Alhamdulillah....Hanya itu yang dapat dilafazkan kerana aku masih lagi berada di dunia yang penuh pancaroba ini dengan nikmat iman dan islam. Kedua-dua nikmat besar yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun emas perak.

Ternyata cutiku jadi pendek. Gara-gara projek yang dalam pembikinan serta persiapan untuk semester hadapan yang perlu ku jalani... Rindu pada suara adik kecil yang merenget, pada ayam yang selalu berkokok, pada sawah yang terbentang luas, pada air bah yang melimpahi sungai... Namun itu semua ku tinggalkan penuh sayu...Moga ada kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang.

Kawan-kawanku juga sama sepertiku. Sibuk menjaga tikus-tikus yang dicucuk dengan honey, mencari parasit-parasit, mencari herba-herba dan sebagainya lagi..Nampaknya projek tahun akhir menjadikan kita semua lebih serius melakukan uji kaji. Suasana politik negara juga bertambah dengan rencam yang pelbagai. Tidak kiralah apa isu sekalipun nampaknya menjadi tumpuan hangat media massa. Aku jadi sakit telinga..

Pada insan yang pernah ku sakiti hatinya, moga-moga dia memaafkan aku. Mungkin aku tidak sengaja berkelakuan seperti itu. Aku jadi teringat kenangan hampir tiga tahun di dunia kuala ini. Daripada kota yang tidak lama itu aku ke kuala yang dikatakan berlumpur. Macam-macam yang aku jalani, macam-macam yang aku tempuhi, semuanya jadikan aku berfikir sejenak.... Bersyukurnya aku..

Namun, tidak ada yang akan tahu apa yang akan terjadi. Mungkin begini dan mungkin juga begitu. Serahkan juga semuanya pada takdir. Ya Allah...permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat. Andai kami lalai maka Engkau berilah kami petunjuk. Andai kami tersesat maka kembalikanlah kami ke jalan yang lurus.

Ya Allah..aku bermohon Engkau jagalah diriku dan keluargaku dari seksa api neraka. Moga kami sentiasa berada di jalan lurus. Ku utuskan khabar ini dari jiwaku yang sedikit bergelora. Ku pasrahkan semua hanya padamu.

~Kenangan menggamit perasaan~


0 komentar:

Catat Ulasan