AKU RELA - ALGEBRA

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.


Alhamdulillah Wa syukrillah,

Sungguh amat tidak disangka penulis dapat mengikuti satu bengkel penulisan pada 26 Disember 2009. Terima kasih buat KakSyahadah yang membawaku ke sana. Terima kasih buat Encik Zakaria Sungib yang mencurahkan sepenuhnya apa yang ingin disampaikan. Hingga saat ini penulis menjadi berkobar-kobar untuk menulis. Menulis adalah satu cabaran. Menulis bukan kerana ingin mencari populariti tetapi menulis kerana kecintaan kepadailmu. Cinta untuk memberikan sesuatu kepada orang lain. Cinta untuk menyampaikan sesuatu yang tidak bisa disampaikan.

Semoga penulis akan terus bercita-cita untukmenjadi seorang 'penulis'yang bukan sahaja dapat menyampaikan sesuatu melalui tulisan malah dapat menggali khazanah ilmu yang tiada taranya.
Di sini, penulis ingin berkongsi pengalaman En Zayu Hisyam yang menulis buku 'Impian Juara', sebuah novel awal remaja, beliau adalah seorang guru. Mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis malah berusaha ke arah itu. Beliau mengatur kehidupan untuk menjadi penulis dan akhirnya dalam masa satu bulan menulis, sebuah buku dapat dihasilkan. Pengalaman itu membuatkan penulis merasakan tiada apa yang mustahil. Dari zero pun masih dapat mencipta sesuatu.

Oleh kerana itu, penulis ingin sekali mengajak ramai lagi rakan-rakan, sahabat, malah sesiapa sahaja yang membaca entri ini menggarap sesuatu berdasarkan kebolehan masing-masing. Setiap orang diberikan pengalaman yang berbeza, cara hidup berbeza dan mungkin juga ada pandangan yang berbeza. Maka, jika ada kesempatan maka bukukanlah. Tidak salah membukukannya kerana ianya boleh dijadikan tatapan buat generasi akan datang.

Tidak ada yang susah jika kita fikirkan sesuatu itu boleh dicapai. Ya Allah, aku ingin menulis kerana cinta-KU padaMU. Aku ingin menulis kerna cintaku pada insan disekelilingku. Izinkanlah aku menulis,ya ALLAH.

~Aku menulis kerana Cinta~

Malam ini sukar untuk ku lelapkan mata, walau cuba untuk di pejam rapat-rapat namun hasilnya masih sama. Aku terbayang wajah ibu ketika ini, wajah adik-adik dan wajah orang-orang yang selalu berlegar di pemikiran. Sebenarnya banyak benda yang aku fikirkan maka untuk tidak mengingati perkara-perkara yang membebankan fikiran maka aku bayangkan insan-insan yang ku sayang.

Sebagai menghilangkan sedikit kekalutan yang bersarang, maka aku suka untuk mengingati kembali zaman-zaman persekolahan dulu, bersama teman-teman dan rakan-rakan yang mengenal erti keremajaan bersama. Alhamdulillah, waktu remajaku kuhabiskan di alam persekolahan. Bermula di tingkatan 1, aku menapak ke SMAASZA, Batu Burok, satu tempat yang menyimpan banyak nostalgia, suka duka di alam persekolahan.

Sekolah menengahku agak jauh dari rumah, 2 jam baru sampai. Maka aku hanya akan pulang dua minggu sekali atau sebulan sekali. Maka rindulah yang selalu bersarang dalam diri. Pernah ku suarakan agar berpindah saja tapi semua itu sia-sia. Namun, Allah mengatur segala-galanya dengan baik, bermula di sini aku belajar secara formal pendidikan agama. Bahasa Arab yang dulunya asing menjadi sebahagian hafalanku, ada banyak manfaatnya. Kuliah-kuliah yang diadakan di surau banyak membuka mataku tentang agama yang ku anuti sejak dilahirkan.
Bersekolah di bandar Kuala Terengganu juga ada cabarannya. Maklumlah kebanyakan kawan-kawanku berasal dari daerah Kay Tey saja. Mereka selalu mengajakku pulang ke rumah mereka tetapi sering kali aku menolak, sekarang dah rasa menyesal sikit-sikit sebab payah kalau nak pergi kenduri kahwin. Cuma rumah Sa’adah saja yang aku datangi, itu pun secara tidak sengaja kerana aku tertinggal bas. Sa’adah juga sekarang belajar di uni yang sama denganku.

Guru-guru SMAASZA tahun 2004

Masih terbayang di benakku, wajah-wajah guru yang tidak jemu membimbing aku hingga aku berada di tahap ini. Terima kasih Cikgu, Terima Kasih Ustaz, terima Kasih Ustazah. Tingkatan 1 dan 2 amat berlainan suasananya dengan sekolah rendah, kami pelajar diasingkan lelaki dan perempuan. Maka kebisingan selalu melanda kelas jika cikgu tiada kerana sudah tidak ada siapa yang kami malukan waktu itu. Tapi, naik saja tingkatan 3, kami di campur semula, mungkin faktor mahu mengurangkan kadar kebisingan kali. Waktu ini, aku mula belajar cara belajar. Thanks Ina. Dia banyak mengajarku tentang bagaimana mahu berjaya walaupun ku tahu kejayaan itu Allah yang memberi, usaha kita tidakkan kesampaian dengan pemberian Allah yang teramat luas.

Melangkah ke Tingkatan Empat, aku mula belajar ilmu sains walaupun naluri kuat menyuruh aku memilih bidang thanawi tapi tak kesampaian. Namun, tetap ada hikmahnya, hingga aku dapat menjurus dalam bidang yang ku ambil sekarang. Waktu-waktu belajar fizik, kimia dan biologi serta matematik tambahan merupakan waktu kritikal bagiku, mungkin minat yang belum terpupuk atau mungkin juga sikap yang menyebabkan aku jadi sambil lewa. Kesannya, keputusan SPM ku tidak cemerlang, inilah hakikat yang harus aku tanggung tapi tetap ada hikmahnya, aku dapat meneruskan di bidang agama dan sains sekali gus. Terima Kasih Cikgu ( Asmadi -BM, Cg Ruzak -Kimia, Cg Mardiana -Fizik, Cg Arifin -Biologi, dan guru-guru ku yang lain yang tak terkira), hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ilmu yang tercurah diberkati.

Apabila sahabatku melangkah ke matrikulasi, aku pula sempat menaiki Tingkatan Enam walaupun untuk beberapa minggu. Bumi Nilam Puri adalah singgahan yang sungguh bermakna dalam perjalanan dan kembaraku menuntut ilmu. Masih terngiang suara arwah Ustaz Sidi menasyidkan lagu sir Ilal amam. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah. 2 tahun berpengalaman di bumi tarbiyyah memang benar-benar mengujakan, aku kenal insan-insan yang hebat di sini. Pertamanya, aku rasa sangat syukur kerana Kelantan tidakjauh dari rumahku, keduanya kerana bahasa perantaraannya yang sesuai dengan lidahku. Namun, yang paling aku sukai adalah suasana keilmuannya. Masih teringat pada rakan-rakan Majmuah tiga yang sedikit sekali bilangan siswanya( Munir, amin, aiman, zulkornain) manakala siswinya pula ( k.syu, salmah, zahidah, sarimah, shafiza, aishah, adilah shafie, adilah arshad, shishi, fiza, jihan, masyitah, aniza, hidayah, fatihah asy-syura dan yang tak tulis namanya). Antum semua memang best. Teringat ada sudut perbincangan dalam majmuah, setiap kumpulan ada tajuk, tazkirah dihidupkan selepas atau sebelum kuliah, risalah bulanan, semuanya membuatkan kita bertambah faham dan insyaAllah akan mengamalkannya.

Sungguh susah untuk mencari tempat seperti ini. Di Universiti sekarang masuk kuliah, masuk tutorial, buat assignment, pun kadang-kadang tidak kenal sesama sendiri. Ilmu itu dirasakan hanya untuk diluahkan di atas kertas peperiksaan, lepas sahaja exam semua nota hilang. Benarkah begitu? Aku juga kadang-kadang susah benar mahu mengingati sesuatu yang telah dipelajari. Namun, bak kata orang ilmu itu adalah bersifat mendatangi bukan didatangi. Maknanya, bukan ilmu datang mencari tapi kitalah yang menggalinya. Sekarang sudah ada perkhabaran baik, Haniem dan Zubir telah mengikat tali perkahwinan(dua-dua pernah sekelas di ting 2,3,4,5);Amalina juga khabarnya telah hamil, moga sihat-sihat selalu. Yang lain apa khabar mereka?

Yang paling dekat denganku adalah sepupuku, sekarang di UTHM sudah bertunang, insya Allah bulan 4 nanti akan menukar status. Rashidah Razali-mengembara ke Eropah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ain, Meen, Noly, Rasidah Abdullah, Hasnimah, Zie, Nohira, Sue dan lain-lain masing-masing ada tugas tersendiri di Uni ataupun ada yang sudah dan akan bekerja. Miss u all !!!

Sekarang aku berdepan dengan realiti, hidup di kampus di pinggir kota KL ini. Di celahan rumpun manusia, kesesakan trafik, dan kekadang pencemaran yang menyesakkan dada. Namun, segala-galanya bakal ditinggalkan. Insya Allah, moga segala-galanya dipermudahkan. Bercakap soal realiti, aku sekarang tengah mencari idea sebenarnya, sambil-sambil menulis.
REALITI kekadang boleh menyebabkan kita keliru. Mungkin kerana tidak faham kedudukan sebenar. Uni ku akan ku tinggalkan jua bersama memori pahit manis di alam kampus. Harapnya aku dapat belajar lagi dan lagi hingga buku-buku akan berkata cukuplah. Namun, tiada istilah cukup sebenarnya!!

Syair Mujahid

Saudariku yang dimuliakan Allah,

Sungguh Allah Subhanahu wata’ala telah berfirman “ Dan Barangsiapa mentaati Allah dan rasulNya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar di sisi Allah”

Saudariku yang dimuliakan Allah,

Di kehidupan kita, tiada kebahagiaan yang sempurna selain kebahagiaan seseorang dalam rumah tangganya, dan kebahagiaannya kelak di akhirat,

Begitu pula tiada penderitaan yang paling menyakitkan selain penderitaan dalam kehidupan rumah tangganya dan penderitaannya kelak diakhirat,

Maka siapa saja yang merasa bahagia, dalam menjalani rumah tangganya dia pun pasti akan bahagia dalam menjalani hidup sesamanya,

Begitu pula sebaliknya, jika dia merasa kehilangan ketenangan jiwa dalam kehidupan rumah tangganya maka kehidupannya bersama yang lain pun akan terasa membosankan dan menyusahkan,

Saudariku, tahukah kamu,

Kebahagiaan bukanlah bintang ajaib yang jatuh kepada setiap kita, lantas kita akan merasakannya, dan siapa yang tidak mendapatkan bintang itu, maka hidupnya akan menderita dan susah akan tetapi kebahagiaan terjadi di luar kemampuan manusia, terjadi di luar ambang batas kesanggupan manusia dan itu hanya bisa diraih dengan tekad yang kuat, usaha, dan juga kerja keras,

Kebahagiaan yang penuh aral melintang, dan juga batu terjah menghadang kebahagiaan hakiki yang menjadi janji Rabbul Izzati, Kebahagiaan yang tak jarang membuat orang mati dalam meniti hingga menjadikan sedikit sekali orang yang merindukannya,

Kerna indahnya dunia, indahnya dunia dan banyaknya harta telah melenyapkan dan mengalahkan janji Rabbul Izzati,

Saudariku yang dimuliakan Allah,

Satu-satunya jalan yang dapat menghantarkan kita kepada kebahagiaan dan ketenangan di dunia, serta keselamatan juga keberuntungan kita di akhirat kelak adalah ketaatan kepada Allah dan Rasulnya, ketaatan yang menuntut keikhlasan, ketaatan yang tidak menjadikan hati menjadi berat , ketaatan yang menuntut penerimaan yang tulus dalam diri kita, ketaatan yang menuntut pengorbanan harta, keluarga, bahkan jiwa sekalipun dalam diri kita,

Oleh sebab itu saudariku yang dimuliakan Allah Subhanahu Wata’ala,

Sungguh indah bila tatanan rumah tangga dihiasi dengan bingkai ketaatan kepada Allah dan Rasulnya, Alangkah bahagianya bila suamimu adalah orang yang selalu mendermakan hidup, harta dan jiwanya untuk meraih kemuliaan di sisi Allah, Keningnya senantiasa tunduk kerana sujud, lisannya tak pernah lelah kerana berzikir, keringatnya tak pernah kering dan debu selalu menyeliputi tubuh dan pakaiannya kerana kecintaannya berjuang di jalan Allah Subhanahu Wata’ala.

Engkau, ya, engkau dan anakmu, tak pernah memalingkannya untuk meraih kemuliaan di sisi Rabbnya,

Justeru suamimu, akan menjadikanmu dan anakmu, sebagai bahtera yang menyelamatkan kehidupannya, dan bukan sebagai penghalang atau penghancur kebahagiaannya, suamimu akan selalu menanamkan sifat qana’ah dan juga keperwiraannya kepada keluarganya, juga tidak pernah berkecil hati dengan segala pemberiaan Rabbnya,

Saudariku yang dimuliakan Allah,

Alangkah mulianya bila dirimu mendermakan hidup, harta dan jiwamu untuk meraih kemuliaan di sisi Allah Subhanahu Wata’ala, kemuliaanmu akan kamu raih dengan ketaatanmu kepada suamimu, selalu menjaga rahsia, harta dan kehormatan suamimu, kerana taukah kamu, bila syurga dan nerakamu terletak pada ketaatanmu kepadanya, biarkanlah bibir merahmu yang merekah lalu tersenyum simpul dengan pemberian suamimu yang tercinta, biarkanlah dari tanganmu yang lembut dan mulia tumbuh berkembang sosok-sosok perwira, malammu selalu dihidupkan untuk berdoa, memohon dan merajuk kepada Rabbul Izzati, demi kemuliaan diri, anak dan suamimu, kamu tidak akan pernah rela bila suamimu tergoda dengan nikmatnya dunia yang fana, dan hatimu pun tidak akan pernah tenang bila suamimu lari dari ladang perjuangan, kamu pun tidak ingin dirimu menjadi penghalang suamimu untuk meraih kemuliaannya,

Oleh sebab itu saudariku,

Banggalah dengan dirimu, banggalah dengan keadaanmu kerana kamu adalah isteri seorang mujahid, Ya. Kamu isteri seorang mujahid, dan kamu bukanlah isteri seorang konglomerat, Kalau suamimu ingin meninggalkan jihad ini dan kerja siang malam setengah mati, mungkin saja di sana rezekinya akan memberikan tambahan wang untuk kamu, tetapi kamu, kamu akan mendapatkan banyak sekali kerugian di kehidupanmu,

Tahukah kamu wahai saudariku,

Seorang suami yang jauh dari jihad, jauh dari zikir, dan jauh dari Islam, dia akan senang bermain di luar, berkhianat di luar, dan dia tidak pernah bisa mendidik juga tidak pernah bisa membuat anak-anakmu menjadi orang-orang yang berjiwa mulia,

Saudariku,

Akhirnya, kau akan melayu mengenang masa lalu. Tapi jangan lupa, jangan pernah lupa kalau di rumah ada seorang mujahid, Oh, sungguh satu kebanggaan tersendiri di rumahku ada seorang mujahid, satu kebanggaan luar biasa bagi seorang wanita punyai suami seorang mujahid, boleh jadi dia seorang yang tak punya, boleh jadi dia seorang yang tak perkasa, namun itu semua tak mengapa, kerana dia mulia dimata Rabbnya,

Saudariku yang dimuliakan Allah,

Apalah ertinya keindahan kerana keindahan itu dihati dan diperilaku, apalah erti dari sebuah kekayaan kerana kekayaan itu adalah kekayaan hati dan iman, Ingat, jangan pernah kau sakiti dia, siapa tahu dia sudah punya isteri di syurga sana, sedang memarahimu dan mengatakan, biarkanlah dia, biarkanlah dia jangan kau ganggu suamiku,

Saudariku,

Jangan sampai malaikat mencercamu kerana kamu telah menyusahkan sang mujahid di malam hari, dan menggerutuinya di pagi hari, Demi Allah, Demi Allah kehidupanmu akan susah, dan perjalanmu akan merasa berat bila kamu menyulitkannya,

Tidakkah kamu ingin kembali berkumpul bersamanya kelak di Jannah, Oh, sungguh satu kebanggaan tersendiri di rumahku ada seorang MUJAHID.


~Di petik dari video pendek Syair Mujahid~

Hari ini 1 Muharam 1431 H, bersamaan 18 Disember 2009 Masihi. Cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia. Antara peristiwa penting bulan Muharam ini ialah Persitiwa hijrah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari Makkah ke Madinah,Nabi Adam Alaihi Salam bertaubat daripada dosanya, Nabi Nuh selamat keluar dari bahteranya, Nabi Ibrahim selamat daripada unggun api besar yang diperintahkan oleh Raja Namrud, Kitab Taurat diturunkan pada Nabi Musa dan banyak lagi peristiwa yang berlaku.

Kedatangan tahun baru hijrah tidak sama dengan kedatangan tahun baru Masihi. Jika kita perhatikan jika sambutan tahun baru masihi, ramai anak-anak muda akan keluar menyambutnya dengan pelbagai lagak dan gaya semacam berpesta. Ini bukanlah merupakan tuntunan yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Pengalaman penulis sepanjang dua kali sambutan tahun baru, 2008 dan 2009 yang lalu telah banyak menyedarkan dan menginsafkan.

Ops yang dinamakan ops Masih Ada Yang Sayang, dijalankan disekitar bandaraya Kuala Lumpur anjuran PERKID dan PEKIDA. Penulis dapat menyaksikan sendiri bagaimana anak-anak muda ini berparti dan berseronok dalam menyambut tahun baru. Ops sebegini mungkin dianggap ganjil, malahan sesetengah akan mengatakan ianya menghalang hak asasi manusia tapi jika kita renung dan fikir secara mendalam dan kritikal, kita akan menemukan jawabannya.Kenapa, bersungguh benar mereka-mereka yang berkesedaran ini mengajak, menasihati, melarang dan mencegah serta membawa mereka-mereka kembali ke suatu jalan yang dikehendaki Allah?

Secara tuntasnya, kita dapat meneka jawapannya. Tentulah kita tidak mahu generasi pelapis kita menjadi rosak. Itu yang kita bimbang dan risaukan. Justeru, sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras tentu sahaja kita tidak mahu bangsa kita terus berkeadaan sedemikian.Moga kedatangan tahun 1431 H ini mendatangkan sesuatu yang bermakna untuk diri, agama dan bangsa. Juga diharapkan kedatangan 1 Januari 2010 tidak akan dicemari sebagaimana tahun-tahun terdahulu.

Bagaimana pula dengan azam baru kali ini? Moga kita akan sentiasa berazam tidak bermusim. Seterusnya sama-sama muhasabah diri.






Astagfirullah….dua tiga hari ini sedikit gusar. Namun Alhamdulillah, setiap sesuatu pasti ada penyelesaiannya. Sungguh kagum dan ta’ajub pada kesungguhan kakak-kakak dan abang-abang OKU (orang kurang upaya) yang tidak henti-henti menuntut ilmu. Daripada ijazah, master hinggalah phd.. Semuanya menyebabkan aku rasa sangat kagum pada mereka. Pada ketabahan yang mereka tunjukkan, pada setiap kekurangan yang mereka tempuhi dengan sebuah usaha dan kegembiraan. Itu semua membuatkan aku merasakan bahawa aku sangat bertuah, beruntung dan seterusnya bersyukur.

Terbaru, aku dapat mengenali seorang kakak oku yang ingin menyambung phd di bidang English. Wah, tak ku sangka ada oku yang terror dalam bidang ini. Sungguh, dia bukan calang-calang. Cuma…sedikit mengecewakan…pada sebuah ikatan perkahwinan yang ku rasakan boleh menitiskan air mata. Boleh membuatkan aku yang nampak ini haru mendengar ceritanya bagaimana pula dia yang tak dapat melihat itu.

Pengalamannya dalam perkahwinan menyebabkan aku berasa takut. Entahlah. Mungkin setiap orang diuji dengan cara yang berbeza. Aku bukan ingin menceritakan masalahnya apatah lagi mengaibkannya tetapi hanya ingin berkongsi pada sebuah realiti dalam kehidupan. Kita hanya akan disenangi bila mempunyai harta, dapat menyediakan sesuatu pada orang lain, dan apabila kita tiada semua itu, kita hanya akan dipandang sepi.. Benarkah? Aku hanya menyatakan pandangan ku.

Namun, bahagia sungguh mengenali mereka. Terima kasih ya Allah, berkesempatan untuk mengenali mereka di sini. Mungkin hari ini mereka kesusahan, nasib di depan tiada siapa yang tahu. Bercerita tentang kesusahan menyebabkan fikiran ku diasak dengan banyak persoalan. Susah itu menyebabkan kita jadi orang yang berjiwa halus. Mungkin kesusahan itu mengajar kita bahawa hidup ini perlu tempuh sesuatu yang susah. Tapi ingatkah kita pada Firman NYA. Setiap kesusahan ada kesenangan dan begitu sebaliknya.
Mereka mengajar aku erti sungguh-sungguh menuntut ilmu, tidak membuang masa serta yang paling penting rajin berusaha. Walaupun aku ada membaca satu e-book yang menceritakan bahawa kita tidak punya kuasa untuk berusaha sebenarnya. Ya, yang menggerakkan segala-galanya adalah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Apa yang kita panggil usaha itu adalah satu bentuk kekuatan yang diberikan oleh Tuhan kepada kita, oleh itu kita tidak layak mengatakan usaha itu adalah milik dan hak kita sepenuhnya.

Alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Dikurniakan kekurangan dan diciptakan juga kelebihan. Aku banyak belajar dari mereka bahawa buta mata tak bermakna buta hati. Hati mereka celik dan mungkin juga lagi celik dari manusia yang celik. Sungguh aku percaya itu. Terima kasih Tuhan atas anugerah -Mu yang tak terhingga. Tuntunlah aku.

Sekarang aku hanya punyai impian untuk melakukan sehabis baik sehabis dayaku. Dalam apa jua yang aku perbuat. Bantulah aku ya RAHMAN…ya RAHIM. Sebelum ini mungkin aku ini leka, terlalu dibuai arus. Tidak bersungguh dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya aku dapat melihat mereka yang tegar dalam menuntut ilmu, yang bersungguh walaupun serba kekurangan…..Bantulah aku untuk membantu mereka seadanya….


Syukur.... Alhamdulillah pada segala nikmat yang Allah kurniakan. Sudah lama rupa-rupanya jantungku berdenyut, sempat aku mengiranya melalui satu laman......

You have been living for 22 years, 6 months, and 18 days.
Your age in months - 270 months
Your age in weeks - 1176 weeks
Your age in days - 8238 days
Your age in hours - 197712 hours
Your age in minutes - 11862720 minutes
Your age in seconds - 711763200 seconds
You've seen 6 leap years

Ini bererti sudah 22 tahun, 270 bulan.........711763200 saat telah aku nikmati secara percuma. Ini belum lagi nikmat-nikmat lain.

Since your birth 8238 days ago,
Your heart has beat more than 854115840 times.
Your heart has pumped more than 62361660 litres or 16476000 gallons of blood.
Your kidneys have filtered more than 1400460 litres or 370710 gallons of blood.
You have breathed more than 177940800 times.
You have inhaled more than 85749342 litres or 90618000 quarts of air.
Your breathing has generated more than 7414.2 kg or 16345.24 pounds of Carbon dioxide.
You have blinked more than 110718720 times.
Your mouth has produced more than 7826.1 litres or 2059.5 gallons of saliva.
Your body has shed more than 15322.68 grams or 33.78 pounds of skin.
You have lost more than 823800 strands of hair.
If you hadn't taken single haircut, your hair would be more than 136.22 inches long today.
If you hadn't cut your fingernails a single time, they would be more than 27.1854 inches long today.
If you hadn't cut your toenails a single time, they would be more than 15.6522 inches long today.

Wah..betapa hebatnya ciptaan Allah. Sungguh kalau kita hendak mengira takkan terkira. Ya Allah...sungguh banyak yang Engkau berikan padaku...jadikanlah dan golongkanlah aku antara orang-orang yang bersyukur...

~Masa yang berlalu tidakkan berulang lagi~sama-sama hargainya~

Hari ini aku mahu kongsi sesuatu. Kata orang, orang yang tak suka berkongsi itu orang kedekut dan aku tidak mahu menjadi orang seperti itu. Kedekut bukan sifat yang baik. Semua orang tahu itu. Kenapa tajuk di atas adalah leader of learner? Sebabnya apa yang ingin dibicarakan di sini ialah mengenai pemimpin tetapi pemimpin kepada pelajar dan pemimpin kepada pelajar itu boleh di katakan sesiapa sahaja yang memimpin dan pada masa yang sama dia adalah pelajar. Kalau anda pernah menjadi pengawas, maka anda adalah pemimpin, jika anda pernah menjadi ketua kelas, maka anda adalah pemimpin, jika anda pernah menjadi ketua kumpulan untuk membuat ‘assignment’ maka anda juga adalah pemimpin. Tapi apa yang saya ingin bicarakan di sini bukan setakat pemimpin yang itu, saya ingin bicarakan pemimpin yang pada masa yang sama mampu untuk mengisi kekosongan dalam dirinya, bak kata orang boleh mencapai potensi yang maksimum.

Pernah suatu ketika, jika di tanyakan kenapa kamu bersungguh dalam soal kepimpinan ini, biarlah sahaja, biarkan apa yang akan berlaku, tunggu dan lihat, duduk-duk sambil goyang kaki dan minum teh, kemudian dengar sahaja khabar gembira. Bahawa kepimpinan itu telah pun terbina. Bagaimana mungkin? Mungkin kita tidak akan mampu menterjemahkan apa yang diperlukan pada pemimpin secara total, apatah lagi sememangnya setiap orang ada kekurangan. Pemimpin itu perlukan orang besar. Apa pula orang besar? Adakah dengan berbadan gempal orang itu dikatakan orang besar? Atau orang yang berduit dan mempunyai jongkong emas itu yang dikatakan orang besar? Orang besar itu ialah orang yang punyai jiwa besar. Cita-citanya besar dan tidak pula goyah apabila memegang suatu prinsip yang dipegang apabila benar-benar memahami apa yang dipegangnya itu.

Namun, apa pun yang kita cari tetap tidak lari dengan keilmuan dan pendekatan pada Allah. Hanya itu, jika tidak segala-galanya akan jadi hancur dan bobrok. Mana mungkin seorang penagih dadah boleh memimpin dengan baik sedangkan sifat ketagihannya itu sudah pasti sesuatu yang mengganggu aspek kesihatan dan juga telah melanggar apa yang disyariatkan. Oleh itu, yang kita cari dalam kepimpinan adalah yang berilmu. Itu sudah pasti, tapi mungkin juga masih abstrak di sini. Ilmu yang bagaimana, ilmu ini adalah ilmu yang boleh membimbing dirinya dan juga orang lain. Kalaupun dia kurang ilmu tapi sifat dan sikapnya untuk mendalami ilmu harus ada.

Selain berilmu, yang kedua adalah berakhlak ataupun bermoral. Mana mungkin kita memilih orang yang suka ke disko untuk jadi pemimpin, kerana perbuatan itu merupakan sesuatu yang tidak bermoral. Akhlak ini dilihat sebagai luas, sifat dan sikap yang baik menunjukkan seseorang itu berakhlak mulia. Akhlak itu akan membawa kepada sikap bertanggungjawab, berintegriti, telus, amanah dan sebagainya. Ya, agak susah mencapai semua ini tapi tidak mustahil.

Kita pernah mendengar bahawa apa yang dibawa oleh pemimpin itu akan mencorakkan generasi atau mungkin kelompok yang dipimpinnya. Jika dia mengetuai pasukan bola sepak misalnya, arahan dan strategi yang dicatur kan akan mempengaruhi faktor kekalahan atau kemenangan pasukannya. Itu suatu yang perlu kita akui.

Bukan senang menjadi pemimpin dan bukan juga senang mencari dan memilih pemimpin. Sangat susah dan sebab itulah kadang-kadang ramai yang mengatakan aku tidak mahu berpolitik. Statement ini yang biasa kita dengar lantaran susahnya untuk berhadapan dengan situasi ini. Apa pun kita kembali kepada sirah Rasulullah. Adakah dengan begitu sahaja Nabi dapat mengembangkan Islam atau berlaku pelbagai peperangan dalam pelbagai situasi. Tapi kita perlu ingat, sekarang ini zamannya kita punyai pilihan untuk memilih secara demokrasi, telus dan adil. Dan kita harus memilih cara itu supaya tiada yang tertindas malahan apa yang ingin dibawa itu kita sampaikan sejelas-jelasnya.

Rasanya sekadar itu dulu, aku sebenarnya berfikir untuk menulis sesuatu yang lain dari biasa tetapi setelah ku ulang baca ia sebenarnya adalah perkara biasa sahaja. Tapi perkara biasa ini mungkin tidak biasa lagi pada orang-orang yang tidak biasa dan mungkin sudah biasa pada orang-orang yang sudah biasa. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk berkongsi biarpun pembaca mahu menolaknya aku tidak kisah tapi sebelum menolak sesuatu pastikan kita punya hujah yang kukuh untuk menolaknya dan juga punyai hujah juga untuk menerimanya. Akhirnya, aku suka pada satu ayat ataupun trademark “UNGGUL MEMIMPIN GENERASI”. Bukan hanya sekarang tapi seharusnya sampai bila-bila kita harus unggul dalam memimpin generasi.

Kalau dulu aku belajar di sekolah, aku hanya menerima apa sahaja yang diberi oleh guru, menelan bulat-bulat, mengunyah dan meratah namun kini aku harus menerima hakikat bahawa tidak semua yang orang beri adalah betul, harus periksa sama ada yang datang pada ku itu benar atau salah atau mungkin juga boleh dipegang apabila benar-benar terbukti kesahihannya. Aku kini ingin menjadi seorang leader, pemimpin untuk diri sendiri yang lebih utama. Doakan aku, dapat mencapai sesuatu dalam hidup ku, agar bermanfaat untuk orang-orang sekitar ku. Kalaupun aku ini tidak bermanfaat aku harapkan tidaklah pula aku ini mendatangkan mudarat atau kesusahan pada orang lain. Maafkan aku anda tulisan ini hanya datang tanpa membawa pelbagai hujah yang lebih konkrit namun aku hanya tulis supaya kita meneliti dan mencari yang selebihnya. Maafkan kesalahan ku jika ada.

“Ya Allah, andai ENGKAU takdirkan sesuatu pada kami maka takdirkanlah sesuatu yang terbaik pada pengetahuan MU kerana itu jualah yang terbaik untuk kami”- Ameen ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah....Hanya itu yang dapat dilafazkan kerana aku masih lagi berada di dunia yang penuh pancaroba ini dengan nikmat iman dan islam. Kedua-dua nikmat besar yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun emas perak.

Ternyata cutiku jadi pendek. Gara-gara projek yang dalam pembikinan serta persiapan untuk semester hadapan yang perlu ku jalani... Rindu pada suara adik kecil yang merenget, pada ayam yang selalu berkokok, pada sawah yang terbentang luas, pada air bah yang melimpahi sungai... Namun itu semua ku tinggalkan penuh sayu...Moga ada kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang.

Kawan-kawanku juga sama sepertiku. Sibuk menjaga tikus-tikus yang dicucuk dengan honey, mencari parasit-parasit, mencari herba-herba dan sebagainya lagi..Nampaknya projek tahun akhir menjadikan kita semua lebih serius melakukan uji kaji. Suasana politik negara juga bertambah dengan rencam yang pelbagai. Tidak kiralah apa isu sekalipun nampaknya menjadi tumpuan hangat media massa. Aku jadi sakit telinga..

Pada insan yang pernah ku sakiti hatinya, moga-moga dia memaafkan aku. Mungkin aku tidak sengaja berkelakuan seperti itu. Aku jadi teringat kenangan hampir tiga tahun di dunia kuala ini. Daripada kota yang tidak lama itu aku ke kuala yang dikatakan berlumpur. Macam-macam yang aku jalani, macam-macam yang aku tempuhi, semuanya jadikan aku berfikir sejenak.... Bersyukurnya aku..

Namun, tidak ada yang akan tahu apa yang akan terjadi. Mungkin begini dan mungkin juga begitu. Serahkan juga semuanya pada takdir. Ya Allah...permudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat. Andai kami lalai maka Engkau berilah kami petunjuk. Andai kami tersesat maka kembalikanlah kami ke jalan yang lurus.

Ya Allah..aku bermohon Engkau jagalah diriku dan keluargaku dari seksa api neraka. Moga kami sentiasa berada di jalan lurus. Ku utuskan khabar ini dari jiwaku yang sedikit bergelora. Ku pasrahkan semua hanya padamu.

~Kenangan menggamit perasaan~


Alhamdulillah, usai sudah peperiksaan akhir semester ini. Walaupun masih ramai yang bertungkus lumus menghadapi hari-hari untuk diuji namun penulis pula sedang memikirkan sesuatu yang lebih jauh iaitu untuk menyiapkan latihan ilmiah atau dalam bahasa harian kami 'tesis'. Rasa amat payah untuk mengembangkan idea malahan rasa bagai tersekat-sekat hinggakan menganggu penumpuan. Ya Allah mudahkanlah.

Subjek kajian yang ingin penulis kaji/analisis/selidik adalah berkaitan dengan tumbuhan yang memberi khasiat pada kesihatan tubuh(perubatan), tapi yang ini special kes cket.Haaa...kalau nak tahu sebab apa nantikan entri seterusnya. Kepada yang belum habis paper penulis ucapkan selamat meneruskan usaha dan tawakkal itu kita gantungkan sepenuhnya pada Allah. Tidak lupa juga pada semua yang akan berangkat ke tanah suci Mekah agar mendapat haji mabrur serta mendapat keberkatan atas ibadah yang dikerjakan.

~Masih mencari-cari maklumat mengenai tumbuhan~