Renungan
Malam ini…. Seorang diri. Tiada teman…kerana semua sudah balik.
Tinggallah seorang. Nanti-nanti kita akan seorang juga kan. Masuk kubur pun
sorang-sorang. Keseorangan menjadikan kita insan yang banyak berfikir daripada
bercakap. Mahu menulis kerana banyak perkara yang dapat diluahkan dengan
tulisan. Gabungan perkataan yang membentuk ayat seterusnya melahirkan maksud
yang tersendiri. Apabila kita menulis, kita sebenarnya mempersembahkan apa yang
kita fikir dan apa yang kita rasa (sesuatu yang ada dalam hati kita).
Syukur..ALHAMDULILLAH. Itu saja
perkataan yang layak untuk disebut melambangkan betapa nikmat ALLAH yang luas…segala
yang diberikan sepanjang hidup ini, tidak tergambar betapa banyak dan luasnya.
Mahu bercerita tentang
pengalaman. Pengalaman itu mendewasakan. Pengalaman membawa sesuatu dalam
hidup. Tinggalkan segala yang buruk buat sempadan, gunakan yang baik untuk
pengajaran. Hidup pada hari ini dan akan datang. Sejak akhir-akhir ini, banyak
belajar daripada orang sekeliling. Belajar untuk memahami, belajar menghargai,
belajar mengenal diri, belajar bertanggungjawab, belajar memperjuangkan
kebenaran dan belajar untuk mencintai diri sendiri kerana ALLAH. Itu semua
rahmat ALLAH jua. Segalanya Allah yang beri. Tanpa keizinanNYA, tidak berlaku
semua perkara.
Dan….untuk minggu ini….betapa
keseorangan itu membuatkan kita lebih mencari siapa diri. Betapa duduk bertapa
itu menjadikan kita orang yang menghargai. Sahabat-sahabat ibarat cermin diri.
Mereka telah banyak membantu. Mereka adalah anugerah ALLAH. Membantu di kala
susah. Memberi di kala memerlukan. Dan mereka membawa sesuatu dalam hidup.
Hidup di perantauan menjadikan kita menghargai teman. Teman itu ibarat saudara.
Apatah lagi seakidah…sejemaah.
Mahu melakar hari dalam
keredhaanNYA bukan mudah. Seringkali jiwa meronta. Seperti yang kita
tahu..melalui ilmu yang ada…walau sedikit Cuma… Nafsu itu harus diperangi..kena
mujahadah. Cemburu…. Iya cemburu dengan mereka yang dekat dengan ALLAH. Yang
tahu menjaga diri dan hati. Yang tahu menjaga syariat dan juga menjaga
segala-galanya kerana ALLAH. Sungguh..terima kasih ya ALLAH dipertemukan dengan
mereka-mereka ini.
Bulan Ramadhan hampir tiba…Balligna
Ramadhan…Ramadhan ini…adalah ramadhan yang ke 26 dalam kelendar Hijrah. Ulang
tahun kelahiran, 26 Ramadhan…Allahu Rabbi. Terima kasih ya ALLAH…atas
segala-galanya. Berikanlah daku kekuatan untuk sentiasa taat kepadaMU…peliharalah
seluruh umat Islam ini ya ALLAH…
~Dengar ceramah….cita-cita yang
sebenarnya yang harus kita tanam adalah nak jadi ahli syurga~
Mati dalam redha ALLAH adalah
cita-cita para mujahid dan mujahidah….Sentiasa positif…moga beroleh ketenangan
di dunia dan di akhirat~
Mode~menyiapkan
assignment!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
1 komentar:
Moga Allah pinjamkan sedikit kekuatanNya buat kita.
Kasih Allah ku yakin buatmu sahabat. ^^,
Catat Ulasan