Hari ini dalam
kenangan
Hari ini 23 Mei 2012……. Semua orang tahu. Kita semua tahu juga hari
ini 2 Rejab 1433H. Hari ini juga…kita hadapi pelbagai peristiwa. Tidak semua
orang tahu..tapi kita dan orang-orang yang terlibat akan tahu. Begitulah
sehari-hari. Hari ini….Hari Rabu. Ada berita yang kadang-kadang kita jangka dan
ada juga yang kita tak jangka. Bak ada pepatah…ada masalah yang kita undang dan
ada yang tidak di undang. Ada seorang kakak merangkap guru di Sek hari ini…rumahnya
di masuki pencuri. Tidak sempat bertanya khabar tentang musibah itu kerana ada
mesyuarat dan juga ketiadaannya di sek akibat perkara yang tidak di
jangka-jangka ini.
~Pemandangan dari atas~
Seterusnya, GPK Kokurikulum…sesak
nafas. Sehingga terpaksa di hantar pulang ke rumah oleh GPK 1 dan juga Ustaz
jQaf. Sememangnya sewaktu meminta tandatangan, wajahnya agak kepenatan, lesu
dan tak bermaya. Semuanya itu menunjukkan keadaan badannya yang menanggung
kesakitan akibat penyakit Kencing Manis ( Retinopati Diebetes). Semuanya itu membuatkan diri kita insaf. Alangkah, bila
diuji….kuatkah kita.
Dan beberapa hari sebelum ini,
rumah berdekatan dengan rumah sewa ini kebakaran. Milik Pensyarah maktab,
sebuah bunglo hangus manakala 2 lagi rumah sewanya juga dijilat api. Semuanya
berlaku sekelip mata, akibat lintar pintas. Alangkah…Innalillahi waiina ilaihi
rajiun. Hebatnya ujian.
Semoga mereka tabah menghadapinya. Hari ini juga, seorang kenalan, berangkat mengerjakan umrah. Selamat mengerjakan umrah dan selamat semuanya. Hari ini….sebelum usia meningkat satu angka lagi… Sebelum diri ke tempat asing di bumi kelahiran sendiri. Alangkah. Hari ini juga ada pelajar menangis kerana tak dapat jawab kertas periksa. Apa boleh di bantu? Bukan tidak mahu membantu tetapi..masa telah tamat. Jadi, tidak dapat berbuat apa-apa.
Hari ini mahu berterima kasih
dengan semua. Kerana esok mungkin saja kita tak dapat lagi berbuat
demikian.Mahu berterima kasih pada keluarga…. Pada ibu..pada kakak..pada
abang..biarpun mereka tak membacanya…. Mahu berterima kasih pada kawan-kawan
yang mengenali jika ada yang membacanya seterusnya pada yang baru saja
membacanya..terima kasih.
Banyak perkara yang dipelajari
sejak akhir-akhir ini. Subhanallah..Benarlah…RahmatMU cukup luas.
~Mahu
sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..dan berterima kasih pada sesiapa yang
berlalu di ruang mata~
Hari ini 23 Mei 2012……. Semua orang tahu. Kita semua tahu juga hari
ini 2 Rejab 1433H. Hari ini juga…kita hadapi pelbagai peristiwa. Tidak semua
orang tahu..tapi kita dan orang-orang yang terlibat akan tahu. Begitulah
sehari-hari. Hari ini….Hari Rabu. Ada berita yang kadang-kadang kita jangka dan
ada juga yang kita tak jangka. Bak ada pepatah…ada masalah yang kita undang dan
ada yang tidak di undang. Ada seorang kakak merangkap guru di Sek hari ini…rumahnya
di masuki pencuri. Tidak sempat bertanya khabar tentang musibah itu kerana ada
mesyuarat dan juga ketiadaannya di sek akibat perkara yang tidak di
jangka-jangka ini.
2 komentar:
terjumpa info ni, pasal kencing manis… sharing is caring :) - Video/Gambar Potong Kaki Kerana Kencing Manis
tq atas perkongsian
Catat Ulasan