Payah. Susah. Rumit. Celarunya sebuah hidup. Iya, biarpun sedemikian segalanya harus kita tempuhi.Tiada siapa yang mahu hadir dalam kehidupan seseorang untuk dibenci, dimusuhi malah untuk didendami. Tapi bila kejadian ini terjadi, harus terima segalanya dengan redha dan ikhlas. Baru sahaja menamatkan kegusaran yang berlaku sebulan dua ini. Selamat tinggal kuantan, mungkin di sini bukan tempatnya, tidak betah untuk meneruskan kembara di sini. Ada tempat lain yang lebih cocok dan sesuai. Ya Allah...kuatkan kaki ini melangkah, biar kemanapun, biar dimanapun...

::::Biarkan segalanya menjadi kenangan dan tersimpan kemas dalam peti besi ingatan........terus bersemangat.......terima kasih ibu dan keluargaku, kalian adalah belahan jiwaku::::::

Pertamanya…..dan selamanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Tuhan semesta alam. Yang telah menyusun segala-galanya dengan teratur dan penuh dengan kesempurnaan tetapi tangan-tangan manusialah yang menghancurkannya dan juga sering mengambil jalan bermusuh-musuhan di atas muka bumi ini. Ya ALLAH, ya Rahman Tuhan yang Maha Pemurah, Engkau mengetahui apa yang tersingkap dan apa yang tersirat. Engkau lebih mengetahui apa yang tersembunyi di setiap sudut dan sanubari hamba-hambaMU. Wahai Tuhan yang memberikan daya dan kuasa kepada hamba-hamba yang lemah sehingga hamba-hambaMU terkadang begitu angkuh dengan daya yang ada pada mereka hingga terlupa akan kekuasaan yang lebih agung. Ya Rahim, Tuhan yang memberikan rezeki yang melimpah-limpah sehingga ada hamba-hambaMU yang tidak pandai bersyukur bahkan tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki sedangkan tiada suatupun milik mereka. Semuanya adalah milikMU semuanya. Ya Tuhan, yang memperjalankan aturan seluruh cakerawala dengan penuh kebijaksanaan dan di situlah akan ditemui kehebatan dan keagunganMU pada setiap penciptaan yang ada.

Hamba merintih ya ALLAH, pada setiap kekurangan hamba. Pada setiap kekhilafan yang telah hamba lakukan dalam sedar mahupun tidak. Hamba sentiasa ingin kembali padaMU ya ALLAH. Setelah hamba renungkan betapa jauhnya hamba ini……dekatkan hamba padaMU, pada jalanMU, pada mereka-mereka yang mencintaiMU. Jauhkan hamba daripada mereka-mereka yang jauh denganMU, yang sentiasa mencuba untuk menyesatkan hamba-hambaMU. Ya Karim, Tuhan yang Maha Agung, dengarkanlah rintihan hamba ini. Biar sekuat manapun cubaan yang Engkau berikan kentalkan jiwa hamba, kembalikan hamba dalam redhaMU.

Dan hamba pohon ya ALLAH lapangkan hati hamba dalam menghadapi segala cubaan di dunia ini. Kuatkan kaki hamba dalam melangkah. Jauhkan hati hamba daripada sikap berkeluh kesah. Hamba pohon agar tidak dibiarkan sesaat dalam hamba menentukan jalan hidup ini…….

~Catatan seorang hamba di perjalanan hidupnya~



Sedikit renungan buat tatapan relung hati yang sentiasa mencari hakikat dan makrifat;

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai ia dalam diam, kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

Kerana diammu memuliakan kesucian diri ...dan hatimu, menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu.

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya, kerana mungkin saja orang yang kamu cintai adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu.

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan, tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan – kekuatan harapan – hingga mungkin saja ALLAH SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata. Bukankah ALLAH SWT tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.

Jika dia memang bukan milikmu, moga ALLAH SWT, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat.

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kamu dengan Sang Pemilik Hatimu.

:::Cinta tak perlu punyai sebab, tetapi sebab cintalah cinta itu hadir::::


Pasrahkan hati sedalam kalbu dalam setiap sujudmu.......jika memang ini suratannya.

Top of Form

  • Bottom of Form

I am looking for a teacher

(Marilyn Pattison)

I am looking for a teacher

Who is beautiful inside

Honest with their student

Giving them a sense of pride

I am looking for a teacher

With a healthy self esteem

Who clearly, states the rules

And doesn’t have to scream

I am looking for a teacher

Who creatively prepares

But whose first priority

Is to convey that she cares

I am looking for a teacher

Who is interested, not aloof

Who treats her student with respect

Even when they goof

I am looking for a teacher

Who knows how to laugh and smile

Who enjoys what she’s doing

And goes the extra mile

I am looking for a teacher

Who believes all students can learn

Who praises their efforts and talents

They give teir best return

I am looking for a teacher

Who will fill a child with desire

To love to learn more everyday

With curiosity that wont tire

I am looking for a teacher

Who encourages children to have a dream

To work at solving problems

Building their self esteem

There are some teachers out there

The kind I’m looking for

For their students future success

They have opened up the door.


~Amanah menjadi pendidik terlalu besar dan berat, bahkan inilah yang dinamakan arkitek bangsa. Ibu bapa merupakan pendidik yang tidak boleh dipandang enteng kerana didikan dari rumahlah yang akan membawa ke tempat lain. Ucapan penghargaan pada semua yang bergelar ibu bapa, didiklah amanahmu sebaiknya. Begitu juga pada yang bergelar guru-guru, lihatlah mata-mata yang bening di hadapanmu, sinar cahaya terpancar dari raut wajah mereka. Senakal manapun mereka, se"tidak pandai" manapun mereka tetap jua punya harga dan nilai tersendiri. Jangan pernah mencemuh mereka kerana perkara itu hanya membuatkan dendam mereka pada yang bernama guru merebak, lantas menyebabkan semua yang bergelar guru menjadi tidak enak pada pandangan mereka. Terima kasih guru-guruku, jasa dan pengorbananmu tidak dapat dibayar untuk selamanya. Di kaulah insan-insan yang membuka pintu buat kejayaanku hari ini.~

Langkah diteruskan lagi. Biarpun tidak gagah namun masih bisa melangkah jua. Hendak bawa ke mana hati yang lara? Mahu jatuh ke mana rasa kecewa? Semuanya terserah pada diri sendiri. Pernah di ucapkan pada sahabat, “there’s no place for anyone loss hope”, dan kata-kata itu juga ditujukan pada diri sendiri, yang selalu lupa, selalu alpa, selalu berkeluh kesah dan selalu juga putus harapan.Tapi bukankah kita tahu Allah sengaja menguji sejauh mana hamba-NYA, untuk mencari yang paling baik amalnya. Moga termasuk antara orang-orang yang sabar sentiasa.

Hidup ini ibarat “peperiksaan besar”. Setiap ujian membawa markah tersendiri. Semakin susah soalan, semakin banyak markah yang akan diberi. Beruntunglah orang-orang yang mendapat markah tinggi dengan dapat menghadapi soalan yang sukar itu. Di bawah ini, sengaja dikongsikan sesuatu untuk peringatan diri dan semua, hayatilah;

Janji Pelatih Mujahid Cinta

Di kala akhir teruna melati

Ada tanda yang menyentuh dalam hati

Sudah siapkah aku kini

Menjadi kadir yang sehati

Telah banyak yang aku dapatkan

Tentanferti hidup dan

Perjuangan fi sabilillah ditegakkan

Melalui hati, kata dan perbuatan

Ku mohon kekuatan ya ALLAH

Agar dapat aku jalankan

Amanah umat danikatan

Demi agama Islam

Kini tiba saat diwujudkan

Apa yang telah diberikan

Semoga ALLAH meredhai

Niat hati yang tulus ini

(teks Syair :M. Izzul Muslimin, 2004) –petikan dari buku Mujahid Cinta

Ya ALLAH, Tuhan yang menciptakan cinta,

Ya Rahman, Tuhan yang membisikkan rindu,

Tunjuki daku ke dalam cintaMU

Rahmati daku dengan maghfirahmu

Betapa masih panjang lagi perjalanan, besar jua amanah perjuangan. Harus sentiasa tabah. Harus sentiasa kuat. Akhir-akhir ini, terasa sangat-sangat sayu. Terasa diri keseorangan menempuh perjalanan yang panjang ini. Terasa tiada kekuatan untuk menghadapi segala rintangan. Tapi Allah tetap sayang pada hamba-hambaNYA. Insan-insan yang dihantar untuk mengubat segala lara ini bukan calang-calang orangnya. Mereka semua mempunyai semangat yang jitu, punyai pegangan hidup yang jelas, sayang mereka semua. Terutamanya kepada seorang Sis yang dikagumi sejak dulu. Sempat bertandang ke rumahnya dan berkenalan dengan Umminya. Jua pada rakan-rakan yang tidak putus-putus bermesej bertanya khabar, juga pada seorang dia yang sabar melayani kerenah manusia yang degil, keras hati dan juga mempunyai beribu tafsiran ini. Sayang pada kalian semua. Sayang kerana ALLAH. Sungguh, kegembiraan kalian adalah kebahagiaan di hati ini jua.

Mengingatkan diri dan sahabat-sahabat agar tidak berlama-lama dalam menghadapi ombak ganas perasaan. Kerna kita akan lelah dan kelemasan di dalamnya. Ayuh, kita teruskan langkahan dengan lebih semangat, biar berkali jatuh jangan pernah tidak mahu bangkit. Contohnya, kalau dah jatuh motor, cepat-cepat bangun, takut-takut kita akan terhenyak lagi jika tak mahu bangun, Begitu juga hidup ini.

~Bahasa cintaku sungguh mudah, ~Cinta kerana ALLAH kekal selamaya~

Menyusuri hari yang cerah, tentu tidak mendatangkan masalah buat kita, tapi bila menyusuri hari yang mendung, malah hujan beserta guruh dan petir tentunya membawa kegusaran yang tiada tandingnya. Begitu jua hidup ini, terkadang mudah dan adakalanya terasa sukar dan payah. Namun, sedarkah kita ada kuasa yang tiada taranya yang menguasai segala-galanya. DIA yang mengatur sekalian semesta tanpa kecelaruan malah sentiasa saja berputar siang dan malam.

Kita sentiasa mahukan apa yang kita mahu. Kita suka apa yang kita suka. Kita cinta apa yang kita cinta. Kita buat apa yang kita mahu buat. Tetapi ingatlah ada kuasa yang memiliki kita. Ada hisab yang bakal kita jalani atas apa yang kita perbuat. Ada azab yang akan menimpa jika kita salah perhitungan dan meninggalkan apa yang disuruhnya. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa untuk meminta “campur tangan ALLAH” agar apa yang kita lakukan bukan sekadar mengikut kehendak dan naluri kita seadanya.

Terkadang kita tersangat mahu apa yang kita impikan, kita angankan malah selalu kita sematkan dalam dada. Namun, kita tidak mendapatkannya. Kita sering saja gagal dalam mengejarnya. Kesudahannya, kita kecewa, sengsara malah kita bagai terasa jauh hati. Tapi untuk apa? Life must go on. Tiada gunanya terus-terusan mengejar sesuatu yang belum pasti. Gapailah apa yng terbuka di ruang mata. Jangan terlalu mengharap apa yang jauh dari jangkauan. “ Apa yang kita rasakan baik belum tentu baik untuk kita begitu juga sebaliknya”.

Apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita sukai maka sukailah apa yang kita dapati. Kata-kata ini sungguh membekas dijiwa. Iya, ada benarnya. Tentu apabila kita menyukai seseorang dan akhirnya orang itu menjadi milik orang lain, kita akan rasa kecewa. Tapi sedarlah, memang dia bukan milik kita. Memang dia diciptakan bukan hidup bersama kita dan memang dia hanya sekadar boleh menjadi impian kita dan bukannya kenyataan bagi kita. Oleh itu, sedarilah bahawa tidak selalu apa yang kita inginkan kita akan dapati Tidak selalu apa yang kita hajati akan menjadi kenyataan yang pasti.

Yang pasti, jangan pula kita mengambil jalan singkat dengan berputus asa. Masih ada jalan yang dinamakan usaha. Masih ada cara yang dapat kita fikirkan. Ruang dan peluang begitu luas. Hanya kita, hanya kita yang tidak mahu merebutnya. Tanyakanlah pada yang berpengalaman, mereka tentu banyak cerita yang boleh dikongsikan. Tentu mereka sudah banyak ilmu didada yang boleh dicurahkan.

Akhir sekali, usah pertikai apa yang tidak kita dapatkan. Kenapa aku tidak boleh? Kenapa aku yang begini? Kenapa aku yang begitu? Jua terkadang bila ditimpa ujian yang berterusan kita jadi menyalahkan takdir. Mengapa aku yang selalu diuji? Bukankah pernyataan ini menyanggah kalam Tuhan yang menyatakan tidak akan masuk syurga sebelum kamu diuji sebagaimana orang-orang terdahulu diuji. Kedudukan dan darjat kita yang tidak setanding pun dengan Rasul, Nabi, sahabat dan para solihin terdahulu sudah cukup untuk membuatkan kita sedar diri dan mengaku kekurangan kita. Jadi untuk saat ini dan seterusnya, marilah kita sama-sama jangan pertikai apa yang ALLAH berikan dan datangkan pada kita. Sekiranya kita perlu memilih maka seharusnya kita meminta petunjuk dari ALLAH. Setelah itu, andai pilihan itu masih belum membuatkan kita gembira, berlapang dadalah. Mungkin hikmahnya belum terzahir. Hanya kita yang jahil dan kerdil ini belum dapat memahami hakikat dan makrifat yang sememangnya menjadi hak milik mutlak ALLAH, Tuhan yang maha kuasa.

~Betapa menjadi penganggur kehormat sungguh menyesakkan dada……….semoga penghijrahan ini membawa makna yang mendalam buat diri~

Tanggal 19 hb, dah letak jawatan secara rasminya dari kedai tempat menimba ilmu dan cari rezeki sebaik sahaja bergelar lepasan siswazah. Thanks to all members of Galeri Hidayah kerana sudi menerima diri ini seadanya. Ceewah. Banyak benda yang dipelajari. Bermula dari macam mana nak berdepan dengan orang, macam mana mahu mengendalikan situasi, bagaimana mahu memuaskan hati orang lain dan sebagainya. Hmmm…meninggalkan memori yang mengesankan dalam perjalanan hidup seorang hamba.

Indahnya jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas. Dengan penuh perasaan suka dan bukannya terpaksa. Indah jua jika kita berukhwah bukan atas dasar rupa, harta dan sebagainya tapi atas dasar iman dan takwa. Dan hubungan yang semacam inilah yang akan kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, berpeluang mengenali mereka .

Dan kini mahu jalani sesuatu yang baru lagi. Teringat pula gelaran yang diberikan “budak sivik”. Memang dah ramai yang cakap. But I’m still myself. Kata-kata orang ni kalu layan sangat pun kita juga yang merana. Tahniah pada kawan-kawan yang dah dapat kerja, dapat sambung master dan juga dapat kpli. Teruskan usaha menuntut ilmu disamping mencurahkan tenaga dan bakti. Bagi yang tak dapat, jangan bersedih (La Tahzan), mungkin ada rezeki lain yang menunggu tanpa kita ketahui.

Tapi jangan pula pernah putus asa ya. Yang paling penting adalah kita lakukan sesuatu dngan ikhlas, insyaALLAH ada pulangannya di akhirat nanti. Secebis kata penguat semangat untuk diri dan semua yang membaca;

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan untuk menyatakan kebenaran, hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau DIA tak kelihatan. ~Moga lelahmu dihargai ILAHI walau dicemuhi insani~

::I want to be myself::

HAMZA NAMIRA~Dream with me~

Dream with me
Of a tomorrow that’s coming
And if it doesn’t come
We’ll bring it ourselves
We’ll stride upon this path
Our many footsteps will lead us to our dream

Dream with me
Of a tomorrow that’s coming
And if it doesn’t come
Our many footsteps will lead us to our dream
We’ll stride upon this path
We’ll bring it ourselves

No matter how many times we fall
We’ll be able to rise again
Find the way through,challange and defy the dark clouds
We’ll find our night transformed into a thousand days
Only if we dream

Dream with me my friend
Our footsteps will shorten the distance
I care aboutmy innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us

No matter how long the journey becomes
Even if we become lost, my friend
Our reunion will rally us towards our dream
Towards our dream 7x
Only if we dream

~~Impian adalah cita-cita, gantungkan impianmu setinggi awan~~

Seberat manapun ujian bukankah akan jadi manis bila kita sandarkan pergantungan kita pada Allah…. Kita adukan segala yang kita dambakan hanya pada Tuhan yang Esa. Begitu kerdilnya diri kita, harus kita akui bahawa, kita ini hanyalah insan lemah. Namun, kita tidak hanya harus berpeluk tubuh sahaja, ada perkara yang harus kita selesaikan, ada tugas yang harus kita langsaikan kerana kedatangan kita di atas muka bumi ini ada tujuannya, ada objektifnya ada hikmahnya.

Penyakit yang dihadapi tentu ada saja ubatnya, kecuali mati dan tua. Hebatnya penyakit yang dihadapi sama hebatnya dengan penyakit “cinta” atau penyakit “asmara”. Adapun dua perkara yang menyebabkannya adalah anggapan baik terhadap peribadi yang dicintai serta keinginan kuat untuk memperolehinya. Apabila kedua-duanya dapat dihilangkan maka hilanglah penyakit ini.

Adapun cinta martabat tinggi adalah cinta kepada ALLAH, cinta yang hakiki dan kekal abadi. Maka cinta pada selainnya hanyalah cinta yang bersandarkan pada cinta kepada Allah, jika hilang cinta pada Allah, maka hilanglah jua cinta pada yang lain.

Belum ada ubat khusus untuk menangani penyakit asmara ini melainkan menurut segala yang disyariatkan oleh Allah sebagai jalan keluar iaitu bagi yang mampu maka berkahwinlah dan bagi yang belum mampu maka berpuasalah. Bahkan, jangan pula penyakit ini membawa kepada lalai dalam mengingati Allah.

Pesanan: Bersama berubat dan merawat hati…….menuju Cinta ILAHI.