Sudah hampir pada penghujung Ramadhan, maksudnya dah melepasi awal dan pertengahan. Semoga Ramadhan kali ini bermakna buat kita semua. Macam-macam cerita ada di bulan Ramadhan ni. Dan yang paling latest berlaku dalam hidup adalah cerita mengenai baju raya. Sejak akhir-akhir ni tiap-tiap hari bermain dengan baju raya. Biasa la, raya dah nak dekat maka menjadi kebiasaan untuk berbondong-bondong makhluk Allah ni keluar mencari persiapan untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelma tak sampai 2 minggu saja lagi.

Semoga catatan ini menjadi pengajaran buat semua setidaknya menceriakan sesiapa saja yang membacanya.

Situasi 1

Jurujual: Cari apa?
Pelanggan 1: Kopiah ni berapa harganya?
Jurujual: RM 25 satu.
Pelanggan 1: Ambil yang saiz 22 setengah dik.
Jurujual: Ok, jap ye.

Situasi 2
Pelanggan 2: Kak, ni warna apa kak? ( Sambil menunjukkan pada baju Melayu)
Jurujual: Warna pink cair kot.
Pelanggan 2: Kenapa tak cakap warna pink je?
Jurujual : Ermmm( dalam hati berkata “ada ke warna pink cair”)
Pelanggan 2: Yang mana satu cantik kak?
Jurujual: Dua-dua cantik.

Situasi 3
Jurujual: Cikgu, sekarang cikgu mengajar kat mana?
Cikgu: Sek Keb Alur Lintah
Jurujual: Owh, saya anak murid Cikgu… kenal tak saya?
Cikgu: Erm..anak sapa ye?
Jurujual: ……..
Cikgu: Maaflah, Cg dah lupa.
Jurujual: Owh, tak apalah anak murid cg kan ramai.
Cikgu: Awak ni anak ke menantu tuan kedai ni?
Jurujual: Tak lah, pekerja je.
Cikgu: Awak ngaji kat mana? Ambil kos apa?
Jurujual:….. ……
Cikgu: Payah jugak kos awak ni..tak minta KPLI?
Jurujual: Saya baru je grad Cg..belum lagi..
Cikgu: Trylah mintak nanti..
Jurujual: Terima kasih Cikgu ( sambil terkenang memori sek rendah dulu, Cikgu ni pernah cabar supaya dapat 5A)

Situasi 4
Pelanggan 3: Dik, cuba cari buku tentang zakat..semua yang dibicarakan dalamnya soal zakat je.
Jurujual: Jap ye.
Pelanggan 3: Ok
Jurujual : (mencari di segenap penjuru dan rak).. tak jumpa lah..yang ni je jumpa ( Zakat Fitrah menurut Imam Nawawi)
Pelanggan 3: Tak jumpa..x pelah.

Situasi 5
Tuan Kedai: Penat ke?
Jurujual: Biasalah
Tuan kedai: Lain kali kalu orang datang cakap jangan la sepahkan, tak larat saya nak simpan.
Jurujual: ( senyum je)

Inilah sebahagian cerita baju raya dan persiapan menghadapinya. Kesian kat “jurujual” sampaikan tidur pun termimpi tentang baju-baju. Pengalaman mengendalikan baju-baju ni memang la agak seronok..tapi saya bukan “advance” dalam bidang itu..Cuma apa yang dipegang ialah belajar hidup adalah berterusan dan hidup seharian adalah sekolah dan tarbiyyah..Semoga ku temui sinaran rembulan dalam hidupku!

Adik-adikku

Setelah merantau lebih kurang sepuluh tahun dan adikku yang kini telah mencapai usia 11 tahun, aku kembali pulang ke rumah, meniti hari bersama keluarga dan seterusnya memasyarakatkan diri di tanah tumpah kelahiranku. Niat untuk menyambung pelajaran ditawakufkan sementara waktu. Dan kini pencarian bermula dan semoga menemui titik temunya.

Ku nukilkan beberapa gelagat adik-adikku yang ku namakan Z,R, S dan A sebagai ganti diri bagi mereka. Suasana di bulan ramadhan yang dulunya ku hadapi bersama rakan-rakan kini bertukar suasana. Melihat gelagat adik-adik adalah sesuatu yang indah. Benarlah yang dikatakan bahawa anak-anak sebagai penyeri, pelengkap dan hiasan bagi kehidupan berumahtangga.

Berikut beberapa situasi yang suka untuk ku kongsikan sebagai peringatan dan mungkin jua sebagai kenang-kenangan andai jemari ini sudah tidak mampu dan tidak berdaya menekan kekunci komputer ribaku.

Adikku S

S: K.Y, nafsu tu ape?

K.Y: Nafsu itu adalah kehendak,keinginan.

S: Kenapa nafsu x diikat dalam bulan pose?

K.Y: Sebab nafsu tu kita kena kawal. Nafsu tu ada yang baik dan ada jugak yang buruk.

S: kenapa Allah tak ikat je nafsu kan senang?

K.Y: ermm…sebab DIA nak uji manusia.

S: Owh, cam tu.

Adikku A

A: K.Y, A nak pose..

K.Y: Bagus la…

Di Waktu tengahari…

K.Y: A, buat apa tu?

A: Minum air…

K.Y: A pose x?

A: Tak.

Adikku R

R: K.Y, nanti besar R nak jadi askarlah.

K.Y: Sebab apa?

R: Sebab nak mati syahid.

K.Y: Tak jadi askar pun boleh mati syahid.

R: Jadi askar boleh mati syahid, pertahan Negara..

K.Y: Baiklah R, baguslah nak mati syahid.

Adikku Z

Z: K.Y, kawan-kawan tanya, minggu ni subjek apa?

K.Y: Ikutlah Z…

Z: Okeh..minggu ni sains..

K.Y: Tanya kawan-kawan, di orang faham tak K.Y ajar..

Z: Di orang kata faham dan seronok..

K.Y: Ye ke..baguslah…

Dan yang paling mengesankan diri ini adalah kata-kata adik S

Adik S: K.Y lah bidadari paling cantik di dunia..

Dan sejak itu diri ini berazam menjadi bidadari paling cantik di hati mereka dan semoga diriku menjadi kakak mithali memimpin mereka ke jalan yang diredhai..insyaALLAH….


Apa khabar iman?
Sudah lama tidak bertanya
Baik atau tidak
Sihat atau sakit
Iman ini
Naik dan turun
Ibarat denyutan jantung
Iman ini
Sering diuji
Pelbagai cubaan
Datang dari segenap penjuru
Kekadang iman teguh bak gunung
Kekadang iman dilanda ombak badai
Iman ini perlu dipertahan
Iman ini perlu dijaga
Kerana iman, kerana iman, kerana iman,
Manusia takutkan TUHAN.

~Dinukilkan buat semua yang punya hati…punya mata..punya telinga dan punyai akal~
Jangan pernah B-E-R-M-I-M-P-I

Hidup tak lama
Pejam celik pejam celik
Kemudian tertutup selamanya
Walau jauh walau dekat
Sentiasa tautkan ukhwah terbina
Kerna kita bersaudara
Atas dasar iman dan akidah
Kita berbeda dengan manusia lainnya
Yang mengagungkan material
Yang mencari nama
Kita adalah kita
Penyambung risalah dan perjuangan
Pernah ada yang menyebut dirinya “posmen” Tuhan
Hamba dan khalifah
Bergabung dalam satu nama
Jangan pernah bermimpi
Untuk hidup sendiri-sendiri
Kerna kita ini tidak akan pernah lari
Dari manusia lainnya
Kerna kita takkan terlepas untuk ditanya
Adakah kita mengambil tahu hal saudara kita..
Makankah dia, terbelakah dia, amanah kita padanya dan sebagainya
Jangan pernah bermimpi
Untuk cuba melanggar arahan ILAHi
Apa yang disyariatkan
Apa yang ditetapkan
Kerna tanpa kasih-sayangNYA tentu kita
Menjadi manusia yang entah siapa-siapa
Tentu kita takkan menjadi manusia yang bahagia
Tentu kita takkan tenang buat selamanya
Akhirnya,
Jangan pernah bermimpi
Andai itu membawa kamu lupakan Tuhan
Bermimpilah untuk lebih dekat denganNYA
Dan jangan hanya bermimpi kerana mimpi hanya tinggal mimpi
Tanpa ada langkah melaksanakannya….

Jangan HANYA berMIMPI~