Langkah diteruskan lagi. Biarpun tidak gagah namun masih bisa melangkah jua. Hendak bawa ke mana hati yang lara? Mahu jatuh ke mana rasa kecewa? Semuanya terserah pada diri sendiri. Pernah di ucapkan pada sahabat, “there’s no place for anyone loss hope”, dan kata-kata itu juga ditujukan pada diri sendiri, yang selalu lupa, selalu alpa, selalu berkeluh kesah dan selalu juga putus harapan.Tapi bukankah kita tahu Allah sengaja menguji sejauh mana hamba-NYA, untuk mencari yang paling baik amalnya. Moga termasuk antara orang-orang yang sabar sentiasa.
Hidup ini ibarat “peperiksaan besar”. Setiap ujian membawa markah tersendiri. Semakin susah soalan, semakin banyak markah yang akan diberi. Beruntunglah orang-orang yang mendapat markah tinggi dengan dapat menghadapi soalan yang sukar itu. Di bawah ini, sengaja dikongsikan sesuatu untuk peringatan diri dan semua, hayatilah;
Janji Pelatih Mujahid Cinta
Di kala akhir teruna melati
Ada tanda yang menyentuh dalam hati
Sudah siapkah aku kini
Menjadi kadir yang sehati
Telah banyak yang aku dapatkan
Tentanferti hidup dan
Perjuangan fi sabilillah ditegakkan
Melalui hati, kata dan perbuatan
Ku mohon kekuatan ya ALLAH
Agar dapat aku jalankan
Amanah umat danikatan
Demi agama Islam
Kini tiba saat diwujudkan
Apa yang telah diberikan
Semoga ALLAH meredhai
Niat hati yang tulus ini
(teks Syair :M. Izzul Muslimin, 2004) –petikan dari buku Mujahid Cinta
Ya ALLAH, Tuhan yang menciptakan cinta,
Ya Rahman, Tuhan yang membisikkan rindu,
Tunjuki daku ke dalam cintaMU
Rahmati daku dengan maghfirahmu
Betapa masih panjang lagi perjalanan, besar jua amanah perjuangan. Harus sentiasa tabah. Harus sentiasa kuat. Akhir-akhir ini, terasa sangat-sangat sayu. Terasa diri keseorangan menempuh perjalanan yang panjang ini. Terasa tiada kekuatan untuk menghadapi segala rintangan. Tapi Allah tetap sayang pada hamba-hambaNYA. Insan-insan yang dihantar untuk mengubat segala lara ini bukan calang-calang orangnya. Mereka semua mempunyai semangat yang jitu, punyai pegangan hidup yang jelas, sayang mereka semua. Terutamanya kepada seorang Sis yang dikagumi sejak dulu. Sempat bertandang ke rumahnya dan berkenalan dengan Umminya. Jua pada rakan-rakan yang tidak putus-putus bermesej bertanya khabar, juga pada seorang dia yang sabar melayani kerenah manusia yang degil, keras hati dan juga mempunyai beribu tafsiran ini. Sayang pada kalian semua. Sayang kerana ALLAH. Sungguh, kegembiraan kalian adalah kebahagiaan di hati ini jua.
Mengingatkan diri dan sahabat-sahabat agar tidak berlama-lama dalam menghadapi ombak ganas perasaan. Kerna kita akan lelah dan kelemasan di dalamnya. Ayuh, kita teruskan langkahan dengan lebih semangat, biar berkali jatuh jangan pernah tidak mahu bangkit. Contohnya, kalau dah jatuh motor, cepat-cepat bangun, takut-takut kita akan terhenyak lagi jika tak mahu bangun, Begitu juga hidup ini.
~Bahasa cintaku sungguh mudah, ~Cinta kerana ALLAH kekal selamaya~