Bila diri
Sering diuji
Itu tanda
Tuhan memberi peluang
Untuk kita menjadi insan bertakwa

Tidak mahu menjadi
Layang-layang yang putus tali
Tinggi namun tiada paksi
Belajar daripada orang hebat
Tiada mereka meninggi diri
Hidup begitu zuhud sekali
Sering koreksi


Jalan mendaki…..sukar sekali…

  • Alhamdulillah....
  • Sekiranya di hitung segala nikmat ALLAH maka tidak akan terhitung.
  • semoga termasuk golongan yang bersyukur
  • Budi pekerti yang baik dan akhlak yang luhur-teladani Rasulullah setiap perkara..inshaALLAH....
  • Semoga nikmat ini....semakin dekat kita menghambakan diri hanya kepadaNYA..
  • Allahu Rabbi.....mahu jadi orang-orang yang 'abidin....syakirin...mukhlisin...
~Menginsafi bahawa keluarga adalah yang pertama..

~Orang tua adalah asal kita...jangan sakiti atau kecilkan hati mereka...

~Segala yang mahu dilakukan...pandangan keluarga jangan di pandang ke tepi...



Senyap bukan bererti tiada apa-apa. Diam punyai pelbagai makna. Seringkali diam di salah tafsirkan. Belajar untuk berbicara...hanya keranaNYA..diam juga keranaNYA..kerna segala-galanya keranaNYA..

"Ku cari pelangi di dada langit, lantas ku temui cahaya matahari menerangi, cahaya itu ibarat islam yang menerangi hati dan jiwa manusia yang beriman...Alhamdulillah.."

Lafaz dan kalimah yang tiada galang gantinya..ALHAMDULILLAH...

Pada setiap yang diberi..

Pada setiap yang di alami...

Pada setiap yang dihajati...

Hanya pada DIA...hanya pada DIA..kerana segalanya dari DIA sahaja...tiada lainnya.

Mungkin ini adalah yang terakhir..sebelum aidilfitri menjelma...Maafkan segalanya teman...Zahir dan Batin...andai...segala yang dicoretkan terkena..semoga bermanfaat selama kembara kita di muka dunia ini..kerana hidup di sini hanya sementara..sedang Kehidupan akhirat lebih kekal..

Doakan kesejahteraan kita bersama..dunia dan akhirat...Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin... 

~Kenangan seorang  diri di malam 27 Ramadhan 1433 H...~ Terima kasih pada kawan...semoga ALLAH kan selalu membalas kebaikanmu...kerana DIA sahaja dapat membalasnya.~




Saat ini~

26 tahun dulu..
Dalam bulan yang mulia
Menangis seorang bayi
Untuk menghadapi liku-liku
Hidupnya
Saat itu..
Si ibu…bertarung separuh nyawa
Mahu melahirkan puteri tercinta
Ayah pula..
Setia di sisi
Saat sahur mula menjengah
Lalu..
Bermulalah kembara
Seorang insan di muka dunia
Penuh rentang dan suka ria
Meniti hidup bagai pengembara
~terima kasih Tuhan Maha Esa~
Diberi nikmat tiada taranya
Di kelilingi insan baik belaka
Selalu membantu apa suasana
Untuk kesekian kalinya..hamba hina ini….
Mohon semua yang terbaik
Untuk dunia..untuk akhirat
Biarpun hamba bukanlah sesiapa
Hanya insan kerdil saja
Mengembara di dunia
~Saat pagi mula menyinarkan suria..
Bayi kecil membuka mata
Melihat dunia dan warna warninya
Takutlah dia segala tipuannya
~Dan
Insan kecil itu telah menginjak usia
Terus melangkah seribu daya
Mahu menjadi manusia berjiwa hamba
Hanya pada Tuhan yang Maha Esa

~Saat ini…jam 2..seperti dua puluh enam tahun yang lampau…dunia menjadi tempat baginya…sedang kehidupan akhirat lebih kekal~


~For one so small, I look so strong~

Alhamdulillah...semoga setiap kebaikan akan menjadi ibadah dan sedekah berpahala...

Sentiasa mengingati ayat yang berbunyi...

Orang yang tiada apa2 tidak akan dapat memberi apa2... Subhanallah

Astagfirullahal 'adzim.
Persoalan...persoalan...persoalan....

mahu mencari jawapannya....

Bagaimana mahu mendidik anak lelaki....

Bagaimana mahu mengajar adik lelaki...

Bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki...

Mereka.....

  • Sukar dikawal...
  • Buas....
  • Ganas....
  • Suka bermain
  • Suka cabaran
  • Suka ........
Nak faham mereka...nak tahu bagaimana cara menangani mereka...

Semoga ALLAH lorongkan jalannya... Rabbi Zidni 'ilman Nafi'an.

~Dalam setiap kepayahan/kesukaran tentu akan ada mudahnya~


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
 
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)


Hampir 6 bulan di sini.....banyak yang di raih...banyak perkara jadi pengajaran.

Di sini, segalanya menjadi satu tapak baru~


ALHAMDULILLAH....
Sentiasa positif~Husnu Dzan dengan segala yang berlaku
Mahu terus kuat..biarpun apa terjadi..

All the best....
 Komenku di blog~http://siti-muthiah.blogspot.com/2012/08/duit-isteri.html


 
Salam alaik.. k.adeq..

Masih ingat insan bernama yasmira?
Bukan mahu komen atau ingin memberi sesuatu daripada entri k.adeq..kerana siapalah saya yang tiada pengalaman dalam berumahtangga..namun...hanya sekadar pandangan manusia biasa..yang melihat mereka..yang telah berumahtangga. Yang menilai melalui pengalaman orang lain...

Bahagia... Bukan pada banyaknya nikmat yang kita terima..bukan jua pada ujian yang bertimpa-timpa..tapi ungkapan bahagia itu adalah pada hati yang redha.. yang mahu sentiasa kembali padaNYA... Saat diri lemah dengan ujian.. saat diri senang dengan segala nikmat terbentang....

Perkahwinan menuntut 1001 pengorbanan kerana hidup berdua tidak sama dengan hidup sendirian. Ada hati yang perlu di jaga, ada perut yang perlu di sara, ada keluarga yang akan sentiasa bertanya... Mahu tidak mahu... minda yang sejahtera harus memandu setiap perlakuan... Harus sentiasa adakan perbincangan.. Selesaikan semuanya di atas meja. Jika tak dapat diselesaikan dengan cara berbincang juga... pendamkan saja. Biar keadaan dan masa yang menyelesaikannya. Kerana Allah tak pernah leka pada manusia yang berusaha..

Semoga bermanfaat..

Doakan adikmu ini menjalani kehidupan dengan bahagia, duhai kakakku..



 Daripada Blog K.adeq~seorang kakak yang dikenali sewaktu tahun pertama di Universiti Malaya:

Assalammualaikum. Apa khabar? Moga jasad dan jiwa kita baik-baik hendaknya, insya-ALLAH, amin. 


Elok jasad dengan memakan makanan yang halal... datangnya (makanan itu) dari sumber yang halal dan baik-baik. Bagaimana pula yang dikatakan dengan sumber yang halal tersebut? Tepuk dada, tanya iman. Sejauh mana kita berlaku amanah dalam melaksanakan kerja yang telah dipertanggungjawabkan ke atas diri kita?




Seorang teman ada bercerita...
perihal perbelanjaan dalam rumah tangga
sedih mengenangkan dirinya yang keluar duit lebih dalam keluarga
sedang sang suami agak boros dalam berbelanja
itu ini mahu dibelinya
jauh di sudut hati
beliau mengimpikan
rumah tangganya... di mana suamilah yang menyediakan segalanya
ia pula membantu meringankan beban sang lelaki 
namun sayang
yang berlaku adalah sebaliknya
duit sewa rumah, dia yang bayar
duit pinjaman kereta, dia juga yang bayar
duit itu ini begitu begini, dia perlu tanggung
jadi, jadi bagaimana?


Hmm...


Entahlah... 
Muthiah bukanlah insan yang selayaknya untuk berbicara tentang ini.
Ilmu Muthiah tidaklah setinggi mana (bahkan tidak arif pun)...
Namun Muthiah berharap agar...



Sang teman terus bersabar dalam mengharungi kehidupan berumah tangga
setiap perkahwinan ada cabarannya
ada mehnahnya 
ada onak dan durinya


dugaan itu pula macam-macam
macam-macam ada


ada orang, diuji dengan pasangan sendiri... sikapnya, butir bicaranya
ada orang, diuji dengan uang, harta
ada orang, diuji dengan keluarga (tidak kiralah sama ada keluarga sendiri mahupun si mentua)
ada orang, diuji dengan kerjaya
ada orang, diuji dengan orang ketiga
maka, bertabahlah


ALLAH tidak akan menguji seseorang sesuai dengan kesanggupannya


jika tetap tidak mampu menahan rasa


merintihlah kepada DIA yang Maha Mengetahui
berceritalah kepada DIA yang Maha Arif... ALLAH dengar, ALLAH lihat
mohonlah kepada-NYA agar menunjuki jalan yang benar... jalan yang membawa bahagia
berharaplah kepada-NYA agar sentiasa diberi kekuatan dan ketabahan jiwa
moga rumah tangga ini kekal aman bahagia sampai ke syurga


tidak mampu juga?
minda dan hati asyik terkenangkannya
hendak tidak hendak
nyatakanlah  dengan  penuh hemah dan kasih sayang
moga-moga si dia memahami


Hmm...

Okey. Macam merapu dan tidak tersampai maksud pula. Apa-apa yang dirasakan baik, ambillah dan jadikan pedoman namun jika memudaratkan... letak ke tepi, usah ambil peduli...


BAHAGIA...













Insya-ALLAH sebuah rumah tangga itu akan bahagia (namun jika tergigit lidah itu, asam garam) andai...


  • kita sama-sama berusaha mendekat pada ILAHI
  • saling berkongsi rasa, tidak memendam di dalam hati (melainkan sekiranya perkongsian itu lebih memudaratkan)
  • saling menerima kelemahan dengan berlapang dada (dalam masa yang sama, berusaha untuk memperbaik kelemahan yang ada)
  • suka sama-sama suka... menangis pun sama-sama, susah senang bersama
  • tidak selfish atau ego dengan kehendak sendiri
  • percaya dan jujur pada diri dan pasangan
  • memberi dan menerima seadanya 

Muhasabah Ramadhan

Ramadhan..
Semakin mahu meninggalkan
Suatu bulan penuh kenyamanan
Sedang andainya ini yang terakhir….

Ramadhan..
Semua orang berlumba-lumba
Mahu mencari satu malam
Lebih baik daripada 1000 bulan

Manusia yang tahu
Akan sentiasa sedar
Kita bukan menyembah ramadhan
Tetapi kita menyembah Tuhan

Darjat takwa begitu payah
Untuk digapai..
Lantas…ayuh BerUsaHA!!!!!!!!!!!!!!!

:separuh masa pertama telah pergi…tinggal lagi dua penggal…pertengahan dan akhir….semoga menjadi hamba sebenar hamba….izinkan ya ALLAH~
...............................................PASRAH....................................................................................

Terima kasih ya ALLAH…masih ada hati…dapat merasa apa itu iman..apa itu Islam…
Tetapkan diri ini dalam jalan keimanan ya ALLAH…berikanlah kekuatan orang untuk menegur..
Semoga  punyai sekeping hati yang tenang menuju negeri abadi…

Pesan buat diri: Hati...jangan biar ia mati~
Bagaimana?


Kenapa?



Mengapa?



Apa?



............................................persoalan perlukan jawapan..

Kerna tiada soalan yang tiada jawapannya.

TUGAS-TUGAS SEORANG PENDAKWAH
  
Manusia yang:

  •    Menjaga hukum-hukum dan ketentuan Allah dengan sebenar-benarnya.
  •    Bekerja untuk menerangi akal fikiran
  •   Mendidik jiwa
  •   Menjernihkan serta memberi kebudayaan hati nurani dalam taraf yang tinggi.
  •   Memberi cahaya
  •   Meluruskan iktikad
  •   Menjelaskan rahsia-rahsia ibadat
  •   Melemparkan segala halangan kerana daki-daki yang disebabkan oleh kebodohan dan pusaka-pusaka yang membawa kesesatan semata-mata.

~Sumber: Ihya’ Ulumuddin~

Kita akan diuji dengan kata-kata kita...

Surah As-Shaff (ayat 2-3)

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Subhanallah..semoga terus kuat…cekal dan tabah……tiada kekuatan selain daripada ALLAH.





Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..tapi tidak payah jika ALLAH sentiasa menuntun kita.








Gelombang

Kuatnya gelombang
Yang membadai
Dalam arus kehidupan
Mahu saja tumbang
Jika hati tidak tenang
Mahu saja roboh
Bila terasa tidak kokoh

Sendiri
Dalam kesendirian ada keramaian
Ramai
Dalam keramaian terasa sunyi sepi sendiri

Pada yang Esa kita panjatkan
Agar gelombang ini
Tidak meruntuhkan
Secebis iman
Yang menghiasi diri

Pada Tuhan yang Kuasa
Diserahkan semua urusan
Kerana segalanya tidak berlaku tanpa izinNYA

Gelombang itu
Membuatkan terasa haru
Penat dan lelah
Sampai mahu termengah

~Susunan kata tidak tersusun…seperti jua minda yang berselirat~



Kau

Kau bukan Nabi
Bukan juga iblis
Jauh sekali Malaikat

Allah Maha Tahu
Setiap sesuatu
Belajar untuk redha
Apa yang berlaku

Kerana tiada apa di gengaman kita
Melainkan milikNYA jua

Aku..
Berserah diri
Hanya padaNYA
Kerana daku tahu
ketentuanNYA pasti~

Salam Ramadhan 1433 H

Sisa Waktu

Masa….
Sumpah yang jelas demi masa..
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran
Dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Banyaknya kerja dan kewajipan kita
Melebihi masa…
Namun…masa itu sering dibazirkan..
Pernah seorang ayah menuliskan “Bagai embun dihujung rumput,
Terbit mentari hilanglah ia”
Ku pegang kata-kata itu
Ku tuliskan untuk di ingati.

Dan kini sisa waktu
Berbaki lagi
Mahu diteruskan hidup ini
Kerana sudah ku tahu
Manusia yang paling baik
Adalah yang paling bermanfaat
Dan paling baik amalnya.


Demikian pula,
Ilmu itu harus amal.
Lepas dan bebas
Dari kedukaan
Kerana orang beriman
Sentiasa redha
Dengan segala ketentuan ALLAH..

Semua yang ada di dunia ini makhluk ALLAH jua
Itu adalah kepastian,
Ku bermohon ya ALLAH
Jadikan diri ini bermanfaat
Untuk sesiapa sahaja
Untuk agama……

Sekadar peringatan untuk diri dan dikongsikan.
Agar yang menulis ini dan membaca ini
Terkesan.
Menulis terkadang nampak hebat
Tetapi sebenar-benarnya adalah untuk peringatan
Tatkala lupa…apabila dilihat kembali
Alangkah….tulisan itu membawa makna.

ALHAMDULILLAH….
Bebaskan dari sifat-sifat kebinatangan
Sifat-sifat manusia yang zalim
Sifat-sifat manusia yang sesat dan di timpa azab
Allahumma Solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wasohbihi wassalim…

~Perjalanan hari banyak mengajar kita…~Terima kasih ya ALLAH.





~kita manusia...akan selalu di uji....manusia yang beruntung adalah yang kembali kepada ALLAH dengan jiwa yang tenang..ya ALLAH golongkan kami dalam golongan yang beruntung dan tidak rugi~






~Di mana-mana....kita adalah hamba pada yang Maha Kuasa~

Semoga terus berjalan...bernafas dalam jiwa hamba~

Meaning of life~apabila kita melihat dunia ini hanyalah sementara..tempat bercucuk tanam buat bekal di sana~

Aku ingin mencintaimu sederhana...
Seperti mencintai air yang sejuk....

Aku ingin mencintaimu sederhana
Seperti api mencintai kayu yang kering

~Daripada Buku~

~Biarkan segala rasa ini terungkai dalam doa~