Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
 
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti





video
~Terima Kasih Allah~ RahmatMU begitu luas~

Pucuk pauh delima batu
Anak Sembilang di tapak tangan
Sungguh jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan


Pucuk pauh delima batu
Air Sembilan dijirus tangan
Duduk jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan



Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal

Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai kematian
Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.



Pemandangan di Tasik Kenyir

Bismillahirrahmanirrahim......

Seminggu sudah berlalu...Terasa sekejap. Hari ini sudah 30 Mei. Sekejap saja sudah berlalu. Begitulah detik dan waktu. Semakin lama semakin pantas. Banyak perkara yang terjadi dalam seminggu yang berlalu. Banyak benda yang dapat dikongsi dalam hanya seminggu menyepi. Subhanallah.

Bermula 25 Mei 2012, tarikh keramat kerana usia telah menginjak ke satu lagi angka. Bermakna usia makin berkurangan dan semakin hampir dengan janji kematian. Berada di suatu tempat yang terpencil, jauh dari hiruk pikuk manusia. Sunyi dan sepi. Unggas dan bunyi cengkerik menghiasi malam-malam yang mencemburui. Penat       dan lelah. Sinonim dengan situasi tubuh yang mahukan kerehatan berpanjangan. Tetapi inilah hakikatnya, manusia tidak pernah puas. Mahu bersenang tanpa memikirkan banyaknya urusan yang perlu diselesaikan. 

4 hari di sini...Melihat pemandangan alam ciptaan Allah yang indah. Bersyukur pada Allah, diberi kesempatan dan ruang melihat kekuasaanNYA melalui keindahan alam yang diciptaNYA. Dan dalam banyak-banyak perkara..ada satu yang mengujakan. Saat diri terdampar di tengah-tengah tasik. Bersama-sama life jaket berenang mengikut cara orang baru tahu berenang. Terasa diri begitu kerdil. Terasa diri tersangat lemah. Terasa diri tiada apa-apa. Apa yang terbayang di ruang mata. Sekiranya Allah menarik nafasku di sini...apakah nasib yang akan ku terima di sana? 

Dan aku.....benarkah ada dalam hatiku perasaan takut pada mati. Iya...melihat air tasik yang dalam. Di penuhi batu dan terumbu.....terasa begitu kerdilnya diri. Terima kasih ya ALLAH..memberi kesempatan untuk daku merenung diri di sana. Biarpun penuh dengan kesesakan manusia dan juga program yang menghambat...air tasik...bukit bukau...dan juga pemandangan alam ini....adalah nikmat yang seharusnya disyukuri..ALHAMDULILLAH....

Dan...melihat kepada suatu makhluk ciptaan Allah hingga tercipta bait-bait kata ini dalam hatiku:


Ku lihat Enggang Ku lihat diriku
Ku lihat Pipit Ku lihat diriku
Ku lihat Enggang dan pipit
Ku lihat diriku dan dirimu.

Hanya sekadar coretan biasa. Meluahkan apa sekadar rasa. Mahu berkongsi selagi daya. Alfu Alfi Alfi Syukr ya ALLAH......Memahami setiap yang berlaku ada hikmahnya...Hidup penuh nikmat , hanya kesyukuran membezakan kita hamba yang bersyukur atau hamba yang kufur. Subhanallah...izinkan perjalanan hidup ini dalam redhaMU sentiasa..ameen.

Hari ini  dalam kenangan

Hari ini 23 Mei 2012…….  Semua orang tahu. Kita semua tahu juga hari ini 2 Rejab 1433H. Hari ini juga…kita hadapi pelbagai peristiwa. Tidak semua orang tahu..tapi kita dan orang-orang yang terlibat akan tahu. Begitulah sehari-hari. Hari ini….Hari Rabu. Ada berita yang kadang-kadang kita jangka dan ada juga yang kita tak jangka. Bak ada pepatah…ada masalah yang kita undang dan ada yang tidak di undang. Ada seorang kakak merangkap guru di Sek hari ini…rumahnya di masuki pencuri. Tidak sempat bertanya khabar tentang musibah itu kerana ada mesyuarat dan juga ketiadaannya di sek akibat perkara yang tidak di jangka-jangka ini.
~Pemandangan dari atas~

Seterusnya, GPK Kokurikulum…sesak nafas. Sehingga terpaksa di hantar pulang ke rumah oleh GPK 1 dan juga Ustaz jQaf. Sememangnya sewaktu meminta tandatangan, wajahnya agak kepenatan, lesu dan tak bermaya. Semuanya itu menunjukkan keadaan badannya yang menanggung kesakitan akibat penyakit Kencing  Manis             ( Retinopati Diebetes). Semuanya itu membuatkan diri kita insaf. Alangkah, bila diuji….kuatkah kita.

Dan beberapa hari sebelum ini, rumah berdekatan dengan rumah sewa ini kebakaran. Milik Pensyarah maktab, sebuah bunglo hangus manakala 2 lagi rumah sewanya juga dijilat api. Semuanya berlaku sekelip mata, akibat lintar pintas. Alangkah…Innalillahi waiina ilaihi rajiun. Hebatnya ujian.

Semoga mereka tabah menghadapinya. Hari ini juga, seorang kenalan, berangkat mengerjakan umrah. Selamat mengerjakan umrah dan selamat semuanya. Hari ini….sebelum usia meningkat satu angka lagi… Sebelum diri ke tempat asing di bumi kelahiran sendiri. Alangkah. Hari ini juga ada pelajar menangis kerana tak dapat jawab kertas periksa. Apa boleh di bantu? Bukan tidak mahu membantu tetapi..masa telah tamat. Jadi, tidak dapat berbuat apa-apa.



Hari ini mahu berterima kasih dengan semua. Kerana esok mungkin saja kita tak dapat lagi berbuat demikian.Mahu berterima kasih pada keluarga…. Pada ibu..pada kakak..pada abang..biarpun mereka tak membacanya…. Mahu berterima kasih pada kawan-kawan yang mengenali jika ada yang membacanya seterusnya pada yang baru saja membacanya..terima kasih.

Banyak perkara yang dipelajari sejak akhir-akhir ini. Subhanallah..Benarlah…RahmatMU cukup luas.

 ~Mahu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..dan berterima kasih pada sesiapa yang berlalu di ruang mata~




~Sudah penat.......biarkan berlalu dengan segala perancanganNYA~

Muhasabah

~Jika diri belum baik…maka baikkanlah..

~Jika diri belum solehah….maka solehahkanlah….

~Jika diri belum kuat..maka kuatkanlah…

~Jika diri belum bersedia ke sana maka sediakanlah….


Suatu hari di sini...

~Layar yang hampir berlabuh~

Kita hanya hamba….dan akan selalu menjadi hamba kepada Tuhan yang Maha Esa…kerana sebab itu kita dijadikan dan diciptakan~ “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”~Adz- Dzaariyat~ayat 56.


Benarlah…hidup ini tempat ujian…
Kamu akan di uji…
Dengan kata-kata kamu..dengan iman kamu..dengan segala-galanya
~Semoga tabah, semoga sentiasa bersemangat, semoga Allah beri  kekuatan~

Mat Yaacob bin Mat Daud


~Wajah arwah ayah...abadi dalam kenangan..Al-fatihah~ Semoga roh sentiasa di cucuri rahmat~




Optimislah bahawasanya hati yang beragama melahirkan wajah yang beragama dan memancarkan sinar agama. Benar. Sinaran wajah yang meredupkan pandangan, sejuk mata kasar dan mata hati melihatnya. Tenang dan damai. Lihat sahaja sudah tenang. Apatah lagi memilikinya.




~Hebatnya jika segalanya kerana ALLAH~
~TIDAK bisa Meluahkan Dengan Kata-Kata~
Allah telah mentakdirkannya dan apa yang dikehendakinya pasti terjadi....Harus sentiasa positif menghadapi dugaan. Tersenyum dan tertawalah dengan dugaan yang kita hadapi. Tiada apa yang perlu di salahkan daripada takdir tapi kitalah yang perlu menanganinya dengan bijak untuk kebaikan di masa depan.

Beramallah dan serahkan semua hasilnya pada ALLAH. 

Ingat pesan Saidina Ali Radiallahu Anhu-

"Wahai anak Adam, janganlah (keterlaluan) gembira dengan kekayaan, janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan bencana, jangan (keterlaluan) bersenang dengan kelapangan kerana emas itu di uji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. Sesungguhnya engkau tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan kecuali dengan meninggalkan semua yang engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang engkau tidak sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu untuk menunaikan apa yang diperintahkan."

Kita hidup bukan untuk bertindak balas secara berlebihan dengan apa yang datang menimpa kita, baik berupa dugaan mahupun nikmat. Fokuskan saja perhatian pada apa yang menjadi kewajipan kita.

Kesedihan hanya menyulitkan keadaan.

~Bercintalah dalam redha Allah, jangan mengundang kemurkaanNYA-ingat-ingat Yasmira.~



~Tatapan buat diriku dan dirimu...seringkali kita keliru...semoga dapat diperjelaskan lagi~berkongsi kerana Allah~




~Dan pakaian Takwa adalah sebaik-baik pakaian~ Sedarlah diri....sedarlah kita....semoga sentiasa sedar~

~Masa ibarat mata pedang~

Do what u want to do  now!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Susah Benar

Payah…Susah…
Kita berada di dalamnya…
Mudah…Senang
Kita gembira menghadapinya
Walau apapun keadaan kita
Kita hanya kita
Tidakkan pernah menjadi yang lain
Kita Hanya kita
Yang seadanya kita
Kerana kita adalah kita
Tanpa perlu orang lain
Menunjukkan siapa kita
Kita adalah kita
Yang zahirnya ternampak dan terlihat
Tapi yang batinnya
Allah lebih tahu
Kerana DIA menciptakan
DIA menjadikan
DIA adalah Tuhan kita

Di persimpangan ini
Kita kembali kepadaNYA
Supaya kita menjadi kita yang baru
Kita menjadi kita
Yang penuh dengan harapan
Yang penuh dengan semangat
Yang penuh dengan azam
Yang penuh dengan tekad
Kerana kita
Makhluk Tuhan yang serba lemah
Tidak tahu apa yang akan berlaku
Sedang untuk menentukan dengan pastipun kita tidak mampu
Inikan pula memutuskan sesuatu itu….berlaku atau tidak…
Siapalah kita….
Di akhir-akhir ini
Nasihat padu dari mereka yang mendengarkan
Luahan tulus dari mereka yang meluahkan
Alangkah kerdilnya diri

Biar apapun suratanNYA
Keikhlasan menjadi rahsia
Biar apapun kenyataannya
Kekuatan menjadi senjata

Aku bukan penyajak
Aku bukan pemuisi
Aku hanya pengatur kata
Yang bergolak seiring rasa

Ya TUHAN…tunjukkan diri ini, tunjukkan dirinya, tunjukkan diri mereka

Jalan yang pasti
Membawa diri
Menuju negeri abadi
Menuju kepadaMU
Menuju Cinta Ilahi.

P/S: Better late than never.

~Terkesan dengan sms yang berbunyi~ “Mira, andai saya pergi dulu ke sisi Allah, hadiahkanlah 3 Qul untuk saya~ Subhanallah……tiada siapa antara kita mengetahui semua itu….semoga sentiasa bersedia…Aku, dia atau kamu….~

SEkaDar BerKongSi~ Ambil manfaat, tinggalkan mudharat~Katakan Tak Nak pada Rokok, Maksiat dan perkara yang membuatkan kita jauh dari Allah~

Sirru ‘ala Barakatillah.


Pada suatu hari, ada seorang tua berjalan seorang diri. Dia berjalan mundar-mandir. Tidak tahu ke mana arah tujunya. Sedang kakinya mula membengkak, badannya mula sakit-sakit. Tongkat yang dipakainya menahan dia daripada jatuh. Lantas, dia gagahkan jua. Mahu mencari sesuatu. Ke mana agaknya, ke kiri atau ke kanan. Ke depan atau ke belakang. Ke tepi atau ke mana.
Orang tua itu mula mengimbas kembali. Bagaimana dia dan hidupnya? Iya, terasa sekejap masa berlalu. Di telan dan dimamah usia. Yang tinggal kini apakah? Dia terkenang-kenang, terbayang-bayang, bagaimana nasibnya nanti. Berada di alam abadi. Sebanyak manakah amalnya kini. Alangkah…..
Tiba-tiba, orang tua itu di datangi, seorang lelaki. Persis saja seorang pemuda. Bermuka jernih, tegap dan sasa. Orang tua itu menyapa. Mahu ke mana anakku? Orang muda memberi salam hormat. Menceritakan permasalahannya pada orang tua ini. Orang muda berkata, “Begini, daku sekarang dalam masalah besar, menentukan urusan yang bakal ku tempoh dalam tempoh yang lama”. Anak muda berwajah sugul, Nampak benar menanggung beban di benaknya.
Orang tua tersenyum. Kamu tentu saja sedang memikirkan permasalahan orang-orang seusiamu kan? Orang tua meneka. Orang Muda senyum saja. Mahu di jawab tidak terluah. Tersekat saja antara lidah dan halkum. Orang Tua senyum lagi.
Orang tua bagaikan mengimbas kembali dirinya. Sewaktu mudanya, sewaktu gagahnya, sewaktu usianya seperti orang muda. Lantas, orang tua bercerita;
“ Anakku,
Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama, bukan sekejap.
Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun.
Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama.
Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius.
Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk.
Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com.
Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT  dan  JELAS.
Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia.
Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku.
Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia.
Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat?
Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali.
Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama.
Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan?
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHUyang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHUdan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta.
Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan.
Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri.
Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama.
Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu.
Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.

Nah, ini dia anakku…bacalah olehmu dengan nama Allah… Orang tua ini sudah banyak pengalaman. Kamu anak muda, binalah dirimu dengan pengalaman orang lalu. Dan orang muda berlalu sambil mengucapkan terima kasih pada orang tua. Orang tua berjalan lagi. Kali ini, dia mahu berehat. Rehat yang panjang. Untuk melepaskan kelelahan sepanjang kehidupannya. Dia berdoa “ ya ALLAH. Engkau bantulah anak muda itu, dia sedang dalam usaha melengkapkan agamanya. Bantulah DIA, tunjukilah DIA, berikan padanya sesuatu agar dia mendekat padaMU~









SESI TAARUF

Bersama kelas 6 Pintar… Berkenalan dengan mereka. SUBHANALLAH…
Kebanyakannya anak kampung…seperti diri ini. Mereka belum terdedah dengan suasana di luar sana.
TARGET? CITA-CITA?  Mereka tidak memandang serius. Hanya main-main.
Jauh di sudut hati… apa akan jadi yer nanti? Jika mereka tidak berusaha dari sekarang. Bukan mahu meramal masa depan mereka…tapi tidak mahu mereka mengikut jejak langkah abang-abang dan kakak-kakak yang terdahulu. Mensia-siakan zaman remaja. Semoga mereka menyedari hal ini dan diberikan petunjuk oleh Allah sentiasa.
Dan dalam banyak-banyak soalan yang di kemukakan…alangkah terkejutnya..soalan ini yang di tanya….

“ Se berape naik moto?”

Tercengang…Terkedu….

Banyak yang di pelajari. Banyak yang di ketahui. Betapa banyak yang boleh di kongsi.

~Memandang sesuatu dengan serius…kerana hidup ini bukan untuk main-main~






Aku..

Hanya wanita yang lemah akalnya…
Manusia yang selalu melatah
Bila diuji ujian kecil…

Aku..

Punyai sekeping hati
Bisa tertoreh
Dengan tajamnya kata
Bisa tenggelam dengan manisnya janji…


Namun…

Aku punyai satu harapan
Tidak pernah padam dengan surutnya waktu
Tidak pernah karam dengan ganasnya badai

~Puteri kepada ibu dan ayah ini ingin menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya----ameen~


~Mei yang indah~25 Mei, Jumaat yang permai……~ Semoga hidup lebih diberkati.~

I am here…..

Dulu…

Penasaran…. Fikiran menjadi semak….tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bekerja tetapi asyik terfikir bagaimana dan bagaimana...

Kini....

Mendapat ruang dan peluang yang amat-amat dinantikan...Belajar dan terus belajar. Sekarang...banyak perkara yang difikirkan lagi....dunia penuh sesuatu yang tidak dijangka. Subhanallah... Hargai apa yang ada ketika ini dan bersyukur dengan apa yang ada. Melalui hari harus penuh dengan motivasi kan...baru hidup penuh dengan keceriaan.


Di bandar Permaisuri, ada taman......

Kelas 2 Pintar, memang suara harus tinggi kalau tidak tenggelam je.

Siapa mahu hadiah?...jawab soalan dulu yerr...hehe.

Dah dapat dah hadiah..horeyy..

Sempoi je Ustaz... Aktiviti Persatuan Agama Islam.
Belajar Rukun Solat~

~Jadual Waktu dah banyak kali tukar, ini yang latest~

Subhanallah, sedar tak sedar dah berlalu banyak perkara..semoga sentiasa tabah....

Di izinkan oleh Allah membantu mereka mengenalMu ya ALLAH...

Guru, jutawan akhirat, semoga jadi satu inspirasi.


Selawat Tafrijiyyah


Ayat 21-24 surah Al-Hasyr :
Maksudnya: Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quraan ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.










Solusi isu 42



~ Bukankah dengan mengingati ALLAH hati akan jadi tenang~ Duhai hati berbisiklah dengan ketenangan, cambahkan rasa takut dan harap pada Allah semata.... jauhkan pergantungan daripada makhlukNYA~


~Punyai satu hati yang bisa menilai adalah lebih baik daripada punyai seribu teman ~ Lintasan hati ini.



Hanya orang yang tenang dapat memberikan ketenangan~ Make me strong ya ALLAH.