Saat ini~
26 tahun dulu..
Dalam bulan yang mulia
Menangis seorang bayi
Untuk menghadapi liku-liku
Hidupnya
Saat itu..
Si ibu…bertarung separuh nyawa
Mahu melahirkan puteri tercinta
Ayah pula..
Setia di sisi
Saat sahur mula menjengah
Lalu..
Bermulalah kembara
Seorang insan di muka dunia
Penuh rentang dan suka ria
Meniti hidup bagai pengembara
~terima kasih Tuhan Maha Esa~
Diberi nikmat tiada taranya
Di kelilingi insan baik belaka
Selalu membantu apa suasana
Untuk kesekian kalinya..hamba hina ini….
Mohon semua yang terbaik
Untuk dunia..untuk akhirat
Biarpun hamba bukanlah sesiapa
Hanya insan kerdil saja
Mengembara di dunia
~Saat pagi mula menyinarkan suria..
Bayi kecil membuka mata
Melihat dunia dan warna warninya
Takutlah dia segala tipuannya
~Dan
Insan kecil itu telah menginjak usia
Terus melangkah seribu daya
Mahu menjadi manusia berjiwa hamba
Hanya pada Tuhan yang Maha Esa
~Saat ini…jam 2..seperti dua puluh enam
tahun yang lampau…dunia menjadi tempat baginya…sedang kehidupan akhirat lebih
kekal~