Hamdan wa syukran lillah….. dihadiahi pelbagai nikmat yang tidak terhitung. Usia semakin merangkak pergi…Terasa telah lama menghirup udara di muka bumi ini. Sedangkan belum cukup amalan dan bekal untuk di bawa ke sana. Mari….kita sama-sama merenung bait-bait kata ini buat pedoman di hari depan.

“Berhati-hatilah terhadap cinta. Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka tidak menyedari diri mereka sebenarnya telah tertusuk duri cinta. Cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memtik mawar tanpa tertusuk duri-durinya”

“Ketika diri merindui,aku selalu teringatkan Tuhan. Aku selalu bermohon padaNYA agar DIA menguatkan jiwaku, memberikan pertolongan padaku dan menunjukkanku jalan yang terang. Aku pasrah dan redha, ku serahkan jiwaku hanya kepadaNYA. Aku yakin terhadap takdir dan ketentuanNYA.”

“Marilah kita serahkan kepada takdir. Setiap pertemuan dan perpisahan sudah adat dalam kehidupan. Kita harus menerima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas.”

“Apabila perasaan cinta mula bertunas, seharusnya saat itu juga dipagari dengan makrifatullah, dipancang dengan quwatusillahibillah, agar tunas itu mekar, tumbuh, kuat dan berakar nanti saja, pada waktu yang tepat dan padaorang yang tepat.”

“Ya ALLAH….dengarlah rintihan hati ini,

Tatkala kurasa diri disisihkan,

Engkau sentiasa ada untuk mendengarkanku,

Ya ALLAH, saat hati ini melemah,

Engkau kuatkan dengan tarbiyyahMU,

Apabila diri diejek dan dihina,

Hiburan sentiasa mendatang melalui kalamMU,

Begitu dapat meredakan perasaanku.

“Ya ALLAH, apabila hati riang menyanyi,

Sering kealpaan menerpa di atmaku,

Tatkala diuji,

Seing keluhan yang menyapa, terasa sempit di dada,

Terasa mahu melimpah air di mata,

Ya ALLAH, daku tahu,

Aku bukanlah pencinta yang setia,

Sering dihantui kesalahan,

Namun, aku adalah pengintai harapan,

Dari semua sisi untuk sampai kepadaMU,

Ya ALLAH,

Engkau jadikan daku kuat,

Setelah menempuh beban yang berat,

Engkau jadikan daku pandai,

Setelah diajari dalam waktu yang panjang,

Ya ALLAH,

Jadikanlah pengharapan dan pengabdianku,

Sebagai tanda pengabdianku padaMU.”=Nukilan Bintulyamin.

Melihat kepada setiap butir kata di atas…diri mencerna sendiri…..biarlah apa sahaja yang berlaku selepas ini….adalah BAIK dan SESUAI untukku dalam pengetahuanMU, ya ALLAH. Kita terkadang merasakan apa yang kita lakukan, kita inginkan dan kita mahukan adalah baik dan sesuai pada diri kita tapi di sebalik pengetahuan kita ada rahsia yang lebih agung yang hanya akan terzahir apabila dizinkan olehNYA.

Setiap aspek, tidak kiralah untuk diri, keluarga, agama, negara, bangsa dan seluruhnya memang menjadi rahsia ILAHI. Untuk itu….teguhlah menerima setiap ujian mendatang, biarpun pahit, biarpun perit namun telanlah. Kerana tanpa kita mahu terima, ia tetap juga menimpa kita, jadi alangkah lebih baik kita menerimanya dengan baik, dengan hati yang lebih tenang dan dengan memikirkan bahawa segala yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.

“Duhai diri…….jangan sesekali dunia ini melalaikanmu. Tiada apa yang perlu disedihkan dan dirisaukan berbanding nasib di negeri abadi”

~~~~~~~Daku bermohon semoga yang baik dan sesuai itu selalu ku dapati~~~~~~

0 komentar:

Catat Ulasan