“Sebaiknya, entri sebegini ditamatkan” “Kisah Insyirah harus ditamatkan segera”
“Insyirah…harus lebih dewasa” “Harus lebih matang” “Harus jadi seorang yang sesuai pada usianya”
“Iya, untuk saat ini dan seterusnya, Insyirah cuba mencari erti dan pengertian”
“Bukan mudah berfikir dan menjadi seseorang yang berfikiran jauh, melangkau usinya, malah pengalaman dan jua kotak fikirnya”
“Namun, Insyirah harus begitu…”
“Harus tinggalkan kehidupan yang jauh dari reality”
“Insyirah ada mengadu pada yang selalu mendengarkannya, dia perlukan sahabat2”
“Insyirah masih belum kuat sendiri”
“Untuk itu, Insyirah mencari penyelesaian”
“Dan jawapannya ditemukan, iaitu jadilah dewasa, dan dewasalah”
“Insyirah bukan lagi anak kecil, minta didodoikan, akan merengek,menangis bila sesuatu yang dihajati tidak didapatkan, malah Insyirah sudah bisa menjadi pembimbing buat mereka, menjadi penghibur malah dalam situasi sukar insyirah juga bisa diharapkan”
“Selepas ini, tiada lagi kisah Insyirah, ayuh kita pergi lebih jauh, seiiring tanggungjawab yang kian besar terpikul dibahu, jua pada perkara yang lebih besar yang harus kita ceritakan”
~Insyirah sudah dewasa, Insyirah harus dewasa, Insyirah, dewasalah!!!~
(++,)The one and only also the only one(^^,)
Bahagian 3
“Maafkan Insyirah, maafkan dia”..
“Insyirah tak mampu untuk menanggung seorang diri”
“Dia jua hanya mahukan ketenangan”
“Insyirah itu sukar difahami”
“Insyirah itu seorang yang sombong mungkin”
“Insyirah itu, itu dan itu….”
“Aduhai, nasib Insyirahlah…
“Walaupun apa pandangan manusia pada Insyirah, dia tidak kisah…”
“Insyirah itu simbol kekuatan bukan kelemahan”
“Kerana itu Insyirah sukar menitiskan air mata”
“Tapi…jangan sampai tertitis maka sukar pula mahu mengeringkannya”
“Insyirah…ketenangan…kenapa Insyirah begitu?...dia hanya mahu menjaga ketenangan hatinya, jua hatimu”
“Percayalah…”
“Insyirah ….dia mahukan yang terbaik untukmu jua”
“Insyirah itu garangkah?....jika benar tentu sudah ramai yang menegurnya”….
“Insyirah semakin berani…alhamdulillah…..semoga terus berani…”
Cinta itu
Menyakitkan
Cinta itu
Mengharukan
Cinta itu
Menyepikan
Cinta itu
Menggelisahkan
Cinta itu
Mengundang rasa hiba
Cinta itu
Hanya menitis air mata
Cinta itu
Kian menjauh
Hingga
Terasa sukar digapai
Ingin ditukar
agar
Cinta itu
Mengembirakan
Cinta itu
Membahagiakan
Cinta itu
mendatangkan tawa
Cinta itu
Bersemi dalam Redha ALLAH
~Izinkan nama ini terpahat dihatimu~
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside
Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing
VERSE 2:
Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order
There is a hidden force
Pulling us closer
It’s pulling you and I
It’s pulling us up high
CHORUS:
Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A Smile can change a life let’s start believing
And feeling, let’s start healing
MIDDLE 8:
Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed
OUTRO (x2):
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا، وعين الله ترعى
كلمة طيبة صدقة
تبسمك لأخيك صدقه
كل معروف صدقة
اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً
What’s up?
Dah lama tak update blog ni dengan perkataan yang kurang “skema”….hehe…. Well…my dear friend…pehabaq smua? Rindu…tu je yang dapat diluahkan….pada kawan-kawan…pensyarah…ilmu….dan suasana belajar…betulla orang cakap masa nak belajar kite nak kerja dan bila dah kerja rindu nak belajar lagi dan lagi.
Kerja sekarang tak de kaitannya dengan apa yang belajar sebelum ni, tapi still ok. Boleh dapat pengalaman baru. Dan yang paling penting kita selesa. Memang sejak awal, jiwa ni payah jer nak serasi dengan sesuatu perkara tapi bila dah serasi, sayang pula nak tinggal.
Kira-kira dah hampir 3 bulan jugak la duk ngadap kijer ni. Kira klu praktikal dah jadi senior la. But I’m still learning. Setiap ari tentu ada jer perkara baru yang kita nak belajar kan. Sebenarnya memang minat skali duk di samping buku-buku. Amat-amat minat. Makan buku, tidur buku, solat kena ingat Allah jer..huhu.
Sekarang, duk kat Bandar ni ( Besut ada Bandar ni yang paling besar), didalam pustaka…huhu..kalau di k.Terengganu ada Pustaka Seri Intan, maka kat sini ada juga Pustaka. Ada dua kedai buku kat sini, satu SMO dan satu lagi tempat yang saya duduk hari-hari ni…
Orang kata, “tak kenal maka tak cinta” so, saya nak tambah ilmu banyak2 supaya saya jadi orang berilmu, Bukan senang nak jadi ulama’… apatah lagi ulama’ yang digelar umara’. Rasa cam kerdil sangat2. But kat sini, saya jumpa orang2 yang baik. Selalu tolong saya. Naik malu dibuatnya. But life must go on, tak kira kita rasa lapang atau sempit kan. Sangat seronok ada orang yang selalu care dengan kita. Ukhuwah sebagai sedara Muslim, tentunya manis dan indah.
Saya tak tahu sampai bila saya dapat teruskan kerja ni. Ye la, takkan belajar tingi2 just kerja biasa2 je (Kata pemilik tempat saya kerja)….saya faham itu..tapi sementara….sebelum dapatkan yang lebih baik maka apa salahnya kan..walaupun ramai yang akan mengata..hehe ada saya kisah…Di orang tak bagi pun saya makan sebab dengan keyakinan yang jitu..rezki tu datangnya dari Allah….
Then, for all my dear friend yang baca tulisan ni…doakan saya ye ( Pray for me)…nak pergi test….huhu… Moga2 yang terbaik dalam pengetahuan Allah akan saya dapatkan…amin ya Rabbal ‘alamin…
P/S: Sebelum tidur maafkan kesalahan orang pada kite…baru aman kalaupun esok dah tak buka mata lagi…. Peace(~~,)
“ Ya ALLAH, ujian datang bertalu hingga Insyirah menjadi kian terumbang ambing”.
“Insyirah ini tidak kuat,lemah dan sering berduka nestapa”. Insyirah ini sering jua terpalit dengan masalah sendiri hingga sukar ke luar ke kerangka yang benar dan betul”
“Insyirah meneliti diri. Virus itu kian menjauh, sejauhnya. “
“Sisihkan sesuatu yang menjauhkan daku padaMU, munajat Insyirah dalam keheningan”.
Biarkan luka sebagai luka. Biarkan ia berparut sendiri. Jangan cuba bermain salji kalau takut jatuh dan sejuk. Begitu jua jangan pernah berhajat tinggi jika usaha tidak padan dan tidak sesuai.
Ya ALLAH, Insyirah ini hanya mengadu padaMu. Tiada yang lain. Kerana Insyirah tidak akan pernah percaya pada sesuatu yang tak pasti.
Terima kasih pada sahabat Insyirah jua, dia banyak membantu. Kawan Insyirah lebih kenal daripada yang lainnya. Kerana dia begitu tulus dalam menghulurkan persahabatan. Insyirah jadi malu pada dia. Kerana semangat dan azamnya begitu kental dan kuat, tidak selayaknya Insyirah.
Insyirah jadi begitu gembira dengan jalur kehidupan yang menjadikannya seorang yang kuat dan tabah. Menjadikannya lebih bahagia dan rasa berharga dengan mengorbankan diri untuk kebahagiaan orang lain. Insyirah akan merasa lebih bahagia jika kehidupan Insyirah semuanya kerana Allah.
Semakin Insyirah lari semakin tidak kuat. Kaki jadi longlai. Melangkah jadi kian susah. Insyirah yang dulu bukan begini. Insyirah itu kuat dan tegar. Tidak pernah lemas dengan bahasa dunia yang ada kalanya kencang dan deras.
“Pergilah..pergilah..dan pergilah”. Insyirah akan lebih tenang. InsyaALLAH. Insyirah masih tidak punya kekuatan untuk menghadapinya. Terima Kasih ya ALLAH…. Berikan waktu untuk Insyirah…
P/S: Reactivate my facebook…. Harus ada hubungan dengan kawan-kawan (^^,)