Ku cari sekeping hati

Dalam hari penuh kekalutan

Ku cari sekeping hati

Pada setiap saat yang cepat menghambat

Ku cari sekeping hati

Di sekitar ruang persekitaranku

Ku cari sekeping hati

Kala terik mentari jua dalam hujan kebasahan

Ku cari sekeping hati

Di setiap penjuru…

Alangkah…tidak ku temui

Dimanakah lagi?

Harus ku cari

Ku kembali padayang menciptakan hati ini

Kerana ku mengerti hanya dengan kembali

Dapat ku jumpai hatiku kembali.

aku rindu...

Pada yang bernama siraman ilmu,
pada cambahan idea,
pada madah bermakna sahabat-sahabat,

Dan jua pada yang namanya bekalan buat pejuang...

Ya Allah,

Izinkan diri ini terus berada di jalanMu
Terus menjadi perindu syurgaMu

~Semoga kerinduan ini terubat~












Walau apapun keadaan yang kita hadapi….usah berduka, ingatlah Allah sentiasa ada sebagai tempat untuk kita mengadu. Tempat untuk kita meluah rasa, tempat untuk kita menggantungkan seluruh harapan dan impian kita.


Dan, jangan pernah mengeluarkan air mata untuk perkara yang tidak perlu dan tidak penting kerana semua itu hanya sia-sia. Semua itu hanya bakal menyesakkan dada.

Ingatlah jua, barangsiapa yang bertawakal kepada Allah maka akan dianugerahi padanya jalan keluar. Oleh itu, apa lagi mahu kita?? Dengan bertawakal kepadaNya sahajalah maka kita akan dihadiahi jalan keluar.

Ayuh, bertawakal padaNya dengan sepenuhnya. Ku ajak diri dan seluruh yang membaca coretan ini untuk sama-sama bertawakal kepada Allah.


~Always wishing peace for you and me today and always~





Sudahkah kita berkira-kira berapa banyak amalan yang kita bawa sebagai bekalan.


Ayuh kita bersama-sama mengejar sebanyak mana pahala yang dapat dan menjauhi segala yang membawa pada dosa.


100% BERSERAH DIRI PADA ALLAH


Berapa peratus tahap penyerahan diri kita kepada Allah. Bagaimana mahu seratus peratus berserah pada Allah?


Sama-sama kita fikirkan...