Salam alaik.. k.adeq..
Masih ingat insan bernama yasmira?
Bukan mahu komen atau ingin memberi sesuatu daripada entri
k.adeq..kerana siapalah saya yang tiada pengalaman dalam
berumahtangga..namun...hanya sekadar pandangan manusia biasa..yang melihat
mereka..yang telah berumahtangga. Yang menilai melalui pengalaman orang lain...
Bahagia... Bukan pada banyaknya nikmat yang kita
terima..bukan jua pada ujian yang bertimpa-timpa..tapi ungkapan bahagia itu
adalah pada hati yang redha.. yang mahu sentiasa kembali padaNYA... Saat diri
lemah dengan ujian.. saat diri senang dengan segala nikmat terbentang....
Perkahwinan menuntut 1001 pengorbanan kerana hidup berdua
tidak sama dengan hidup sendirian. Ada hati yang perlu di jaga, ada perut yang
perlu di sara, ada keluarga yang akan sentiasa bertanya... Mahu tidak mahu...
minda yang sejahtera harus memandu setiap perlakuan... Harus sentiasa adakan
perbincangan.. Selesaikan semuanya di atas meja. Jika tak dapat diselesaikan
dengan cara berbincang juga... pendamkan saja. Biar keadaan dan masa yang
menyelesaikannya. Kerana Allah tak pernah leka pada manusia yang berusaha..
Semoga bermanfaat..
Doakan adikmu ini menjalani kehidupan dengan bahagia, duhai
kakakku..
Daripada Blog K.adeq~seorang kakak yang dikenali sewaktu tahun pertama di Universiti Malaya:
Assalammualaikum. Apa khabar? Moga jasad dan jiwa kita baik-baik hendaknya, insya-ALLAH, amin.
Elok jasad dengan memakan makanan yang halal... datangnya (makanan itu) dari sumber yang halal dan baik-baik. Bagaimana pula yang dikatakan dengan sumber yang halal tersebut? Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita berlaku amanah dalam melaksanakan kerja yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri kita?
perihal perbelanjaan dalam rumah tangga
sedih mengenangkan dirinya yang keluar duit lebih dalam keluarga
sedang sang suami agak boros dalam berbelanja
itu ini mahu dibelinya
jauh di sudut hati
beliau mengimpikan
rumah tangganya... di mana suamilah yang menyediakan segalanya
ia pula membantu meringankan beban sang lelaki
namun sayang
yang berlaku adalah sebaliknya
duit sewa rumah, dia yang bayar
duit pinjaman kereta, dia juga yang bayar
duit itu ini begitu begini, dia perlu tanggung
jadi, jadi bagaimana?
Hmm...
Entahlah...
Muthiah bukanlah insan yang selayaknya untuk berbicara tentang ini.
Ilmu Muthiah tidaklah setinggi mana (bahkan tidak arif pun)...
Namun Muthiah berharap agar...
setiap perkahwinan ada cabarannya
ada mehnahnya
ada onak dan durinya
dugaan itu pula macam-macam
macam-macam ada
ada orang, diuji dengan pasangan sendiri... sikapnya, butir bicaranya
ada orang, diuji dengan uang, harta
ada orang, diuji dengan keluarga (tidak kiralah sama ada keluarga sendiri mahupun si mentua)
ada orang, diuji dengan kerjaya
ada orang, diuji dengan orang ketiga
maka, bertabahlah
ALLAH tidak akan menguji seseorang sesuai dengan kesanggupannya
jika tetap tidak mampu menahan rasa
merintihlah kepada DIA yang Maha Mengetahui
berceritalah kepada DIA yang Maha Arif... ALLAH dengar, ALLAH lihat
mohonlah kepada-NYA agar menunjuki jalan yang benar... jalan yang membawa bahagia
berharaplah kepada-NYA agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan jiwa
moga rumah tangga ini kekal aman bahagia sampai ke syurga
tidak mampu juga?
minda dan hati asyik terkenangkannya
hendak tidak hendak
nyatakanlah dengan penuh hemah dan kasih sayang
moga-moga si dia memahami
Hmm...
Okey. Macam merapu dan tidak tersampai maksud pula. Apa-apa yang dirasakan baik, ambillah dan jadikan pedoman namun jika memudaratkan... letak ke tepi, usah ambil peduli...
BAHAGIA...
Insya-ALLAH sebuah rumah tangga itu akan bahagia (namun jika tergigit lidah itu, asam garam) andai...
- kita sama-sama berusaha mendekat pada ILAHI
- saling berkongsi rasa, tidak memendam di dalam hati (melainkan sekiranya perkongsian itu lebih memudaratkan)
- saling menerima kelemahan dengan berlapang dada (dalam masa yang sama, berusaha untuk memperbaik kelemahan yang ada)
- suka sama-sama suka... menangis pun sama-sama, susah senang bersama
- tidak selfish atau ego dengan kehendak sendiri
- percaya dan jujur pada diri dan pasangan
- memberi dan menerima seadanya
0 komentar:
Catat Ulasan