Pengurusan Cinta Menurut Perspektif Islam
Oleh Ustaz Ismail Musytari

Ceramah ini didengar dan dihayati sehingga dinukilkan kembali. Semoga mendapat manfaat.
Isi-isi penting:

• Cinta adalah perkara yang suci.
• Seorang sahabat berkata” Aku besryukur kepada Allah, kerana anakku dianugerahkan fitrah yang betul” apabila mengetahui anaknya jatuh cinta.
• Alam percintaan di bangku sekolah, perlu diberi perhatian kerana alam pernikahan belum lagi nampak.
• Jatuh cinta dan jatuh suka. Perkara biasa.
• Surah Az-Zariyat-sesungguhnya manusia dijadikan berpasangan
• Surah- Al-A’raf- “Dialah Allah yang menciptakan kamu semua daripada hakikat yang satu…..
• Untuk bersenang hati dan hidup mesra- untuk berkongsi, menunaikan segala keinginan kemanusiaannya yang betul.
• Surah an-Nahl-72-
• Timbulnya naluri suka- ada tarikan magnet-
• Anak-anak disuruh sembahyang sejak 7 tahun- kehidupan social juga perlu diajar dan dibentuk.
• Kakak perlu keluar rumah dengan pakai tudung-unsur peringatan-mengambil tempoh 3 tahun.
• Pukul anak bila berusia 10 tahun tapi masih tak mahu sembahyang.
• Pergaulan lelaki dan perempuan, aurat dan sebagainya.
• Melontarkan 200 kali perkara yang sama- teori kelaziman oleh pakar motivasi.
• Tarbiyatul Aulad, Ihya’ Ulumiddin,
• Proses pengurusan batasan- yang perlu diberi kefahaman.
• Perlu dilazimkan dengan pendidikan yang betul.
• PENDIDIKAN AWAL PERLU DILAZIMKAN DENGAN PERKARA YANG BETUL.
• Kata-kata Syaidina Ali- Sesungguhnya yang aku kekhuatiri adalah 2 perkara iaitu panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu.
• Target-penting. Letakkan objektif untuk imarahkan dengan perancangan yang betul bukan khayalan. Berangan-angan tanpa melihat kemampuan. Islam suka kepada musyawarah supaya tidak membuang masa.
• Jangan memberi ruang kepada nafsu, nafsu akan menagih yang kedua, ketiga dan keempat dan sebagainya.
• Nafsu akan menghalang segala kebenaran.
• Cinta adalah realiti ataupun khayalan?-keasyikan-keterpikatan kepada wanita- Demi Allah, sebuah cinta teramat agung untuk dapat dilihat, ia ada didalam dada ia bersemayam bagaikan api bersemayam didalam batu. Jika dinodai akan membakar, jika cuba untuk ditinggalkan dia akan dibayangi. Orang yang sedang fana’ bercinta seperti orang sakit.
• Nafsu bagi diri seorang pemuda yang beriman seperti api berada didalam batu-Luqman al-Hakim.
• Awal mula tergeraknya berasal dari hati, lemah pandanganganya , gugup dalam berbicara sehingga orang yang mengalaminya seperti dalam kegilaan.
• Jatuh cinta pada wanita itu normal.
• Betapa hebatnya orang yang jatuh cinta.
• Ujian percintaan- perlu berkongsi dengan orang yang pakar dalam bercinta, tapi perlu berkongsi dengan orang yang amanah. Supaya tak teraib dan tidak terfitnah.
• Antara cinta dan seksual- adalah perkara yang berbeza. Cinta bukan atas dorongan seks pada keseluruhannya. Seks itu hanya serpihannya. Cinta ini satu naluri yang suci. Hendaklah didasarkan kepada agama.
• Bila asas yang tidak betul maka ibarat bangunan yang rapuh yang mudah runtuh.
• Umar ibnu adul aziz memberi kata dua kepada isterinya. Jika inginkan keduniaan maka boleh meninggalkannya, dan jika mahu disisinya maka boleh kekal disisinya. Isterinya kata tidak pernah mandi junub semenjak khalifah Umar menjadi Khalifah. Cinta mengatasi keinginan seks.
• Tidak mengungkit keaiban.
• Terus bersatu sepanjang hayat. Niat kerana sunnah Rasulullah dan tunaikan tuntutan agama.
• Pndangan para ulama’ tentang cinta berdasarkan hadis- Man asyaqo wa qotama, mampu jaganya dan menyembunyikannya, dan bersabar. Sekiranya mereka meninggal maka Allah akan memasukkannya dalam syurga. Sentiasa berdoa kepada Allah, hingga kehidupanku terganggu, timbul detik tersebut,
• Wanita dari perspektif kesihatan- bagaikan titisan air embun subuh –
• Tak menganggu emosi wanita itu,
• Tak semestinya cari sms, Tanya dia,- terbaik tanya orang lain, walinya.
• Barangsiapa jatuh cinta dan mampu menjaganya- kita akan merosakkan amalan kaum hawa….
• Dari aspek agama- inilah perempuan yang baik.
• Bila dengar nama dia tak berbunyi dalam hati/tidak timbul keinginan dalam hati…
• Dalam Islam perlu merisik, jangan direct pada wanita- syaitan akan ganggu emosi wanita itu,
• Yang terbaik adalah menyembunyikan dahulu, Ya Allah-jika ini fitnah kepada saya maka jauhkanlah-istikharah, berdoa, solat hajat,
• Cinta itu adalah ujian yang hebat. Pujuk diri bersabar.
• Imam Ibnu hazam-berdasrakan kata-kata Umar Ibnu Khattab- Itu adalah termasuk dalam sesuatu perkara yang tidak dapat dimiliki,
• Imam Ibnu Jauzi- kecintaan, kasih sayang, cinta yang menguasai akal itulah cinta yang tercela.
• Jangan bercinta mengikut nafsu.
• Barat cuba melorekkan seperti drama-drama dalam tv….
• Pastikan dia berpunya ataupun tidak..Kalau dia tak terima kita beristigfar… kita jangan dukacita, mungkin dia tak sedia lagi dan sebagainya.
• Tidak akan terbuka orang yang bertanya- orang yang merisik.
• Islam telah memberi garisan yang betul.
• Couple itu maksiat-jangan sekali berdua-duaan dengan wanita ditempat sepi.
• Bila terjebak dalam maksiat, dan kekal dalam maksiat maka rosaklah ibadah kita, ilmu kita dan amalan2 lain.
• Ujian Allah dalam percintaan ini ada yang berat dan ada yang ringan.
• Prioriti dan keutamaan dalam meletakkan kecintaan. Cinta kepada Allah, Rasulnya dan berjihad dijalan Allah, barulah bapa, ibu, anak-anak dan isteri…
• Cinta kepad Allah bererti tinggalkan maksiat… Bahwa pengurusan cinta itu mesti tidak melepasi batasan agama.
• Surah an-Nur-Perempuan2 yang jahat adalah untuk laki2 yang jahat, perempuan2 yang baik adalah untuk laki2 yang baik,
• Permaisuri yang tidak membawa nista, dosa yang tidak mengundahkan anda..
• Allah maha adil- jika kamu menjaga hak agama, tidak berpoya2 dengan wanita, tidak merosakkan kehidupan wanita, -maka kamu mendapatkan permaisuri yang terbaik.
• Menghuraikan kemelut yang di rasai…

SOAL-JAWAB

• Pertemuan di rumah untuk pastikan…untuk ambil jadi isteri, pandang sekali untuk pastikan dia bakal calon isteri kita, bertunang jangan lama-lama.
• Buatlah hubungan dengan keluarga, jangan terus direct pada wanita tersebut.
• Islam tidak mahu menimbulkan syak wasangka .
• Cinta sebagai tapak untuk melahirkan mujahid-mujahid dan pejuang Islam.
• Faktor masyarakat, faktor keluarga dan faktor adat sendiri-realiti masyarakat di Malaysia-
• Barat telah mensekularkan kefahaman dan pemikiran masyarakat kita.
• Kadar penceraian semakin bertambah-kerana ambil cara Barat dalam kehidupan kita.
• Kita yang akan bina keluarga-wujud ketenteraman, rasa bahagia, rasa sejuk, damai, seronok,
• Cinta yang semakin mekar dan dipupuk.
• Az-Zuhri- Cinta Nabi kepada Syaiditina Aisyah radiallahu anha.
• Isteri jadi pendamping, penyelesai masalah…. Rasa bagaikan ikan berada dalam air.
• Kebahagiaan itu bagaikan bunga yang apabila manisannya dihisap maka bunga akan layu.
• Kita akan cuba elakkan daripada perasaan jatuh cinta- tidak boleh luahkan secara direct, bagaimana nak uruskan dengan cara yang betul.
• Hassan Al-Banna- Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram.
• Sesungguhnya orang yang mencintai sesuatu itu maka kita akan mengikut sahaja terhadap sesuatu yang dicintai itu.
• Tidak akan terhimpun dalam hati insan yang cintakan Allah cinta yang kedua selain cinta kepada Allah.
• Bagaimana mahu kembali ke pangkal jalan?- Bertaubat, solat taubat, doakan saya supaya saya berubah,
• Kadang-kadang kita yang tak mahu menerima bantuan Allah.
• Dhoruratus syara’- perkara yang penting
• Cara Islam sudah banyak kelonggaran untuk menyelesaikan masalah.
• Cinta itu tidak semestinya diungkapkan dengan kata-kata, kerana kata-kata menuntut lebih banyak kata-kata.
• Itu semua tidak penting diperingkat awal- Tanya suka makan apa dan sebagainya.
• Kita harus mengekang nafsu kita, menahan nafsu kita dalam melayari ujian percintaan,
• Allah akan turunkan ujian dalam kehidupan kita berdasarkan situasi yang berlaku.
• Umat Islam bagaikan barisan tentera, kalau buat silap bagaikan merosakkan tentera yang lain.
• KITA YANG TAHU INI HARUS CUBA MENGAMALKAN.


0 komentar:

Catat Ulasan