Astagfirullah….dua tiga hari ini sedikit gusar. Namun Alhamdulillah, setiap sesuatu pasti ada penyelesaiannya. Sungguh kagum dan ta’ajub pada kesungguhan kakak-kakak dan abang-abang OKU (orang kurang upaya) yang tidak henti-henti menuntut ilmu. Daripada ijazah, master hinggalah phd.. Semuanya menyebabkan aku rasa sangat kagum pada mereka. Pada ketabahan yang mereka tunjukkan, pada setiap kekurangan yang mereka tempuhi dengan sebuah usaha dan kegembiraan. Itu semua membuatkan aku merasakan bahawa aku sangat bertuah, beruntung dan seterusnya bersyukur.
Terbaru, aku dapat mengenali seorang kakak oku yang ingin menyambung phd di bidang English. Wah, tak ku sangka ada oku yang terror dalam bidang ini. Sungguh, dia bukan calang-calang. Cuma…sedikit mengecewakan…pada sebuah ikatan perkahwinan yang ku rasakan boleh menitiskan air mata. Boleh membuatkan aku yang nampak ini haru mendengar ceritanya bagaimana pula dia yang tak dapat melihat itu.
Pengalamannya dalam perkahwinan menyebabkan aku berasa takut. Entahlah. Mungkin setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Aku bukan ingin menceritakan masalahnya apatah lagi mengaibkannya tetapi hanya ingin berkongsi pada sebuah realiti dalam kehidupan. Kita hanya akan disenangi bila mempunyai harta, dapat menyediakan sesuatu pada orang lain, dan apabila kita tiada semua itu, kita hanya akan dipandang sepi.. Benarkah? Aku hanya menyatakan pandangan ku.
Namun, bahagia sungguh mengenali mereka. Terima kasih ya Allah, berkesempatan untuk mengenali mereka di sini. Mungkin hari ini mereka kesusahan, nasib di depan tiada siapa yang tahu. Bercerita tentang kesusahan menyebabkan fikiran ku diasak dengan banyak persoalan. Susah itu menyebabkan kita jadi orang yang berjiwa halus. Mungkin kesusahan itu mengajar kita bahawa hidup ini perlu tempuh sesuatu yang susah. Tapi ingatkah kita pada Firman NYA. Setiap kesusahan ada kesenangan dan begitu sebaliknya.
Mereka mengajar aku erti sungguh-sungguh menuntut ilmu, tidak membuang masa serta yang paling penting rajin berusaha. Walaupun aku ada membaca satu e-book yang menceritakan bahawa kita tidak punya kuasa untuk berusaha sebenarnya. Ya, yang menggerakkan segala-galanya adalah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Apa yang kita panggil usaha itu adalah satu bentuk kekuatan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, oleh itu kita tidak layak mengatakan usaha itu adalah milik dan hak kita sepenuhnya.
Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Dikurniakan kekurangan dan diciptakan juga kelebihan. Aku banyak belajar dari mereka bahawa buta mata tak bermakna buta hati. Hati mereka celik dan mungkin juga lagi celik dari manusia yang celik. Sungguh aku percaya itu. Terima kasih Tuhan atas anugerah -Mu yang tak terhingga. Tuntunlah aku.
Sekarang aku hanya punyai impian untuk melakukan sehabis baik sehabis dayaku. Dalam apa jua yang aku perbuat. Bantulah aku ya RAHMAN…ya RAHIM. Sebelum ini mungkin aku ini leka, terlalu dibuai arus. Tidak bersungguh dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat mereka yang tegar dalam menuntut ilmu, yang bersungguh walaupun serba kekurangan…..Bantulah aku untuk membantu mereka seadanya….
0 komentar:
Catat Ulasan