Tadi...
Melihat langit....
Sangat luas...
Bersama-sama awan...
Redup meneduhkan....
Pokok...hijau sekali....menyejukkan mata...
dan............banyaknya pengajaran.....
daripada hari-hari yang dilalui....
Bola
Ibarat sebiji bola di atas padang…
Bergolek ia ke sana ke mari
Ada kala kuat ditendang adakala dikelek saja
Manusia…ibarat bola jua
Di atas padang saujana memandang
Ada kala kita merasakan padang tidak rata
Sedang semua itu menguji bola jenis apakah kita
Tahankah….atau tidak…
“Pembuat bola” lebih tahu daripada bola
Kataku…..
Seperti mana bola….
Mahu jadi bola yang keras
Ditendang….disepak…diterajang…
Masih ia ada di padang….
Bergolek jua…..
Katamu…
Bila ada semangat berpasukan
Itulah yang menjadikan pasukan itu kuat
Bagaimana strateginya
Itulah kelebihannya…….
Andai hidup ibarat bermain bola
Kalah dan menang
Menanglah bagi mereka
Yang tahu cara bermain….
…………..Surah Ad-Dhuha ayat 4~maksudnya: Dan
sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang
(permulaan)~
Catatan : Ad-dunya Imtihan…..Ujian bagi
semua……~
Pagi-pagi banyak idea....
Alhamdulillah..Segala puji Bagi Allah.
Allahu Akbar-Allah Maha Besar
Subhanallah-Maha Suci Allah
Pagi ini..
Mahu bersemangat..Salam ceria semua...
Hanya mahu berkongsi apa yang di dapati..semoga bermanfaat...
Alhamdulillah..Segala puji Bagi Allah.
Allahu Akbar-Allah Maha Besar
Subhanallah-Maha Suci Allah
Pagi ini..
Mahu bersemangat..Salam ceria semua...
Hanya mahu berkongsi apa yang di dapati..semoga bermanfaat...
Islam~ Satu-satunya agama yang begitu halus melihat setiap percaturan dan aturan hidup seseorang manusia.
Allah letak di hati..manusia letak di tangan..
~Wanita itu Fitnah..AWAS!!!!~
Walau hari tak secerah yang kita sangka...guruh dan hujan...tetap punyai sejuta hikmah yang terselit....kita melihat gunakan mata sedangkan Tuhan punya rencana yang melangkaui batas manusia~ Kepada Allah diserahkan segalanya~inshaALLAH.
~Tahun ini berada di sini..tahun depan....masihkah sempat???~
~Sempat juga membuatnya..alhamdulillah.....a good trial...yang penting belajar dan mempaerbaikinya~
:::Usaha....kena sentiasa...thanks "sahabat"
Hujan….
Berfikir-fikir mahu pulang atau tidak…
Telefon…
Adik menjawab “Baliklah kak …….
Kenapa?
Sebab adik sayang kak………
Wah….hati berbunga…..
Adik sayang….itu baru manusia sayang…..jika Allah sayang….Subhanallah…Minta
Allah sayang kita….dalam pada itu..sayang diri..sayang sesiapa saja……
Dan dijadikan indah segala perhiasan di dunia~
86. mereka itulah orang-orang Yang
membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan
perintah-perintah Allah Yang membawa kebahagiaan Dalam kehidupan) akhirat; maka
tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula
tidak akan diberikan pertolongan.
Ya Rabbi.....moga tidak di lalaikan....kerana segalanya keranaMU jua~
~Owh.......Jagalah hambaMU ini...~jangan sampai terpedaya dengan dunia...ya Rabb~
~Sedang belajar..mahu mengajar...orang yang mahu mengajar takkan putus-putus untuk belajar~
Rabbi Yassir wa atmim bikhair~
~Gambar hiasan semata-mata~
Ketika ketabahan yang ku cari….ku temui ujian menghadang
Ketika tenang yang ku damba…Ku susuri jalan onak berliku
Lihat di mata orang-orang yang tabah
Senyum ceria walau pelbagai ujian menimpa
………………….Hidup ini tak terlalu mudah..jangan di susahkan lagi
dengan kegelisahan……………………………
Pohonlah istiqamah untuk bekalan hari-hari mendatang…..Subhanallah….Allah
tahu semuanya.
Guru…itu
nama bagi mereka yang berada di sekolah. Mengajar dan tugasnya di katakan
begitu mulia. Dalam hidup ini..kita akan jumpa guru di mana-mana. Selepas lahir
saja, kita di ajar di rumah. Madrasah pertama sebelum lainnya. Kemudian,
melangkah kaki ke sekolah. Walau di sekolah manapun, kita pergi. Kita diajar
bermacam perkara. Sekolah kerajaan, sekolah swasta, sekolah berasrama dan
sebagainya. Terpulang kepada kita, bagaimana untuk mencedok ilmunya. Ada yang diberi
pelajaran agama daripada awal, dikurniakan keluarga yang faham agama serta
menjalani kehidupan beragama sepanjang jalan hidupnya.
Seperti kata
seorang kawan, perjalanan kerohanian setiap orang adalah berbeza. Bagaimana
pengakhiran kita, itulah yang paling penting..Bukan mahu mengajak supaya tidak
beramal sekarang tetapi supaya kita melihat sesiapa saja dengan mata hati. Subhanallah.
Di beri peluang untuk mendengar curahan ilmu dari bibir murabbi. Yang mengajar
dan menegur dari hati. Berkata pedas sekali, bersandar Kalam Ilahi dan Sunnah tiada
mengecilkan hati. Mereka begitu mulia. Semoga Allah merahmati mereka.
Berikut
adalah perkongsian daripada mutiara-mutiara yang diberikan. Semoga bermanfaat,
dapat difikirkan, dapat direnungkan dan dapat diamalkan. Terutamanya kepada
yang menulis ini kerana begitu dekat sekali dengan apa yang direncanakan ini.
_Jadilah
guru yang ditunggu-tunggu oleh sekolah dan masyarakat.
-Jangan jadi
seperti barang-barang dalam stor. Tiada bermanfaat.
-Sifat-sifat
mukmin yang berjaya;
1. Bersyukur
dengan rahmat dan anugerah
2. Berterima
kasih kepada ibu bapa dan guru-guru.
3. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w agar selamat daripada api
neraka.
3 Amalan
yang tidak terputus daripada bani Adam iaitu
1. Sedekah
jariah
2. Anak yang
soleh
3. Ilmu yang
bermanfaat.
Setiap gerak
geri kita ada ujiannya. Ini adalah untuk memberi pahala kepada kita.
Orang baik
kiblatnya adalah Kaabah~(Selalu menyembah Allah)
Jangan puji
manusia( jangan mengagungkan manusia)
Solatlah di
mana-mana kita berada
Apabila ada masalah
atau sebagainya (Solatlah ubatnya). Terlalu banyak hikmat yang didapati
daripada solat.
Untuk
menjadi orang berjaya, marilah sama-sama kita merenungi Surah Mu’minun;
Kita harus~
ulang-ulang, zikir-zikir supaya ingat.
Setakat ini
dulu..semoga Bermanfaat…
Gambar pokok ini beberapa bulan yang lalu.....sudah makin tinggi dan besar....~
Hari ini..ke tempat belajar...berjumpa kawan-kawan dan pensyarah2....
Semangat baru...sungguh gembra biarpun sebelumnya,,,,,terdapat banyakknya masalah teknikal :(
Dan yang paling penting....ilmu yang dikongsi....ya ALLAH, Redhailah kehidupan guru-guru yang sungguh mulia itu.
~Menginsafi bahwa diri dan segalanya hanyalah untuk berada sentiasa di jalan ALLAH..Subhanallah..
Akan menyambung lagi andai diberi peluang...
Semangat baru...sungguh gembra biarpun sebelumnya,,,,,terdapat banyakknya masalah teknikal :(
Dan yang paling penting....ilmu yang dikongsi....ya ALLAH, Redhailah kehidupan guru-guru yang sungguh mulia itu.
~Menginsafi bahwa diri dan segalanya hanyalah untuk berada sentiasa di jalan ALLAH..Subhanallah..
Akan menyambung lagi andai diberi peluang...
Langgan:
Catatan (Atom)