Menyusuri hari yang cerah, tentu tidak mendatangkan masalah buat kita, tapi bila menyusuri hari yang mendung, malah hujan beserta guruh dan petir tentunya membawa kegusaran yang tiada tandingnya. Begitu jua hidup ini, terkadang mudah dan adakalanya terasa sukar dan payah. Namun, sedarkah kita ada kuasa yang tiada taranya yang menguasai segala-galanya. DIA yang mengatur sekalian semesta tanpa kecelaruan malah sentiasa saja berputar siang dan malam.

Kita sentiasa mahukan apa yang kita mahu. Kita suka apa yang kita suka. Kita cinta apa yang kita cinta. Kita buat apa yang kita mahu buat. Tetapi ingatlah ada kuasa yang memiliki kita. Ada hisab yang bakal kita jalani atas apa yang kita perbuat. Ada azab yang akan menimpa jika kita salah perhitungan dan meninggalkan apa yang disuruhnya. Dalam setiap apa yang kita lakukan jangan lupa untuk meminta “campur tangan ALLAH” agar apa yang kita lakukan bukan sekadar mengikut kehendak dan naluri kita seadanya.

Terkadang kita tersangat mahu apa yang kita impikan, kita angankan malah selalu kita sematkan dalam dada. Namun, kita tidak mendapatkannya. Kita sering saja gagal dalam mengejarnya. Kesudahannya, kita kecewa, sengsara malah kita bagai terasa jauh hati. Tapi untuk apa? Life must go on. Tiada gunanya terus-terusan mengejar sesuatu yang belum pasti. Gapailah apa yng terbuka di ruang mata. Jangan terlalu mengharap apa yang jauh dari jangkauan. “ Apa yang kita rasakan baik belum tentu baik untuk kita begitu juga sebaliknya”.

Apabila kita tidak mendapatkan apa yang kita sukai maka sukailah apa yang kita dapati. Kata-kata ini sungguh membekas dijiwa. Iya, ada benarnya. Tentu apabila kita menyukai seseorang dan akhirnya orang itu menjadi milik orang lain, kita akan rasa kecewa. Tapi sedarlah, memang dia bukan milik kita. Memang dia diciptakan bukan hidup bersama kita dan memang dia hanya sekadar boleh menjadi impian kita dan bukannya kenyataan bagi kita. Oleh itu, sedarilah bahawa tidak selalu apa yang kita inginkan kita akan dapati Tidak selalu apa yang kita hajati akan menjadi kenyataan yang pasti.

Yang pasti, jangan pula kita mengambil jalan singkat dengan berputus asa. Masih ada jalan yang dinamakan usaha. Masih ada cara yang dapat kita fikirkan. Ruang dan peluang begitu luas. Hanya kita, hanya kita yang tidak mahu merebutnya. Tanyakanlah pada yang berpengalaman, mereka tentu banyak cerita yang boleh dikongsikan. Tentu mereka sudah banyak ilmu didada yang boleh dicurahkan.

Akhir sekali, usah pertikai apa yang tidak kita dapatkan. Kenapa aku tidak boleh? Kenapa aku yang begini? Kenapa aku yang begitu? Jua terkadang bila ditimpa ujian yang berterusan kita jadi menyalahkan takdir. Mengapa aku yang selalu diuji? Bukankah pernyataan ini menyanggah kalam Tuhan yang menyatakan tidak akan masuk syurga sebelum kamu diuji sebagaimana orang-orang terdahulu diuji. Kedudukan dan darjat kita yang tidak setanding pun dengan Rasul, Nabi, sahabat dan para solihin terdahulu sudah cukup untuk membuatkan kita sedar diri dan mengaku kekurangan kita. Jadi untuk saat ini dan seterusnya, marilah kita sama-sama jangan pertikai apa yang ALLAH berikan dan datangkan pada kita. Sekiranya kita perlu memilih maka seharusnya kita meminta petunjuk dari ALLAH. Setelah itu, andai pilihan itu masih belum membuatkan kita gembira, berlapang dadalah. Mungkin hikmahnya belum terzahir. Hanya kita yang jahil dan kerdil ini belum dapat memahami hakikat dan makrifat yang sememangnya menjadi hak milik mutlak ALLAH, Tuhan yang maha kuasa.

~Betapa menjadi penganggur kehormat sungguh menyesakkan dada……….semoga penghijrahan ini membawa makna yang mendalam buat diri~

Tanggal 19 hb, dah letak jawatan secara rasminya dari kedai tempat menimba ilmu dan cari rezeki sebaik sahaja bergelar lepasan siswazah. Thanks to all members of Galeri Hidayah kerana sudi menerima diri ini seadanya. Ceewah. Banyak benda yang dipelajari. Bermula dari macam mana nak berdepan dengan orang, macam mana mahu mengendalikan situasi, bagaimana mahu memuaskan hati orang lain dan sebagainya. Hmmm…meninggalkan memori yang mengesankan dalam perjalanan hidup seorang hamba.

Indahnya jika kita melakukan sesuatu dengan ikhlas. Dengan penuh perasaan suka dan bukannya terpaksa. Indah jua jika kita berukhwah bukan atas dasar rupa, harta dan sebagainya tapi atas dasar iman dan takwa. Dan hubungan yang semacam inilah yang akan kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, berpeluang mengenali mereka .

Dan kini mahu jalani sesuatu yang baru lagi. Teringat pula gelaran yang diberikan “budak sivik”. Memang dah ramai yang cakap. But I’m still myself. Kata-kata orang ni kalu layan sangat pun kita juga yang merana. Tahniah pada kawan-kawan yang dah dapat kerja, dapat sambung master dan juga dapat kpli. Teruskan usaha menuntut ilmu disamping mencurahkan tenaga dan bakti. Bagi yang tak dapat, jangan bersedih (La Tahzan), mungkin ada rezeki lain yang menunggu tanpa kita ketahui.

Tapi jangan pula pernah putus asa ya. Yang paling penting adalah kita lakukan sesuatu dngan ikhlas, insyaALLAH ada pulangannya di akhirat nanti. Secebis kata penguat semangat untuk diri dan semua yang membaca;

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan untuk menyatakan kebenaran, hiduplah dengan iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau DIA tak kelihatan. ~Moga lelahmu dihargai ILAHI walau dicemuhi insani~

::I want to be myself::

HAMZA NAMIRA~Dream with me~

Dream with me
Of a tomorrow that’s coming
And if it doesn’t come
We’ll bring it ourselves
We’ll stride upon this path
Our many footsteps will lead us to our dream

Dream with me
Of a tomorrow that’s coming
And if it doesn’t come
Our many footsteps will lead us to our dream
We’ll stride upon this path
We’ll bring it ourselves

No matter how many times we fall
We’ll be able to rise again
Find the way through,challange and defy the dark clouds
We’ll find our night transformed into a thousand days
Only if we dream

Dream with me my friend
Our footsteps will shorten the distance
I care aboutmy innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us

No matter how long the journey becomes
Even if we become lost, my friend
Our reunion will rally us towards our dream
Towards our dream 7x
Only if we dream

~~Impian adalah cita-cita, gantungkan impianmu setinggi awan~~

Seberat manapun ujian bukankah akan jadi manis bila kita sandarkan pergantungan kita pada Allah…. Kita adukan segala yang kita dambakan hanya pada Tuhan yang Esa. Begitu kerdilnya diri kita, harus kita akui bahawa, kita ini hanyalah insan lemah. Namun, kita tidak hanya harus berpeluk tubuh sahaja, ada perkara yang harus kita selesaikan, ada tugas yang harus kita langsaikan kerana kedatangan kita di atas muka bumi ini ada tujuannya, ada objektifnya ada hikmahnya.

Penyakit yang dihadapi tentu ada saja ubatnya, kecuali mati dan tua. Hebatnya penyakit yang dihadapi sama hebatnya dengan penyakit “cinta” atau penyakit “asmara”. Adapun dua perkara yang menyebabkannya adalah anggapan baik terhadap peribadi yang dicintai serta keinginan kuat untuk memperolehinya. Apabila kedua-duanya dapat dihilangkan maka hilanglah penyakit ini.

Adapun cinta martabat tinggi adalah cinta kepada ALLAH, cinta yang hakiki dan kekal abadi. Maka cinta pada selainnya hanyalah cinta yang bersandarkan pada cinta kepada Allah, jika hilang cinta pada Allah, maka hilanglah jua cinta pada yang lain.

Belum ada ubat khusus untuk menangani penyakit asmara ini melainkan menurut segala yang disyariatkan oleh Allah sebagai jalan keluar iaitu bagi yang mampu maka berkahwinlah dan bagi yang belum mampu maka berpuasalah. Bahkan, jangan pula penyakit ini membawa kepada lalai dalam mengingati Allah.

Pesanan: Bersama berubat dan merawat hati…….menuju Cinta ILAHI.