Hari ini 1 Muharam 1431 H, bersamaan 18 Disember 2009 Masihi. Cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia. Antara peristiwa penting bulan Muharam ini ialah Persitiwa hijrah Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam dari Makkah ke Madinah,Nabi Adam Alaihi Salam bertaubat daripada dosanya, Nabi Nuh selamat keluar dari bahteranya, Nabi Ibrahim selamat daripada unggun api besar yang diperintahkan oleh Raja Namrud, Kitab Taurat diturunkan pada Nabi Musa dan banyak lagi peristiwa yang berlaku.

Kedatangan tahun baru hijrah tidak sama dengan kedatangan tahun baru Masihi. Jika kita perhatikan jika sambutan tahun baru masihi, ramai anak-anak muda akan keluar menyambutnya dengan pelbagai lagak dan gaya semacam berpesta. Ini bukanlah merupakan tuntunan yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam. Pengalaman penulis sepanjang dua kali sambutan tahun baru, 2008 dan 2009 yang lalu telah banyak menyedarkan dan menginsafkan.

Ops yang dinamakan ops Masih Ada Yang Sayang, dijalankan disekitar bandaraya Kuala Lumpur anjuran PERKID dan PEKIDA. Penulis dapat menyaksikan sendiri bagaimana anak-anak muda ini berparti dan berseronok dalam menyambut tahun baru. Ops sebegini mungkin dianggap ganjil, malahan sesetengah akan mengatakan ianya menghalang hak asasi manusia tapi jika kita renung dan fikir secara mendalam dan kritikal, kita akan menemukan jawabannya.Kenapa, bersungguh benar mereka-mereka yang berkesedaran ini mengajak, menasihati, melarang dan mencegah serta membawa mereka-mereka kembali ke suatu jalan yang dikehendaki Allah?

Secara tuntasnya, kita dapat meneka jawapannya. Tentulah kita tidak mahu generasi pelapis kita menjadi rosak. Itu yang kita bimbang dan risaukan. Justeru, sebagai manusia yang mempunyai akal yang waras tentu sahaja kita tidak mahu bangsa kita terus berkeadaan sedemikian.Moga kedatangan tahun 1431 H ini mendatangkan sesuatu yang bermakna untuk diri, agama dan bangsa. Juga diharapkan kedatangan 1 Januari 2010 tidak akan dicemari sebagaimana tahun-tahun terdahulu.

Bagaimana pula dengan azam baru kali ini? Moga kita akan sentiasa berazam tidak bermusim. Seterusnya sama-sama muhasabah diri.






0 komentar:

Catat Komen