Saat jemari menari-nari di atas ‘keyboard’ fikiran melayang-layang. Benarlah pepatah “Hidup terlalu singkat untuk membenci”. Terkadang kita akan bencikan sesuatu hingga kita lupa bahawa apa yang kita benci itu mungkin sahaja akan menjadi sesuatu yang kita sayangi suatu hari nanti. Mungkin sahaja, yang kita sayangi pula boleh menjadi sesuatu yang kita sangat-sangat benci. Itulah kuasa emosi, kurniaan Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Tuhan Pemberi Rahmat di sekalian alam.

Entri ini ditulis tatkala menatap satu artikel Us Pahrol yang bertajuk “Benci tapi Rindu” dalam majalah solusi no 15 di halaman 46 dan 47.

Pernah ada suatu ketika ada seorang sahabat bertanya “adakah saya tidak suka akan perangainya??”

Dan jawapan saya mudah “ I’ve no reason to dislike person because I’m also a human like u”
Ya, terkadang kita terleka. Yang kita juga manusia, punyai kesilapan dan juga kelemahan. Kita juga tidak perfect sebagaimana kita menuduh orang lain itu dan ini. Bukankah Allah sahaja yang menguasai segalanya dan tentunya hati juga milik yang Maha Kuasa.

Dan kebencian itu adalah sejenis penyakit bagi saya. Penyakit hati. Benci itu bakal menjadi dendam yang membara. Jika diumpamakan bagai api, tentu saja akan marak membakar. Sungguh kebencian itu membawa kepada kemusnahan. Saya maksudkan di sini adalah kebencian yang tidak sepatutnya. Adapun jika kebencian itu pada perkara yang sepatutnya maka itu baik. Dan itulah yang dituntut, supaya kita membenci perkara-perkara yang tidak baik dan juga dibenci Allah.

Suka membaca artikel ini kerana ianya sangat praktikal. Adakah sukar kita men”delete” fail di dalam computer. Nah! Senang bukan. Maka begitulah juga kiranya dengan memaafkan kesalahan orang lain.

Untuk akhirnya marilah sama-sama kita menatap untaian madah yang tak seberapa ini;

Benci….bukankah kau datang padaku
Sekonyong-konyong
Perasaan itu membekas
Lalu menjadi nanah yang menular
Hingga begitu sukar untuk dirawat
Tiada ubat dapat diberi
Mana ?
Mana antibiotik?
Mana analgesik?
Mana lagi ubat dapat merawati penyakit ini
Tidak ku dapati hatta berjumpa bomoh dan pawang
Perasaan halus ini bakal terpadam
Dengan kemaafan terhulur
Lantas perasaan ini lebur
Usah ada lagi dendam
Nyah dikau dari laman hatiku
Kerna aku bisa bahagia tanpamu…….benci.

~Nukilan Bintulyamin~

*Rasa pening dan gayat masih terbayang di ruang ingatan. Pengalaman pertama.

0 komentar:

Catat Ulasan