Muhasabah Ramadhan

Ramadhan..
Semakin mahu meninggalkan
Suatu bulan penuh kenyamanan
Sedang andainya ini yang terakhir….

Ramadhan..
Semua orang berlumba-lumba
Mahu mencari satu malam
Lebih baik daripada 1000 bulan

Manusia yang tahu
Akan sentiasa sedar
Kita bukan menyembah ramadhan
Tetapi kita menyembah Tuhan

Darjat takwa begitu payah
Untuk digapai..
Lantas…ayuh BerUsaHA!!!!!!!!!!!!!!!

:separuh masa pertama telah pergi…tinggal lagi dua penggal…pertengahan dan akhir….semoga menjadi hamba sebenar hamba….izinkan ya ALLAH~
...............................................PASRAH....................................................................................

Terima kasih ya ALLAH…masih ada hati…dapat merasa apa itu iman..apa itu Islam…
Tetapkan diri ini dalam jalan keimanan ya ALLAH…berikanlah kekuatan orang untuk menegur..
Semoga  punyai sekeping hati yang tenang menuju negeri abadi…

Pesan buat diri: Hati...jangan biar ia mati~
Bagaimana?


Kenapa?



Mengapa?



Apa?



............................................persoalan perlukan jawapan..

Kerna tiada soalan yang tiada jawapannya.

TUGAS-TUGAS SEORANG PENDAKWAH
  
Manusia yang:

  •    Menjaga hukum-hukum dan ketentuan Allah dengan sebenar-benarnya.
  •    Bekerja untuk menerangi akal fikiran
  •   Mendidik jiwa
  •   Menjernihkan serta memberi kebudayaan hati nurani dalam taraf yang tinggi.
  •   Memberi cahaya
  •   Meluruskan iktikad
  •   Menjelaskan rahsia-rahsia ibadat
  •   Melemparkan segala halangan kerana daki-daki yang disebabkan oleh kebodohan dan pusaka-pusaka yang membawa kesesatan semata-mata.

~Sumber: Ihya’ Ulumuddin~

Kita akan diuji dengan kata-kata kita...

Surah As-Shaff (ayat 2-3)

2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!
3. amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Subhanallah..semoga terus kuat…cekal dan tabah……tiada kekuatan selain daripada ALLAH.





Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba..tapi tidak payah jika ALLAH sentiasa menuntun kita.








Gelombang

Kuatnya gelombang
Yang membadai
Dalam arus kehidupan
Mahu saja tumbang
Jika hati tidak tenang
Mahu saja roboh
Bila terasa tidak kokoh

Sendiri
Dalam kesendirian ada keramaian
Ramai
Dalam keramaian terasa sunyi sepi sendiri

Pada yang Esa kita panjatkan
Agar gelombang ini
Tidak meruntuhkan
Secebis iman
Yang menghiasi diri

Pada Tuhan yang Kuasa
Diserahkan semua urusan
Kerana segalanya tidak berlaku tanpa izinNYA

Gelombang itu
Membuatkan terasa haru
Penat dan lelah
Sampai mahu termengah

~Susunan kata tidak tersusun…seperti jua minda yang berselirat~



Kau

Kau bukan Nabi
Bukan juga iblis
Jauh sekali Malaikat

Allah Maha Tahu
Setiap sesuatu
Belajar untuk redha
Apa yang berlaku

Kerana tiada apa di gengaman kita
Melainkan milikNYA jua

Aku..
Berserah diri
Hanya padaNYA
Kerana daku tahu
ketentuanNYA pasti~

Salam Ramadhan 1433 H

Sisa Waktu

Masa….
Sumpah yang jelas demi masa..
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran
Dan mereka yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Banyaknya kerja dan kewajipan kita
Melebihi masa…
Namun…masa itu sering dibazirkan..
Pernah seorang ayah menuliskan “Bagai embun dihujung rumput,
Terbit mentari hilanglah ia”
Ku pegang kata-kata itu
Ku tuliskan untuk di ingati.

Dan kini sisa waktu
Berbaki lagi
Mahu diteruskan hidup ini
Kerana sudah ku tahu
Manusia yang paling baik
Adalah yang paling bermanfaat
Dan paling baik amalnya.


Demikian pula,
Ilmu itu harus amal.
Lepas dan bebas
Dari kedukaan
Kerana orang beriman
Sentiasa redha
Dengan segala ketentuan ALLAH..

Semua yang ada di dunia ini makhluk ALLAH jua
Itu adalah kepastian,
Ku bermohon ya ALLAH
Jadikan diri ini bermanfaat
Untuk sesiapa sahaja
Untuk agama……

Sekadar peringatan untuk diri dan dikongsikan.
Agar yang menulis ini dan membaca ini
Terkesan.
Menulis terkadang nampak hebat
Tetapi sebenar-benarnya adalah untuk peringatan
Tatkala lupa…apabila dilihat kembali
Alangkah….tulisan itu membawa makna.

ALHAMDULILLAH….
Bebaskan dari sifat-sifat kebinatangan
Sifat-sifat manusia yang zalim
Sifat-sifat manusia yang sesat dan di timpa azab
Allahumma Solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala alihi wasohbihi wassalim…

~Perjalanan hari banyak mengajar kita…~Terima kasih ya ALLAH.





~kita manusia...akan selalu di uji....manusia yang beruntung adalah yang kembali kepada ALLAH dengan jiwa yang tenang..ya ALLAH golongkan kami dalam golongan yang beruntung dan tidak rugi~






~Di mana-mana....kita adalah hamba pada yang Maha Kuasa~

Semoga terus berjalan...bernafas dalam jiwa hamba~

Meaning of life~apabila kita melihat dunia ini hanyalah sementara..tempat bercucuk tanam buat bekal di sana~

Aku ingin mencintaimu sederhana...
Seperti mencintai air yang sejuk....

Aku ingin mencintaimu sederhana
Seperti api mencintai kayu yang kering

~Daripada Buku~

~Biarkan segala rasa ini terungkai dalam doa~
Renungan
 
Malam ini…. Seorang diri.  Tiada teman…kerana semua sudah balik. Tinggallah seorang. Nanti-nanti kita akan seorang juga kan. Masuk kubur pun sorang-sorang. Keseorangan menjadikan kita insan yang banyak berfikir daripada bercakap. Mahu menulis kerana banyak perkara yang dapat diluahkan dengan tulisan. Gabungan perkataan yang membentuk ayat seterusnya melahirkan maksud yang tersendiri. Apabila kita menulis, kita sebenarnya mempersembahkan apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa (sesuatu yang ada dalam hati kita).
 
Syukur..ALHAMDULILLAH. Itu saja perkataan yang layak untuk disebut melambangkan betapa nikmat ALLAH yang luas…segala yang diberikan sepanjang hidup ini, tidak tergambar betapa banyak dan luasnya.  

Mahu bercerita tentang pengalaman. Pengalaman itu mendewasakan. Pengalaman membawa sesuatu dalam hidup. Tinggalkan segala yang buruk buat sempadan, gunakan yang baik untuk pengajaran. Hidup pada hari ini dan akan datang. Sejak akhir-akhir ini, banyak belajar daripada orang sekeliling. Belajar untuk memahami, belajar menghargai, belajar mengenal diri, belajar bertanggungjawab, belajar memperjuangkan kebenaran dan belajar untuk mencintai diri sendiri kerana ALLAH. Itu semua rahmat ALLAH jua. Segalanya Allah yang beri. Tanpa keizinanNYA, tidak berlaku semua perkara.
 
Dan….untuk minggu ini….betapa keseorangan itu membuatkan kita lebih mencari siapa diri. Betapa duduk bertapa itu menjadikan kita orang yang menghargai. Sahabat-sahabat ibarat cermin diri. Mereka telah banyak membantu. Mereka adalah anugerah ALLAH. Membantu di kala susah. Memberi di kala memerlukan. Dan mereka membawa sesuatu dalam hidup. Hidup di perantauan menjadikan kita menghargai teman. Teman itu ibarat saudara. Apatah lagi seakidah…sejemaah.
 
Mahu melakar hari dalam keredhaanNYA bukan mudah. Seringkali jiwa meronta. Seperti yang kita tahu..melalui ilmu yang ada…walau sedikit Cuma… Nafsu itu harus diperangi..kena mujahadah. Cemburu…. Iya cemburu dengan mereka yang dekat dengan ALLAH. Yang tahu menjaga diri dan hati. Yang tahu menjaga syariat dan juga menjaga segala-galanya kerana ALLAH. Sungguh..terima kasih ya ALLAH dipertemukan dengan mereka-mereka ini. 
 
Bulan Ramadhan hampir tiba…Balligna Ramadhan…Ramadhan ini…adalah ramadhan yang ke 26 dalam kelendar Hijrah. Ulang tahun kelahiran, 26 Ramadhan…Allahu Rabbi. Terima kasih ya ALLAH…atas segala-galanya. Berikanlah daku kekuatan untuk sentiasa taat kepadaMU…peliharalah seluruh umat Islam ini ya ALLAH…

 

~Dengar ceramah….cita-cita yang sebenarnya yang harus kita tanam adalah nak jadi ahli syurga~

Mati dalam redha ALLAH adalah cita-cita para mujahid dan mujahidah….Sentiasa positif…moga beroleh ketenangan di dunia dan di akhirat~

Mode~menyiapkan assignment!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

~Jiwa dan Roh~

Selalunya bertentangan kehendak nafsu dengan jiwa yang bersih
Selalunya akal mengikut apa yang difikirkan

~Akal harus mengikut Naqal biar terpandu…. Ilmu itu bukan sekadar TAHU dan YAKIN tetapi adalah AMAL~  Terima Kasih ALLAH….berikan daku SesuaTU yang ENGKAU sentiasa tahu samada ianya baik atau tidak untukku….Segala yang terbaik adalah dariMU~

~Malam Nisfu Sya'ban  1433 H~