"Jangan begitu adikku" Kak Ainul memujuk.

"Tapi kak, saya sudah tiada harapan"aku masih berkeras.

"Ingat dik, rezeki itu, Allah yang tentukan" usahanya memujukku tidak pernah padam.

"Saya akan berjumpa dengan Ustazah Ramlah minta pandangannya"aku memberi titik penyelesaian.

"Akak setuju"Kak Ainul menyokong.

Semalaman aku tidak bisa melelapkan mata. Masih terngiang segala ocehan yang dilontarkan seorang kakak yang namanya seindah nama bidadari syurga"Ainul Mardhiyyah". Aku faham bahawa kondisiku tidaklah seteruk mana dibandingkan mereka yang tidak dapat meneruskan pengajian lebih awal.Aku masih lagi dapat merasai butir-butir hikmah itu walaupun hatiku diserang perasaan gundah.Takut keluargaku merana. Namun, kita merancang tapi Tuhan yang menentukan.

"Ustazah, saya ingin minta pandangan ustazah"tuturku perlahan.

"Ya. Silakan ustazah akan cuba membantu" suara lembut ustazah kedengaran di cuping telingaku.

"Begini, saya bercadang untuk berhenti belajar melihatkan kondisi keluarga yang tidak mengizinkan"aku menghuraikan satu persatu.

"Kamu sudah minta padaNYA?" Ustazah Ramlah menyoalku.

"Saya ada melakukan solat hajat dan istikharah tapi hati saya masih berbelah bagi" aku menjawab keraguan.

"Kalau begitu, kamu pulang dulu,kerjakan solat hingga kamu datang kepada ustazah dengan sebuah keyakinan" ustazah Ramlah menoktahkan perbualan kami.

Sejak itu, aku akan istiqamah mengerjakan solat istikharah hingga datang keyakinan dalam diriku. Sebulan berlalu.Tinggal dua bulan lagi peperiksaan besar akan ku ambil.
Aku kembali kepada ustazah Ramlah dengan keyakinan yang jitu. Ku Khabarkan pada Ustazah Ramlah bahawa aku akan meneruskan perjuanganku. Aku akan meniti liku-liku hidup ini biarpun badai dan duri menempa dihadapan.



Lamunanku terhenti. Itulah kenangan sepuluh tahun yang lalu. Kini aku bergelar seorang Doktor. Maksudku, doktor falsafah. Aku baru pulang dari University of Oxford yang terletak jauh nun di United Kingdom. Kini aku berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Fakulti Sains di sebuah Universiti terkemuka di Malaysia.Aku berasa bersyukur dengan anugerah Tuhan yang tidak terhingga ini. Secerah langit biru yang sentiasa memberi sinar harapan buat penghuni
dunia ini. Aku tersedar dari mimpi-mimpi yang buruk dalam perjalanan hidupku hingga aku berjumpa dengan studentku yang punyai masalah yang hampir sama.

Aku nasihatkannya agar berdoa, bertawakal dan yang paling penting jangan pernah putus harap.
Namanya Amira. Dia sangat sopan dan pendiam orangnya. Kadang-kadang aku lihat ada kesdihan disebalik wajahnya.Aku tidak sempat untuk bertanya padanya hinggalah pada suatu hari dia terlibat dalam satu kemalangan. Kebetulan aku menghantarnya ke hospital dan waktu itu, aku ingin menelefon keluarganya. Dan aku jadi semakin terharu apabila kedua orang tuanya telah tiada.Dia tinggal dengan nenek yang sudah uzur. Tidak dapatku bayangkan perasaaanya!!!!!..................to be continued.

0 komentar:

Catat Komen