Guru…itu
nama bagi mereka yang berada di sekolah. Mengajar dan tugasnya di katakan
begitu mulia. Dalam hidup ini..kita akan jumpa guru di mana-mana. Selepas lahir
saja, kita di ajar di rumah. Madrasah pertama sebelum lainnya. Kemudian,
melangkah kaki ke sekolah. Walau di sekolah manapun, kita pergi. Kita diajar
bermacam perkara. Sekolah kerajaan, sekolah swasta, sekolah berasrama dan
sebagainya. Terpulang kepada kita, bagaimana untuk mencedok ilmunya. Ada yang diberi
pelajaran agama daripada awal, dikurniakan keluarga yang faham agama serta
menjalani kehidupan beragama sepanjang jalan hidupnya.
Seperti kata
seorang kawan, perjalanan kerohanian setiap orang adalah berbeza. Bagaimana
pengakhiran kita, itulah yang paling penting..Bukan mahu mengajak supaya tidak
beramal sekarang tetapi supaya kita melihat sesiapa saja dengan mata hati. Subhanallah.
Di beri peluang untuk mendengar curahan ilmu dari bibir murabbi. Yang mengajar
dan menegur dari hati. Berkata pedas sekali, bersandar Kalam Ilahi dan Sunnah tiada
mengecilkan hati. Mereka begitu mulia. Semoga Allah merahmati mereka.
Berikut
adalah perkongsian daripada mutiara-mutiara yang diberikan. Semoga bermanfaat,
dapat difikirkan, dapat direnungkan dan dapat diamalkan. Terutamanya kepada
yang menulis ini kerana begitu dekat sekali dengan apa yang direncanakan ini.
_Jadilah
guru yang ditunggu-tunggu oleh sekolah dan masyarakat.
-Jangan jadi
seperti barang-barang dalam stor. Tiada bermanfaat.
-Sifat-sifat
mukmin yang berjaya;
1. Bersyukur
dengan rahmat dan anugerah
2. Berterima
kasih kepada ibu bapa dan guru-guru.
3. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w agar selamat daripada api
neraka.
3 Amalan
yang tidak terputus daripada bani Adam iaitu
1. Sedekah
jariah
2. Anak yang
soleh
3. Ilmu yang
bermanfaat.
Setiap gerak
geri kita ada ujiannya. Ini adalah untuk memberi pahala kepada kita.
Orang baik
kiblatnya adalah Kaabah~(Selalu menyembah Allah)
Jangan puji
manusia( jangan mengagungkan manusia)
Solatlah di
mana-mana kita berada
Apabila ada masalah
atau sebagainya (Solatlah ubatnya). Terlalu banyak hikmat yang didapati
daripada solat.
Untuk
menjadi orang berjaya, marilah sama-sama kita merenungi Surah Mu’minun;
Kita harus~
ulang-ulang, zikir-zikir supaya ingat.
Setakat ini
dulu..semoga Bermanfaat…
Gambar pokok ini beberapa bulan yang lalu.....sudah makin tinggi dan besar....~
0 komentar:
Catat Ulasan