Alhamdulillah, petang dan malam ini mengambil kesempatan dan peluang berjumpa sahabat-sahabat istimewa di kolej 7. Sungguh, mengenali mereka menjadikan diri sangat2 insaf.
Tidak mahu berceloteh panjang, hanya ingin berkongsi apa yang didapati daripada tazkirah ringkas sebelum menunaikan solat isyak iaitu tentang EXAM yang bakal tiba;
Antara yang dapat ialah;
- 1. Peperiksaan adalah amanah. Amanah ibu bapa. Amanah pensyarah. Amanah untuk berbakti pada agama.
- 2. Jangan kelam kabut sampai lupa hubungan dengan Allah. Contohnya study sampai 5 pagi kemudian tidur dan terlajak subuh sampai jam 8.
- 3. Semuanya adalah bergantung usaha kerana itu adalah sunnatullah.
- 4. Kalau esok ada paper, sebaiknya rest secukupnya malam sebelumnya agar pada hari peperiksaan tidak terlalu letih dan tidak blurr.
- 5. Ingatlah peperiksaan ini menilai kefahaman kita. Belajar bukan untuk exam.
- 6. Berdoa sebelum masuk exam untuk meminta agar jangan sampai terlupa ataupun sakit waktu menjawab exam.
- 7. ….
Dah lupa pointnya…tapi kesimpulannya adalah berusaha +berdoa+bertawakal= insyaALLAH Berjaya.
Thanks atas sate yang lazat, nasi lemak dan juga kek coklat(khas untuk yg besday bulan 4 dan sesiapa yang final sem dah)…TERHARU!
Apapun….hidup ini terlalu singkat maka jadikanlah ia satu yang berbahagia dengan berbakti.
Jumpa kenalan baru iaitu Atikah,atikah, mala, syahida,k.hasanah, dan tak lupa buat (k.saleha,izzati,zira, ….)..pada amira(sekelas histology..TQ)…..
~Moga 2 Allah berikan rahmat pada kita semua..amin~
0 komentar:
Catat Ulasan