Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh……
Menjengah ke ruang maya setelah lama
menjadi kaku dan beku. Mencurahkan sesuatu setelah lama memendam rasa. Mahu jadi seseorang setelah
berfikir untuk jadi seseorang untuk sekian lama. Segalanya bagai sekelip mata. Orang kata
ibarat silap mata. But no one is coincidence kerana semuanya adalah kehendak
Allah. Kekadang terasa bagai baru
terjaga daripada tidur, dan sememangnya kita terjaga setiap pagi untuk suatu
perkara yang baru.
Menjadi seorang guru rupanya tidak
semudah yang dijangkakan. Tidak seperti berada dalam lab phatology sewaktu
praktikal dahulu. Kalau dulu bermain dengan sesuatu yang tidak dapat bercakap
tapi sekarang semuanya boleh berkata-kata. Setiap mereka memberi pengertian
yang sangat berbeza. Setiap kali ku ingatkan kesalahan mereka setiap kali
itulah ku pandang wajah dan mata mereka. Alangkah kerdilnya diriku, berada di
keliling manusia yang suci fitrahnya.
Subhanallah. Perjalanan ini masih
panjang. Perjalanan ini masih lagi jauh terbentang. Terasa sangat-sangat lemah.
Dengan segala ujian yang terbentang di ruang mata. Saat-saat ini….mahu saja
pergi bercuti. Mengambil angin dan nafas ketenangan. Mencari sesuatu yang
hilang. Sememangnya, jauh di sudut hati…betapa banyak yang perlu diperkuatkan.
Terutamanya sekeping hati. Sekeping hati yang perlukan bimbingan Ilahi dalam
mengharung setiap detik yang dilalui.
Kali ini…sememangnya kebuntuanlah yang
beraja di setiap penjuru jiwa. Bagaimana harus di luah, makin di luah makin
resah. Makin dipendam makin sesak.
~MARILAH KEMBALI PADA ALLAH~
0 komentar:
Catat Ulasan