Alangkah sukarnya..

Hidup ini payah…hidup ini tak selalunya bahagia…hidup ini banyak rencamnya. Hidup tak semudah yang disangkakan, terkadang kita mengharapkan hari-hari yang dilalui begitu tenang tetapi di kala itu jualah gelora menerpa bagai tiada disangka-sangka. Apa motif sebenar yang ingin dinyatakan kali ini?

DUGAAN

Bukankah setiap orang akan diuji? Untuk melihat sejauh mana dirinya? Ku terima mesej dari seorang saudaraku:

Upah jagaan:

Kakak RM 150

Kembar RM 440

Amir RM260

Ngaji RM 45

Jumlah RM 895

Ini baru melibatkan kos jagaan anak bukan lagi kos untuk makan minum, minyak kereta, pinjaman bank, ansuran kereta, bayaran balik ptptn, dan juga kos-kos lain seperti membeli keperluan dan juga untuk bergaya. Memang sukar. Tambahan pula jika tinggal dibandar besar seperti Kuala Lumpur. Baru bercakap soal keperluan keluarga belum lagi soal pendidikan dan juga soal-soal lain berhubung tanggungjawab dalam kekeluargaan.

TERIMA KASIH

Ku kalungkan ucapan ini pada semua yang telah membesarkanku, menemaniku, memberikan perisa dalam setiap hariku, lantas pada sesiapa jua yang mahu melihat diriku berjaya....... and the most important thing...untuk pengorbanan semuanya.....ucapan terima kasih takkan bisa membalas segalanya.

Sejak akhir-akhir fikiran bercelaru…hmmm…dah makin tua agaknya. Banyak benda yang di fikirkan dalam kepata otak yang memang sedia berselirat wayarnya. Nasib baikla sambungannya masih ok, kalu putus fius ke, tak ke naye…huhu. Everyday tentu saja ade benda baru yang harus dipelajari..itulah namanya sekolah kehidupan. Sekolah yang tidak putus-putus mengajar mendewasakan diri seseorang. By the way, hidup ni penjara bagi orang mukmin. Setiap hari kita semakin dekat dengan kematian. Setiap yang dilakukan harus kena ada check n balance, dosa dan pahala. Terima kasih ya ALLAH, masih hantarkan daku mereka-mereka yang kuat imannya yang sentiasa menasihati dan memberikan aku pengajaran walaupun dalam kesenyapan mereka. Mereka ibarat penyuluh di kala kegelapan bertandang. Dan pastinya mereka adalah anugerah buat hidup ini.

Kemudian, hari-hari yang dilalui semakin meresahkan. Why? Harus sabar dan redha. Bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itu yang kena selalu pegang. Bukan kita terlalu sempurna tapi mencari kesempurnaan bukankah menjadi impian semua orang. Letih, penat dan jua segala rasa adalah asam garam hidup. Dan jua berbagai perasaan yang bertandang. Sedih, gembira dan macam-macam lagi.

Masih dalam usaha meneutralkan diri. Diri kita hanya TUHAN yang MAHA kuasa yang tahu. Manusia lainnya belum tentu. Bukan niat mahu membenci apatah lagi mahu mencipta beribu alasan tetapi apabila kepastian belum jelas maka baiklah segalanya “sorih” dahulu. “I want to be what I want to be”. Bukan sekadar angan-angan. Tapi harus jadi realiti.
Berdebar-debar. That’s what I’m feeling right know. Hmmm…….susahnya berada dalam keadaan ni. Istigfar banyak-banyak. Segala yang berlaku adalah ketentuanNYA, yang boleh dibuat sekarang adalah usaha sedaya mampu.

~~~SAAT ini hanya mahukan KeTEnaNGAn HAti~~~
Antara tips mengenal wanita solehah dan lelaki soleh;

1. Mengawal hawa nafsu
2. Hidup di bawah naungan al-Quran dan as-sunnah
3. Lelaki daan wanita hatinya terikat pada masjid dan aktiviti dakwah
4. Berakhlak mulia dan berbudi bahasa
5. Ikhlas dan jujur hatinya
6. Tawahu’
7. Pemurah serta rajin sedekah dan tidak kedekut
8. Mendirikan solat malam
9. Khusyuk dalam solat
10. Berbaik sangka
11. Berjihad di jalan Allah serta tidak takut mati dan rindu akan Allah

~~Bersama berusaha untuk melengkapi ciri-ciri ini~~