Sudah lama tidak mendengar istilah ini,,,,,,sedang diri sebenarnya berjuang....

Pentas hidup memerlukan perjuangan.

Syukur..ALHAMDULILLAH..dipertemukan dengan ramai orang.

yang membimbing diri serta menunjuki.

Sedang setiap hari amat-amat mencabar.

Hanya pertolongan ALLAH yang boleh menolong kita...


Sedarlah....manusia tiada dapat memberi manfaat atau mudharat..semua berlaku dengan izinNYA..



:::Medan kehidupan satu perjuangan...Rabba afrig alaina sobran wa thabbit aqdamana wansurna 'alal qaumi kaafirin~:::


Positif.....dengan segala yang kita hadapi...insyaAllah...Allah berikan yang terbaik... Syukur sentiasa...masih punya nikmat tidak terhingga...~



Saat perasaan jadi keliru
Tika segalanya jadi sirna




Lalu




Dasar apakah yang perlu dilihat?

Lillah....Lillahi ta'ala...hanya itu.



~Allah sayang hambaNYA yang taat padaNYA~


~Apabila menanam benih jangan mengharap terus berbuah lebat, kena jaga dulu.......~

EMOSI

Baru-baru ini baca buku tentang emosi..jadi mahu berkongsi untuk renungan dan juga difikirkan bersama;
Antara  emosi yang ada dalam diri manusia ialah;

  • ·        Sedih
  • ·        Gembira
  • ·        Kecewa
  • ·        Semangat
  • ·        Marah
  • ·        Benci
  • ·        Cinta
  • ·        Takut
  • ·        Iri hati
  • ·        Susah hati
  • ·        Cemas
  • ·        Depresi(tertekan)
  • ·        Terluka
  • ·        Malu
  • ·        Tegang
  • ·        Rasa bersalah
  • ·        Dukacita
  • ·        Damai
  • ·        Puas
  • ·        Sunyi
  • ·        Bahagia
  • ·        Bingung
  • ·        “Down”
  • ·        Keliru
  • ·        Senang
  • ·        Kasihan
  • ·        Ragu-ragu
  • ·        Tak dapat hargai diri
  • ·        Tersinggung
  • ·        Peka
  • ·        Merana
  • ·        Kejam
  • ·        Rindu
  • ·        Kasih
  • ·        Sayang


Mungkin ada lagi emosi-emosi yang tidak di catatkan di sini. Dalam buku ini juga menyatakan badan bereaksi dengan perasaan. Sistem urat saraf biasanya bereaksi secara biokimia. Contohnya Adrenalin semasa takut atau cemas serta endorphin semasa kita gembira. Fikiran dan biokimia dalam badan juga mempengaruhi emosi.

Antara yang saya dapati daripada buku ini adalah….pengurusan perasaan sangat-sangat dititik beratkan dalam Islam. Contoh…marah…Nabi menganjurkan supaya solat, berwudhuk serta menahan marah…. Kita juga perlu belajar untuk memakai perasaan dengan baik. Kita juga perlu bertingkah laku dengan perilaku yang sesuai.


Betapa emosi ini sentiasa kita hadapi saban hari….semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNYA.

::::Peribadi unggul perlu dicapai untuk mencapai darjat taqwa..ya ALLAH tingkatkan kesabaran hamba ini~

Berharaplah hanya pada Allah...bukan kerana tidak yakin dengan manusia tetapi kerana hanya Allah yang boleh memberi segala-galanya.
Sejak dua menjak ini terasa agak sibuk. Di sibukkan atau menyibukkan diri...banyak perkara harus diselesaikan...Dalam pada itu...mahu berkongsi sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku dalam diari kehidupan saya selaku pengembara serta musafir di alam ciptaan Allah ini...

Baru-baru ini, bersama-sama beberapa orang telah mengiringi peserta ke Ihtifal jQAF peringkat negeri Terengganu bertempat di SK Tengku Mahmud yang terletak di Alur Lintang, Besut, Terengganu. Walaupun tidak memenangi acara yang diwakili, tetap  berpuas hati dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh anak-anak pelajar yang mewakili acara serta kerjasama guru yang terlibat, Semoga Allah memberi balasan baik kepada semua.

Berikut sedikit perkongsian gambar semasa hari kejadian....Semoga akan ada lagi ihtifal sebegini yang bukan sahaja mencungkil bakat pelajar-pelajar malah satu medan untuk terus mengembangkan lagi syiar Islam inshaALLAH.








~Pengalaman pertama....berjumpa beberapa sahabat yang sama-sama belajar, seuniversiti, dan juga kenalan-kenalan lainnya...Subhanallah....sungguh berat amanah..semoga dapat dipikul dengan baik~


Buat tatapan sendiri dan jua diri yang membacanya~

:: Andai tidak dapat menjadi teman terbaik...jadilah teman yang memberi makna:::