Alangkah sukarnya..

Hidup ini payah…hidup ini tak selalunya bahagia…hidup ini banyak rencamnya. Hidup tak semudah yang disangkakan, terkadang kita mengharapkan hari-hari yang dilalui begitu tenang tetapi di kala itu jualah gelora menerpa bagai tiada disangka-sangka. Apa motif sebenar yang ingin dinyatakan kali ini?

DUGAAN

Bukankah setiap orang akan diuji? Untuk melihat sejauh mana dirinya? Ku terima mesej dari seorang saudaraku:

Upah jagaan:

Kakak RM 150

Kembar RM 440

Amir RM260

Ngaji RM 45

Jumlah RM 895

Ini baru melibatkan kos jagaan anak bukan lagi kos untuk makan minum, minyak kereta, pinjaman bank, ansuran kereta, bayaran balik ptptn, dan juga kos-kos lain seperti membeli keperluan dan juga untuk bergaya. Memang sukar. Tambahan pula jika tinggal dibandar besar seperti Kuala Lumpur. Baru bercakap soal keperluan keluarga belum lagi soal pendidikan dan juga soal-soal lain berhubung tanggungjawab dalam kekeluargaan.

TERIMA KASIH

Ku kalungkan ucapan ini pada semua yang telah membesarkanku, menemaniku, memberikan perisa dalam setiap hariku, lantas pada sesiapa jua yang mahu melihat diriku berjaya....... and the most important thing...untuk pengorbanan semuanya.....ucapan terima kasih takkan bisa membalas segalanya.

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

huhuhu....hidup xde makna tanpa dugaan....huhuhu.....ramai ye anak dia e.....bukan duit je yg perlu dirancang tp anak pon....tgk la kemampuan.....2 masih kecik lg....esok2 bl da besa....blaja tinggi lak.....erm.....pecah la kpala mak ayah.....huhuhu.....

Catat Ulasan