyirah akan lebih tenang. InsyaALLAH. Insyirah masih tidak punya kekuatan untuk menghadapinya. Terima Kasih ya ALLAH…. Berikan waktu untuk Insyirah…
P/S: Reactivate my facebook…. Harus ada hubungan dengan kawan-kawan (^^,)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 komentar:
Catat Ulasan