Salam perjuangan para pembaca,

Hari ini masih adai lagi kesempatan untuk jari jemari menekan keyboard seterusnya menyusun bait-bait kata buat tatapan pembaca. Sekarang ini heboh dikatakan H1N1 yang menular di negara kita bahkan telah meningakt angka kematian dari hari ke hari. Kepada yang ada simptom-simptom jangan lupa jumpa doktor, supaya tidak melarat nanti. Begitu juga dengan situasi kampus yang kini dalam suasana kehangatan konvokesyen. Para graduan sudah tidak sabar mengambil skroll untuk menunjukkan segala usaha mereka selama ini telah memberikan hadiah buat mereka. Tahniah para graduan Universiti Malaya. Dalam kehangatan berkonvo, jangan kita lupa untuk menjengah seketika pada aktiviti-aktiviti harian kita. Selain daripada mendengar kuliah didalam bilik kuliah serta melakukan tutorial yang diberikan adakah kita menambah input-input luar yang berguna dalam kehidupan seharian, contohnya melakukan aktiviti berpersatuan serta mendengar kuliah ilmu terutamanya ilmu agama bagi umat islam.

Saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai sebuah buku yang begitu menggugah perasaan saya. Bait-bait kata yang menusuk serta motivasi yang tinggi terkandung dalam buku ini. " NEW QUANTUM TARBIYYAH" Membentuk kader dahsyat full manfaat. Buku ini tajuknya sudah dahsyat isinya tentulah power. Dengan menggunakan bahasa versi indonesia, kadang-kadang ada juga sepatah dua yang tidak dapat ditafsirkan. Antara cebisan-cebisan kata dalam buku ini;

Orkestra Tarbawi

Siapkan hati, jangan dikotori
Siapkan fisik, bangun percaya diri,
Siapkan fikiran, konsentrasikan,
Siapkan finasial,untuk tenangkan aktivitas,
Siapkan sarana utama,
Sediakan sarana pendukung,
Siapkan harapan, bangun kerinduan,
Siapkan mental untuk menerima kekagetan,
Lapangkan dada untuk menerima perbedaan,
Dokumentasikan.

Ini adalah sebahagian daripada isi dalam buku karangan Ustaz Solikhin Abu 'Izzuddin. Sama-sama kita baca dan hayati. Setakat ini dulu tulisan untuk kali ini. Teruskan perjuangan walau dimana pun anda berada.