Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti

seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerimabalasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah...

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni

yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada

sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung

sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah

menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan..

kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi

seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..

jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan

hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya

hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah

untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak

dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


~Ini diambil apabila melakukan blog walking ke laman ex-smaasza..tertarik dan mahu dikongsikan buat semua.~

*Saat untuk membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, moga terpandu dalam redhaNYA~


Jangan Pandang Kulit


Jika melihat buah durian(CHORUS)

Tentu ngeri lihat kulitnya

Jelas memang duri luarnya

Tapi ternyata manis isinya

Begitupun menilai orang

Jangan dilihat dari kulitnya

Yang kita sangka Madu isinya malah racun

Yang kita sangka Racun isinya malah madu

Jangan menyangka orang lain buruk (CHORUS)

Siapa tahu kita lebih buruk dari dia

Jangan menyangka orang lain rosak

Siapa tahu kita lebih rosak dari dia

Jika ada manusia yang nampak hitam

Kita jangan terus melabelkan dia hitam

Sebab di alam fana

Segala berubah

Dalam satu detik manusia boleh berubah

Yang tadinya hitam akan jadi putih

Bimbinglah yang hitam yang hitam untuk jadi putih

Jagalah yang putih biar tetap putih

~Ito~


*P/S- Jangan menilai berdasarkan luaran. Sesungguhnya yang memegang semua hati adalah Allah. Maka hanya padanya dikembalikan segalanya.

Salam alaikum dan salam meneruskan perjuangan buat semua…

Pertamanya, waktu-waktu sekarang terasa berat untuk dihadapi…namun senyum dan tersenyumlah..Irdina dah selamat di bawa ke IJN dan sekarang telah pun kembali ke Kuantan..untung p.su dapat tengok anak kecil itu… dan hasrat untuk melihatnya terkubur..sabarlah wahai hati…

Kedua, selamat berjuang di PRK 094-Hulu Selangor, moga kemenangan berpihak kepada yang baik dan benar.

Ketiga, masih dalam mood exam, sekarang jika pergi saja library tentu penuh dengan orang, dan waktu ini jugalah baru dapat melihat muka-muka student UM…Owh…Um rupanya :)

Keempat, sempat ke motivasi Ashabul Ukhdud anjuran TEM ( Team Elit Muslim)- point penting yang dapat ialah pergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam segala perkara, Allah takkan uji orang yang tak dapat terima ujian itu, maksudnya Allah tahu hambaNYA mampu untuk menanggung beban yang terpikul…dan segala ujian itupun di berikan dengan diberikan jalan untuk menghadapinya… Thanks to “Nur Hidayah Abdullah” sebab bawa diriku dengan izin ALLAH..

Kelima, rasa semacam tak sabar nak rasai suasana kerja..Bestkah? Atau tidak se”enjoy” suasana belajar.

Keenam, menghabiskan hari-hari di Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang. 3 tahun di sini. Tak banyak tempat yang dijelajahi.. Teringin nak pergi zoo Negara, Taman Burung n tempat2 lain yang menarik..Tapi tak mengapalah…sebabnya banyak tempat lain lagi yang dah pergi…

Ketujuh, membaca entry di blog sis Syahadah memberikanku sedikit kesimpulan….kesimpulan untuk merungkaikan persoalan…thanks.

Kelapan, semoga adik-adikku di rumah sihat-sihat saja.

Kesembilan, banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Kesepuluh, end of this entry……..tq kerana habis membacanya.

Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan

Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya








~Seputar kenangan~ada orientasi pastikan ada graduasi~

Assalamualaikum dan salam menduduki final exam buat semua…..

Tiada apa-apa ucapan istimewa melainkan;

  • Selamat berusaha
  • Semoga berjaya
  • Semoga apa yang terbaik itu akan kita dapati
  • Peperiksaan ini menjadi pengukur tahap kefahaman kita. Teringat kata-kata Ustaz Wan Suhaimi “Peperiksaan bukanlah ukuran kepada ilmu tetapi ukuran kepada usaha”
  • Mulakan ulangkaji dengan Bismillahirrahmanirrahim dan doa.
  • “Allahummarzukna fahman Nabiyyin wa hifzol mursalin wailhaman malaikatil muqorrabin”

~Dedikasi buat teman sebilik; Ismah n Dija~Honey pohon maaf andai ada keterlanjuran kata n perlakuan sepanjang bersama, buat warga Rb yang sweet semuanya-halalkan makan dan minum, buat teman-teman biohealth tersayang, buat semua yang mengenali, Ma’a Taufiq wannajah~

Saat terbangun dari lelap di sepertiga malam..
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat tahajud...
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Rabb kita -Tabaraka wa Ta’ala- turun setiap malam ke langit dunia ketika sudah tersisa sepertiga malam terakhir. Lalu Dia berfirman, “Siapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, siapa yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dari sejak dini hari aku sudah kalah olehnya...

Saat fajar menampakkan keindahannya...
Aku tidak lebih cepat dari dia Shalat subuh berjamaah..
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Shalat yang dirasakan paling berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga shalat didirikan, kemudian kusuruh seseorang mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri shalat, lantas aku bakar rumah-rumah mereka.” (HR. Al-Bukhari no. 141 dan Muslim no. 651)
Ya Rabb jangan Engkau golongkan kami kedalam orang-orang munafik...

Ketika udara pagi yang cerah mengiringil kesibukan..
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat dhuha...
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh persendian di antara kalian untuk bersedekah. Maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir adalah sedekah. Begitu juga amar ma’ruf (memerintahkan kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua bisa dicukupi (diganti) dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at.” (HR. Muslim)
Terdiam sejenak aku sudah mengulangi kealfaanku...

Saat hingar bingar kecerian jam istirahat kerja
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat dzuhur berjamaah..
Mendengar Adzan dan Iqomah..
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak.” (HR. At-Tirmizi dan Abu Daud)
betapa aku sudah melewatkan kesempatan emas ini...

Lelah menjelang pulang kerja di sore hari...
Melihat wajah-wajah musam penuh kepenatan...
Tapi Aku tidak lebih cepat dari dia membasuh keletihan dengan air wudhu untuk shalat Ashar...
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan shalat pada dua waktu dingin (subuh dan ashar), maka dia akan masuk surga.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Nikmat mana lagi yang engkau dustakan???...

Ketika matahari mulai tenggelam dan keletihan mulai mendera...
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat Magrib berjamaah...
Hati ini beralasan untuk beristirahat dari kepenatan....
Dan terkadang mengakhirkannya ketika matahari tenggelam di ufuk
Ya Allah beginikah sikap hambamu ini yang "katanya" ingin menegakkan islam...

Shalat isya sungguh berat kaki ini melangkah mengambil wudhu..
Sekali lagi Aku tidak lebih cepat dari dia shalat Isya berjamaah...
Sibuk bersenda gurau dengan kawan atau keluarga...
Terkadang berdalih ingin mengakhirkan shalat isya karena itu lebih utama...
Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
Suatu malam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tersibukkan dari mengerjakan shalat isya di awal waktu, maka beliau mengakhirkannya hingga kami tertidur di masjid kemudian kami terbangun, lalu kami tidur lagi kemudian terbangun. Lalu keluarlah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menemui kami, kemudian beliau bersabda: “Tidak ada seorang pun dari penduduk bumi yang menanti shalat ini selain kalian.” Adalah Ibnu Umar tidak memedulikan apakah ia mendahulukan atau mengakhirkannya, apabila ia tidak khawatir tertidur pulas/nyenyak dari mengerjakannya pada waktunya. Adalah Ibnu Umar tidur sebelum shalat isya.” (HR. Al-Bukhari)
Namun bukannya mengakhirkan malah meninggalkan shalat isya na'udzubillah....

Rizki seperti apakah yang kita harapkan jika keseharian ini ???
Aku Tidak Lebih Cepat Dari Dia dalam Shalat
Aku Tidak Lebih Cepat Dari Dia dalam Doa

Dan kemenangan bagaimanakah, yang kita harapkan akan terwujud bagi umat yang bila shalat subuh tiba, larut dalam tidur nyenyak, bila shalat ashar tiba, sedang hanyut dalam permainan, dan bila shalat ‘Isya’ tiba, asyik menonton sinetron.”

~Copy paste dari group di Facebook~ Renungan untuk semua~

Assalamua’alaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang menatap entri ini….

  • Ketika entri ini ditulis, baru sahaja mendapat perkhabaran bahawa Irdina (anak saudara) akan datang ke K.L iaitu tepatnya lagi ke IJN. Injap jantungnya terbuka kedua-duanya ( menurut ulasan ibu).
  • Semoga anak kecil itu mendapat kesembuhan. Doakan kesembuhannya yer..
  • Walaupun belum pernah lagi menatap wajahnya….
  • Semoga di beri kekuatan buat ayah( abang) dan ibunya (k.ngah)…..
  • Semoga dapat jumpa dia pada hari First Paper (TDR)

Abang Irdina Maisarah(Imran)


~Kepada Allah segalanya diserahkan ~


Ada apa dengan sekeping gambar? Ada apa dengan sebatang tiang elektrik? Ada apa dengan pagar yang memisahkan? Ada apa dengan pokok yang rendang? Ada apa dengan tanah yang berpasir? Ada apa dengan semua ini?

Di sana ada cinta...

Di sana ada rindu...

Di sana ada kasih...

Di sanalah tempat daku mengenal pancaroba..

Dan di sanalah tanah yang kurindui...

~Ada apa sebenarnya???? Dalam mood kerinduan pada kampung halaman, pada wajah ceria permata hati, pada ayam yang berkokok, pada suara bilal yang memanggil-manggil~

Ya ALLAH,

Dengarkanlah rintihan hambaMU ini

Yang sering alpa dengan nikmatMU

Yang sering hanyut di persada duniaMU

Yang sering leka tatkala di hamparan fana ini

Ya RAHMAN,

Hati ini ibarat bejana

Yang KAU lihat

Yang akan dipersembahkan padaMU

Yang akan menjadi saksi nanti

Ya RAHIM

Bimbinglah daku

Tunjukilah daku

Kerna aku tidak bisa sendirian

Menempuh nikmat jua cabaranMU

Tidak bisa untuk melalui hari-hari tanpa redhaMU

Ya ALLAH,

Ku harapkan kembalinya daku padaMU

Adalah suatu saat yang kunantikan

Setelah sekian lama

Aku berjalan di atas duniaMu

Dan saat itulah yang kunantikan

Ku rindukan negeri abadi…..


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh.


Ba’da tahmid dan shalawat…


Syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas padaku dan padamu untuk segera memperbaharui taubat.


Akhi, rasanya aku telah menemukan Kekasih yang jauh lebih darimu. Yang Tidak Pernah Mengantuk dan Tidak Pernah Tidur. Yang siap teres menerus Memperhatikan dan Mengurusku. Yang selalu bersedia berduaan disepertiga terakhir malam. Yang siap Memberi apa yang kupinta. Ia yang Bertakhta, Berkuasa dan Memiliki Segalanya.


Maaf akhi, tapi menurutku kau bukan apa-apa dibanding dengan Dia. Kau sangat lemah, kecil dan kerdil dihadapanNya. Ia berbuat apa sahaja sekehendaknya kepadamu..dan akhi, aku khawatir apa yang telah kita lakukan selama ini membuatNya cemburu. Aku takut hubungan kita selama ini membuatNya murka. Padahal,Ia Maha Kuasa, Maha Gagah, Maha Perkasa, Maha Keras SiksaNya.


Akhi, belum terlambat untuk bertaubat. Apa yang telah kita lakukan selama ini pasti ditanyakan olehNya. Ia bisa marah, akhi. Marah tentang saling pandang memandang yang pernah kita lakukan, marah kerana setitik sentuhan kulit kita yang belum halal itu, marah kerana satu ketika dengan terpaksa aku harus membonceng motormu, marah kerana pernah ketetapanNya aku adukan padamu atau tentang lamunanku yang selalu membayangkan-bayangkan wajahmu. Ia bisa marah. Tapi sekali lagi, semua belum terlambat. Kalau kita memutuskan hubungan ini sekarang semoga Ia mahu Memaafkan dan Mengampuni.


Akhi, Ia Maha Pengampun, Maha Pemberi Maaf, Maha Menerima Taubat, Maha Penyayang, Maha Bijaksana.


Akhi, jangan marah ya. Aku sudah memutuskan untuk menyerahkan cintaku hanya padaNya, tidak pada selainNya. Tapi tidak cuma aku, akhi. Kau pun bisa menjadi kekasihNya, kekasih yang amat dicintai dan dimuliakan.Caranya satu, kita harus jauhi semua larangan-laranganNya termasuk dalam soal hubungan kita ini. InsyaAllah. Dia punya rencana yang indah untuk masa depan kita masing-masing. Kalau engkau selalu berusaha menjaga diri dari hal-hal yang dibenciNya, kau pasti akan dipertemukan dengan seorang wanita solehah. Ya, wanita solehah yang pasti jauh lebih baik dari diriku saat ini, Ia yang akan membantumu menjaga agamamu, agar hidupmu senantiasa dalam kerangka mencari redho Allah dalam ikatan pernikahan yang suci. Inilah doaku untukmu, semoga kaupun mendoakanku, akhi.


Akhi, aku akan segera menghapus namamu dari memori masa lalu yang salah arah ini. Tapi,aku akan tetap menghormatimu sebagai saudara dijalan Allah. Ya, saudara dijalan Allah, akhi. Itulah ikatan terbaik. Tidak hanya antara kita berdua, tapi seluruh orang mukmin didunia. Tidak mustahil itulah yang akan mempertemukan kita dengan Rasulullah ditelaganya, lalu beliaupun memberi minum kita dengan air yang lebih manis dari madu, lebih lembut dari susu, dan lebih sejuk dari krim beku..


Maaf akhi, Tidak baik rasanya aku berlama-lama menulis surat ini. Aku takut ini merosakkan hati. Goresan pena terakhirku disurat ini adalah doa keselamatan dunia dan akhirat sekaligus tanda akhir dari hubungan haram kita, insyaAllah.


Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

~Surat ini merupakan petikan dari buku ‘Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan’ karangan Salim A.Fillah (pengarang buku 'Agar Bidadari Cemburu Padamu' dan yang terbaru 'Dalam Dekapan Ukhuwwah'); seorang aktivis muda dalam gerakan dakwah di Indonesia.~

  • Syukran pada ukhti Syahadah, bisa mendengarkanku~

Alhamdulillah, petang dan malam ini mengambil kesempatan dan peluang berjumpa sahabat-sahabat istimewa di kolej 7. Sungguh, mengenali mereka menjadikan diri sangat2 insaf.

Tidak mahu berceloteh panjang, hanya ingin berkongsi apa yang didapati daripada tazkirah ringkas sebelum menunaikan solat isyak iaitu tentang EXAM yang bakal tiba;

Antara yang dapat ialah;

  • 1. Peperiksaan adalah amanah. Amanah ibu bapa. Amanah pensyarah. Amanah untuk berbakti pada agama.
  • 2. Jangan kelam kabut sampai lupa hubungan dengan Allah. Contohnya study sampai 5 pagi kemudian tidur dan terlajak subuh sampai jam 8.
  • 3. Semuanya adalah bergantung usaha kerana itu adalah sunnatullah.
  • 4. Kalau esok ada paper, sebaiknya rest secukupnya malam sebelumnya agar pada hari peperiksaan tidak terlalu letih dan tidak blurr.
  • 5. Ingatlah peperiksaan ini menilai kefahaman kita. Belajar bukan untuk exam.
  • 6. Berdoa sebelum masuk exam untuk meminta agar jangan sampai terlupa ataupun sakit waktu menjawab exam.
  • 7. ….

Dah lupa pointnya…tapi kesimpulannya adalah berusaha +berdoa+bertawakal= insyaALLAH Berjaya.

Thanks atas sate yang lazat, nasi lemak dan juga kek coklat(khas untuk yg besday bulan 4 dan sesiapa yang final sem dah)…TERHARU!

Apapun….hidup ini terlalu singkat maka jadikanlah ia satu yang berbahagia dengan berbakti.

Jumpa kenalan baru iaitu Atikah,atikah, mala, syahida,k.hasanah, dan tak lupa buat (k.saleha,izzati,zira, ….)..pada amira(sekelas histology..TQ)…..

~Moga 2 Allah berikan rahmat pada kita semua..amin~


Jamuan Hari Raya di Rumah Dr Yati~2009~

Dinner 3rd year

Dinner 2nd year


  • Kita ditakdirkan bertemu di medan ini (medan menuntut ilmu) bersama2
  • Kita ditakdirkan bersama untuk 3 tahun lamanya ( 2 tahun kita tak berpisah)
  • Walaupun kekadang kita punyai minat berbeza, kita punyai intention yang lain-lain, namun tetap bersama apabila memerlukan keputusan bersama
  • Kita melalui liku-liku ini sedih dan gembira bersama-sama
  • Kita telah mengharunginya dengan izin Allah
  • Kita cuba untuk saling memahami
  • Kita cuba untuk saling menghargai
  • Kita cuba untuk melengkapi
  • Kita sering nasihat-menasihati
  • Kawan-kawan, jika selepas ini ditakdirkan kita tak berjumpa lagi, semoga iringan doa sentiasa bersama-sama kita semua.
  • Kita akan sentiasa mengigati satu sama lain
  • Kita akan sentiasa bertanya khabar
  • Kita akan cuba cari peluang buat reunion di masa depan
  • Kita adalah antara insan-insan terpilih(menjurus bidang ni)
  • Kita akan cuba aplikasikan apa yang kita belajar
  • Best dapat berkawan dengan kawan-kawan saya ni…
  • Dedicated to all my biohealth frieds; k.khalilah, k.yana, k.hajar, k.pae, k.tini, afifah, syairah, k.no, iftitah, asiyah, kham,nabilah.
  • Thanks to you all~Bring sunshine into my life~ Thank you Allah~ send them to me…..
  • Luv you all~all the best in the future.
~All de best in the final exam and industrial training~

Di malam hari yang hening….suara kipas yang menderu menyejukkan….sesekali suara seperti sesuatu diseret ke lantai… tik tok tik tok…detik jam berlalu… mata masih bugar penangan radix petang tadi…

Perut berkeroncong menyanyikan lagu irama Melayu asli…nasi terhidang tidak mahu dijamah…. resahkah? Banyak perkara mahu difikir tetapi tangan masih gatal menekan-nekan alphabet di atas keyboard.

Masih lagi kerisauan….masih lagi terbayang…masih lagi kelelahan…..kenapa?

Esok…ada perkara menunggu…masih menanti lagi…teringat akan semua perkara..nafas jadi sesak.

Terbayang insan-insan yang hadir di ruang mata….merenget-renget…. Menjelajah ruang minda…Hilang Fokus…

Hati…..bisakah sejuk sebentar? Kenapa selalu saja meruap?

Jangan mudah menyerah….jangan mudah mengalah…jangan mudah berputus asa….

Kata-kata motivasi pembakar semangat di kala kelesuan mendatang…. Jauh ku tinggalkan semalam…biar berlalu….

~Suara hati mendesakku menulis~
Saat jemari menari-nari di atas ‘keyboard’ fikiran melayang-layang. Benarlah pepatah “Hidup terlalu singkat untuk membenci”. Terkadang kita akan bencikan sesuatu hingga kita lupa bahawa apa yang kita benci itu mungkin sahaja akan menjadi sesuatu yang kita sayangi suatu hari nanti. Mungkin sahaja, yang kita sayangi pula boleh menjadi sesuatu yang kita sangat-sangat benci. Itulah kuasa emosi, kurniaan Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Tuhan Pemberi Rahmat di sekalian alam.

Entri ini ditulis tatkala menatap satu artikel Us Pahrol yang bertajuk “Benci tapi Rindu” dalam majalah solusi no 15 di halaman 46 dan 47.

Pernah ada suatu ketika ada seorang sahabat bertanya “adakah saya tidak suka akan perangainya??”

Dan jawapan saya mudah “ I’ve no reason to dislike person because I’m also a human like u”
Ya, terkadang kita terleka. Yang kita juga manusia, punyai kesilapan dan juga kelemahan. Kita juga tidak perfect sebagaimana kita menuduh orang lain itu dan ini. Bukankah Allah sahaja yang menguasai segalanya dan tentunya hati juga milik yang Maha Kuasa.

Dan kebencian itu adalah sejenis penyakit bagi saya. Penyakit hati. Benci itu bakal menjadi dendam yang membara. Jika diumpamakan bagai api, tentu saja akan marak membakar. Sungguh kebencian itu membawa kepada kemusnahan. Saya maksudkan di sini adalah kebencian yang tidak sepatutnya. Adapun jika kebencian itu pada perkara yang sepatutnya maka itu baik. Dan itulah yang dituntut, supaya kita membenci perkara-perkara yang tidak baik dan juga dibenci Allah.

Suka membaca artikel ini kerana ianya sangat praktikal. Adakah sukar kita men”delete” fail di dalam computer. Nah! Senang bukan. Maka begitulah juga kiranya dengan memaafkan kesalahan orang lain.

Untuk akhirnya marilah sama-sama kita menatap untaian madah yang tak seberapa ini;

Benci….bukankah kau datang padaku
Sekonyong-konyong
Perasaan itu membekas
Lalu menjadi nanah yang menular
Hingga begitu sukar untuk dirawat
Tiada ubat dapat diberi
Mana ?
Mana antibiotik?
Mana analgesik?
Mana lagi ubat dapat merawati penyakit ini
Tidak ku dapati hatta berjumpa bomoh dan pawang
Perasaan halus ini bakal terpadam
Dengan kemaafan terhulur
Lantas perasaan ini lebur
Usah ada lagi dendam
Nyah dikau dari laman hatiku
Kerna aku bisa bahagia tanpamu…….benci.

~Nukilan Bintulyamin~

*Rasa pening dan gayat masih terbayang di ruang ingatan. Pengalaman pertama.