Sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah….

Kian hampir menjelangnya hari untuk pulang. Serasa sudah lama tidak pulang, tidak menatap wajah adik-adik kesayangan. Merakalah buah hati pengarang jantung. Usai saja pulang untuk sehari semalam, terus saja berangkat lagi. Destinasi yang menjadi pilihan adalah Kuantan, Pahang. Memikirkan mengenai tempoh 2 bulan disana, agak lama sebenarnya, mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.

Sekejap sungguh waktu tak tersedar sudah melaluinya. Walaupun hanya sedikit saja serasa ilmu didada namun insyaALLAH pengalaman yang ada berguna buat selamanya. Mengenang memori terutamanya berada di bumi nilam adalah suatu yang berharga. Tempat mana lagikah yang serupa itu? Bumi manakah lagi yang seindah itu? Mungkin ada, dan di sini telah jua menjadi singgahan bermakna buat diri ini. Belajar mengenali diri, belajar mengenali erti sebenarnya menjadi pelajar dan sebagainya disini. Rindu untuk bertamu di Ja’afar Rawas, antara gedung buku yang dikira banyak menempatkan mutiara ilmu.

Menjejak pula ke bumi Kuala Lumpur. Dengan sedikit kekuatan digagahkan kaki untuk meneruskan perjuangan ini. Walaupun serasa lucu pula bila dikenang kembali. Pernah, berhajat untuk bertukar bidang, bertukar tempat pengajian malah ingin memilih profesion yang tidak diminati. Semuanya berlaku dalam sekejap cuma. Mungkin pertimbangan pada waktu itu adalah antara dua. Nasib keluarga dan nasib sendiri. Alhamdulillah, rasa syukur itu akan tetap bersemadi di jiwa, InsyaAllah. Syukur kerana dengan bantuan biasiswa dapat jua meneruskan hajat. Benarlah, rezki dari Allah, tidak terduga diakal hambaNYA.

Menyorot pengalaman hanya secebis. Banyak lagi yang tidak tergapai. Banyak jua yang terlepas di pandangan. Semoga yang sedikit ini bisa berkembang lagi dan lagi. Ketika di Kuala Lumpur inilah serasa barulah menghayati nikmatnya hidup bersendikan ajaran Islam. Melihat suasana dan situasi pelbagai, gerun mencetus rasa. Bagaimanalah nasib generasi mendatang jika generasi kini begini rupanya. Bagaimana agaknya orang-orang yang akan meneruskan perjalanan dan kembaranya dibumi Tuhan andai jenuh dikelilingi manusia yang buruk akhlaknya.

Dan kini, masa jauh meninggalkan kenangan yang terpahat dimemori. Jauh jua menjadi simpanan yang insyaAllah berguna di kemudian hari. Sakit, sihat bersilih ganti. Menjadi asam insan diuji. Sebenarnya tidak tahu mencoret apa. Asalnya hanya mahu meluah rasa, meluah segala yang tercanang di minda.

Siapa kita selepas ini?

Biar siapapun kita, semoga kita akan terus menjadi hambaNYA yang berpegang teguh pada agamaNYA. Biar saja orang tidak menegenali kita asalkan kita ada tempat disisiNYA. Dan semoga segala panduan dan ilmu bermasyarakat sebelum ini akan dapat digunakan sebaiknya. Kita adalah pengembara, sampai saatnya akan sampai jua ke destinasinya.

Semoga dengan adanya secebis kecekalan menjadi penguat tatkala badai menimpa, menjadi tempat berpaut tatkala diuji segala rencam dunia. Asal saja tempat bergantung harap sepenuhnya iaitu pada ALLAH tidak dilupa. Tiada kata-kata indah bahkan tiada pesanan azimat dapat diberi hanyalah sepotong doa agar kita sama-sama teguh di dalam hidup ini bersendikan syariat berpangkalkan agama. Salam terus juang buatmu para pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan Negara.

Salam penuh takzim dari bintulyamin As- Solehah.

Uuuu...
Kenangi Ibu Bapa
Doakanlah Sejahtera
Kita Anak Harus Membela
Apabila Sudah Dewasa

Jangan Biarkan Mereka
Sia-Sia Di Hari Tua
Kecewa Hidup Dan Merana
Kerna Perbuatan Anak Derhaka

Bahgiakan Mereka
Hingga Ke Hujung Usia
Bila Sampai Waktu Ajalnya
Anak Soleh Sebagai Harta

Hai... Ibu Bapa
Kami Permata Anda
Tidak Jemu Berdoa
Agar Sejahtera Terpelihara

Di Dunia Bahagia
Akhirat Pun Begitu Jua
Inilah Harapan Kami Semua
Moga Allah Kabulkan Doa

*Munsyid : Rabbani

*Tiada yang dapat menjadi bekalan melainkan 3 perkara; ilmu yang diamalkan, sedekah jariah dan juga anak soleh..moga kita tergolong dalam golongan yang menjadi bekalan ini.

Semoga roh insan yang pergi terdahulu dicucuri rahmat..amin ya Rabbal 'alamin.

Bacaan yang banyak


Bertemu lagi dalam catatan rasa seorang pengembara di alam fana ini. Kali ini suka untuk saya bawakan sedikit santapan minda agar sama-sama kita fikirkan. Al-maklumlah sekarang ini kan minggu-minggu kritikal jadi untuk lebih kritikal apa kata kita fikirkan sesuatu secara kritikal :)

Ada apa dengan Membaca?

* Membaca jambatan ilmu*Ilmu Penyuluh Hidup* Buta Hati tanpa Ilmu dan sebagainya merupakan ungkapan-ungkapan untuk ilmu dan kaitannya dengan membaca. Membaca ini banyak cabangnya dan banyak pula bahannya. Orang yang banyak membaca akan pandai pula menulis malah akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa daripada apa yang dibacanya sekiranya dia menggunakan akalnya dengan baik. Masyarakat yang membaca adalah masyarakat yang maju. Cubalah kita menyelak lembaran sejarah kehidupan terdahulu, dengan membaca sesuatu masyarakat akan dapat mecapai kemajuan tidak kira dalam apa bidang sekalipun. Indahnya islam kerana didalamnya ada suruhan membaca. Malah bukan sekadar itu, berfikir, merenung, menghayati malah mengamalkannya.

Etika membaca
*Membaca haruslah dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Barulah berkat dan diharapkan apa yang dibaca itu diredhai malah difahami dan dihayati dengan sebaiknya.

Kenapa membaca?
*membaca bukan sekadar menghabiskan masa lapang ataupun hobi malah membaca itu bukan sekadar keperluan malah boleh sampai ke tahap kewajipan. Seseorang yang tidak tahu mengaji wajib mempelajarinya agar dapat membaca al-Qur'an denagan betul. Walaupun bukan untuk masuk pertandingan cukuplah sekadar membacanya dengan betul didalam solat yang didirikan setiap hari.

Bagaimana membaca?

*Ada berbagai cara untuk membaca. Ada teknik baca sepintas lalu dan juga membaca serius. Menghayati dari baris ke baris. Pilih saja mana mahumu :)

Pentingkah membaca?

~Perlukah menjawab soalan ini. Biarkan minda anda menjawabnya.

Bila membaca?
*Setiap masa yang ada yang boleh dijadikan masa untuk membaca. Capaian maklumat sekarang sudah semakin canggih. Dunia di hujung jari. Klik sahaja semua terhidang didepan mata. Biarkan iman anda memilih apa yang perlu dibaca.

Membaca itu bukan sekadar menjadi hiburan. Ramai orang sanggup berhabis ribuan ringgit membeli novel. Bila ditanya apa yang menyebabkan dia begitu, jawabnya" Kepuasan".

Nah, sekarang jadikanlah membaca satu jambatan ilmu.

Membaca bukan sekadar di sekolah, di universiti malah untuk tujuan-tujuan ilmiah malahan membaca adalah untuk panduan dalam kehidupan. Ayuh mulai hari ini kita sama-sama jadikan membaca amalan hidup kita.....bukan sekadar slogan tetapi sebagai penghayatan..

Renung-renungkan dan selamat beramal (pinjam kata-kata Prof Izzi)

*moga pembacaan kita ini mendapat rahmat dan magfirah daripada Tuhan Penguasa Sekalian Alam...


Firstly, rasa macam tak “ok” je tulis entri ni sebab ada banyak lagi benda lain nak kena buat tapi nak tulis jugak, nak kongsi jugak dan akhirnya dapatlah menulisnya..

Banyak sungguh peristiwa yang berlaku sekitar seminggu dua ini..bermula dengan minggu final exam untuk final year, dan bermacam juga yang berlaku sebelum itu.

Sahabat-sahabat ada yang kena ujian yang lagi berat…. Yang menuntut kesabaran, kecekalan dan tentunya ketabahan. Mengingatkan itu semua benarlah apa yang dikatakan Allah dalam firmannya yang maksudnya janganlah kamu mengira dirimu beriman sebelum diuji. Menyusuri sirah Rasulullah lagilah perit perjuangan Baginda. Namun itulah yang menjadikan martabatnya juga tinggi sebagai rahmat untuk sekalian alam. Semakin berat ujian, semakin mendekatkan diri kita pada ALLAH.

Semoga Allah berikan jalan dan ketenangan kepada sahabat-sahabatku;

  • Yang permohonan LInya di “reject” di masa-masa terakhir dalam waktu exam ni, moga dapat tempat ganti cepat-cepat.
  • Yang menanggung beban hutang kerana khianat.
  • Yang adiknya tiba-tiba hilang dan tidak dapat dijejaki hingga saat entri ini ditulis. Ya ALLAH, pertemukanlah.
  • Yang masih berkira-kira mahu ke mana selepas ini, moga-moga cepat selesai membuat keputusan dan mengambil tindakan seterusnya yang sewajarnya.
  • Kepada yang ada banyak lagi paper…yang papernya adalah killer subject. Moga-moga diberi ketenangan jawab periksa nanti.
  • Kepada yang ditimpa ujian dengan penyakit-penyakit mengejut tak termasuk “penurunan berat badan” sebab stress…penyakit-penyakit yang mengandungi risiko yang tinggi seperti sakit jantung, stroke dan sebagainya.
  • Kepada yang diuji dengan kehilangan orang-orang yang disayangi.
  • Kepada yang mendapat pelbagai lagi ujian…….

Diucapkan ….semoga tenang dan tabah. Minta lah pertolongan daripada-NYA.

Dan tiada yang lebih dapat menenangkan hati melainkan menghayati ayat-ayat ALLAH sebagai bekalan dan panduan menghadapi segalanya… Renungkanlah bersama-sama;

“….Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya. Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya”-ATh-Thalaaq (4-5).

Pesona Dunia

::Inteam ::

Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupa kan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia ?kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan

~Indahnya dunia yang fana ini ibarat fatamorgana, dikejar dan dibayangi namun kan hilang akhirnya, sesekali merenung ke dasar diri adakah terpesona dengan dunia.... Dunia ini sungguh melelahkan dan beruntunglah orang-orang yang mencari kerehatan di alam kekal~

~Ya Allah, andainya seisi dunia ini mahu memberikan kemudaratan pada hambaMu nescaya tidak terlaksana dengan izinMu, begitupun jika seisi dunia ini berkumpul untuk memberikan kebaikan pada hambaMU tentunya tidakkan terlaksana tanpa izinMu jua. Berkatilah hidup kami yang sementara cuma ini, kami memohon, merintih dan merayu padaMU~amin ya Rabbal "Alamin~


Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?

Mak jawab, kedua-duanya bukan..

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.

Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti

seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerimabalasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..

Mak takut pada Allah...

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni

yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada

sesiapa yang mendorong..

Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak?

Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung

sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

Kakak..

Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai..

Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah

menzalimi hambaNya..

Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan..

kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi

seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..

jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .

Kakak..

Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.

Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan

hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya

hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..

Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah

untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak

dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


~Ini diambil apabila melakukan blog walking ke laman ex-smaasza..tertarik dan mahu dikongsikan buat semua.~

*Saat untuk membuat keputusan adalah sesuatu yang sukar, moga terpandu dalam redhaNYA~


Jangan Pandang Kulit


Jika melihat buah durian(CHORUS)

Tentu ngeri lihat kulitnya

Jelas memang duri luarnya

Tapi ternyata manis isinya

Begitupun menilai orang

Jangan dilihat dari kulitnya

Yang kita sangka Madu isinya malah racun

Yang kita sangka Racun isinya malah madu

Jangan menyangka orang lain buruk (CHORUS)

Siapa tahu kita lebih buruk dari dia

Jangan menyangka orang lain rosak

Siapa tahu kita lebih rosak dari dia

Jika ada manusia yang nampak hitam

Kita jangan terus melabelkan dia hitam

Sebab di alam fana

Segala berubah

Dalam satu detik manusia boleh berubah

Yang tadinya hitam akan jadi putih

Bimbinglah yang hitam yang hitam untuk jadi putih

Jagalah yang putih biar tetap putih

~Ito~


*P/S- Jangan menilai berdasarkan luaran. Sesungguhnya yang memegang semua hati adalah Allah. Maka hanya padanya dikembalikan segalanya.

Salam alaikum dan salam meneruskan perjuangan buat semua…

Pertamanya, waktu-waktu sekarang terasa berat untuk dihadapi…namun senyum dan tersenyumlah..Irdina dah selamat di bawa ke IJN dan sekarang telah pun kembali ke Kuantan..untung p.su dapat tengok anak kecil itu… dan hasrat untuk melihatnya terkubur..sabarlah wahai hati…

Kedua, selamat berjuang di PRK 094-Hulu Selangor, moga kemenangan berpihak kepada yang baik dan benar.

Ketiga, masih dalam mood exam, sekarang jika pergi saja library tentu penuh dengan orang, dan waktu ini jugalah baru dapat melihat muka-muka student UM…Owh…Um rupanya :)

Keempat, sempat ke motivasi Ashabul Ukhdud anjuran TEM ( Team Elit Muslim)- point penting yang dapat ialah pergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam segala perkara, Allah takkan uji orang yang tak dapat terima ujian itu, maksudnya Allah tahu hambaNYA mampu untuk menanggung beban yang terpikul…dan segala ujian itupun di berikan dengan diberikan jalan untuk menghadapinya… Thanks to “Nur Hidayah Abdullah” sebab bawa diriku dengan izin ALLAH..

Kelima, rasa semacam tak sabar nak rasai suasana kerja..Bestkah? Atau tidak se”enjoy” suasana belajar.

Keenam, menghabiskan hari-hari di Kuala Lumpur sebelum berangkat pulang. 3 tahun di sini. Tak banyak tempat yang dijelajahi.. Teringin nak pergi zoo Negara, Taman Burung n tempat2 lain yang menarik..Tapi tak mengapalah…sebabnya banyak tempat lain lagi yang dah pergi…

Ketujuh, membaca entry di blog sis Syahadah memberikanku sedikit kesimpulan….kesimpulan untuk merungkaikan persoalan…thanks.

Kelapan, semoga adik-adikku di rumah sihat-sihat saja.

Kesembilan, banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Kesepuluh, end of this entry……..tq kerana habis membacanya.

Universiti Malaya
Kebanggaan kita semua
Bertambah para ilmuan
Di pelbagai lapangan

Kami bertekad di hati
Mencapai cita murni
Tradisi kecemerlangan
Menepati wawasan

Di sini kami sedia berbakti
Terus berinovasi
Kami harapan generasi muka
Teras nusa dan bangsa

Varsiti kesayanganku
Sungguh banyak jasamu
Membentuk insan mulia
Berilmu berbudaya








~Seputar kenangan~ada orientasi pastikan ada graduasi~

Assalamualaikum dan salam menduduki final exam buat semua…..

Tiada apa-apa ucapan istimewa melainkan;

  • Selamat berusaha
  • Semoga berjaya
  • Semoga apa yang terbaik itu akan kita dapati
  • Peperiksaan ini menjadi pengukur tahap kefahaman kita. Teringat kata-kata Ustaz Wan Suhaimi “Peperiksaan bukanlah ukuran kepada ilmu tetapi ukuran kepada usaha”
  • Mulakan ulangkaji dengan Bismillahirrahmanirrahim dan doa.
  • “Allahummarzukna fahman Nabiyyin wa hifzol mursalin wailhaman malaikatil muqorrabin”

~Dedikasi buat teman sebilik; Ismah n Dija~Honey pohon maaf andai ada keterlanjuran kata n perlakuan sepanjang bersama, buat warga Rb yang sweet semuanya-halalkan makan dan minum, buat teman-teman biohealth tersayang, buat semua yang mengenali, Ma’a Taufiq wannajah~

Saat terbangun dari lelap di sepertiga malam..
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat tahajud...
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Rabb kita -Tabaraka wa Ta’ala- turun setiap malam ke langit dunia ketika sudah tersisa sepertiga malam terakhir. Lalu Dia berfirman, “Siapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan mengabulkannya, siapa yang meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dari sejak dini hari aku sudah kalah olehnya...

Saat fajar menampakkan keindahannya...
Aku tidak lebih cepat dari dia Shalat subuh berjamaah..
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Shalat yang dirasakan paling berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga shalat didirikan, kemudian kusuruh seseorang mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri shalat, lantas aku bakar rumah-rumah mereka.” (HR. Al-Bukhari no. 141 dan Muslim no. 651)
Ya Rabb jangan Engkau golongkan kami kedalam orang-orang munafik...

Ketika udara pagi yang cerah mengiringil kesibukan..
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat dhuha...
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh persendian di antara kalian untuk bersedekah. Maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir adalah sedekah. Begitu juga amar ma’ruf (memerintahkan kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua bisa dicukupi (diganti) dengan melaksanakan shalat Dhuha sebanyak 2 raka’at.” (HR. Muslim)
Terdiam sejenak aku sudah mengulangi kealfaanku...

Saat hingar bingar kecerian jam istirahat kerja
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat dzuhur berjamaah..
Mendengar Adzan dan Iqomah..
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Doa di antara azan dan iqamah tidak akan ditolak.” (HR. At-Tirmizi dan Abu Daud)
betapa aku sudah melewatkan kesempatan emas ini...

Lelah menjelang pulang kerja di sore hari...
Melihat wajah-wajah musam penuh kepenatan...
Tapi Aku tidak lebih cepat dari dia membasuh keletihan dengan air wudhu untuk shalat Ashar...
Padahal Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
“Barangsiapa yang mengerjakan shalat pada dua waktu dingin (subuh dan ashar), maka dia akan masuk surga.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Nikmat mana lagi yang engkau dustakan???...

Ketika matahari mulai tenggelam dan keletihan mulai mendera...
Aku tidak lebih cepat dari dia shalat Magrib berjamaah...
Hati ini beralasan untuk beristirahat dari kepenatan....
Dan terkadang mengakhirkannya ketika matahari tenggelam di ufuk
Ya Allah beginikah sikap hambamu ini yang "katanya" ingin menegakkan islam...

Shalat isya sungguh berat kaki ini melangkah mengambil wudhu..
Sekali lagi Aku tidak lebih cepat dari dia shalat Isya berjamaah...
Sibuk bersenda gurau dengan kawan atau keluarga...
Terkadang berdalih ingin mengakhirkan shalat isya karena itu lebih utama...
Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
Suatu malam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tersibukkan dari mengerjakan shalat isya di awal waktu, maka beliau mengakhirkannya hingga kami tertidur di masjid kemudian kami terbangun, lalu kami tidur lagi kemudian terbangun. Lalu keluarlah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam menemui kami, kemudian beliau bersabda: “Tidak ada seorang pun dari penduduk bumi yang menanti shalat ini selain kalian.” Adalah Ibnu Umar tidak memedulikan apakah ia mendahulukan atau mengakhirkannya, apabila ia tidak khawatir tertidur pulas/nyenyak dari mengerjakannya pada waktunya. Adalah Ibnu Umar tidur sebelum shalat isya.” (HR. Al-Bukhari)
Namun bukannya mengakhirkan malah meninggalkan shalat isya na'udzubillah....

Rizki seperti apakah yang kita harapkan jika keseharian ini ???
Aku Tidak Lebih Cepat Dari Dia dalam Shalat
Aku Tidak Lebih Cepat Dari Dia dalam Doa

Dan kemenangan bagaimanakah, yang kita harapkan akan terwujud bagi umat yang bila shalat subuh tiba, larut dalam tidur nyenyak, bila shalat ashar tiba, sedang hanyut dalam permainan, dan bila shalat ‘Isya’ tiba, asyik menonton sinetron.”

~Copy paste dari group di Facebook~ Renungan untuk semua~

Assalamua’alaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang menatap entri ini….

  • Ketika entri ini ditulis, baru sahaja mendapat perkhabaran bahawa Irdina (anak saudara) akan datang ke K.L iaitu tepatnya lagi ke IJN. Injap jantungnya terbuka kedua-duanya ( menurut ulasan ibu).
  • Semoga anak kecil itu mendapat kesembuhan. Doakan kesembuhannya yer..
  • Walaupun belum pernah lagi menatap wajahnya….
  • Semoga di beri kekuatan buat ayah( abang) dan ibunya (k.ngah)…..
  • Semoga dapat jumpa dia pada hari First Paper (TDR)

Abang Irdina Maisarah(Imran)


~Kepada Allah segalanya diserahkan ~