Pertamanya kesyukuranlah dapt dipanjatkan kerana masih lagi diberi ruang dan kesempatan untuk mencetuskan sesuatu walaupun sekarang keadaan semakin kritikal. Ingin penulis kongsikan satu e-book yang baru di baca...tajuknya sama dengan tajuk entry kali ni... disini penulis cuba untuk mengeluarkan sesuatu daripada buku ini:

Saudaraku

Saudaraku,
Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan
ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.
Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan
semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.
Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.
Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau
jahil. Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.
Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa
halusmu.
Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan
rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang
kurang nasib baiknya daripadamu.
Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.
Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh
dengan segala tipu helah.
Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.
Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan
pengorbanan. Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.
Usah hidup berpura-pura.
Ambil pengajaran dari masa silammu.
Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.
Hargailah dirimu.
Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang
dan JIWA yang khusyuk.
Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….
bertaffakurlah….
dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

Buku ini mengajak kita semua berkomunikasi dengan Pencipta kita setiap saat...setiap detik dan ditekankan bahawa hidup ini penuh dengan pilihan-pilihan maka mintalah pada Allah agar setiap pilihan kita adalah yang terbaik :)

~Kepada semua: penulis pohon kemaafan, hanya Allah tempat kita semua mengadu~

0 komentar:

Catat Ulasan