Sudah lama insyirah tidak bercerita. Dan khabarnya kini semakin sepi. Sesepi hatinya jua. Dia selalu saja menangis, dan tangisannya itu tak ada siapa yang pedulikannya. Insyirah pernah bertanya" Tidak adakah secebis rasa bahagia yang bertandang dalam ruang hidupnya?". kini, insyirah membuka ceritanya kembali. Cerita duka yang menghampakan. Alangkah peritnya apabila mendengar cerita Insyirah, seolah-olah dada begitu sesak. Insyirah ini tidak sama dengan Insyirah yang dulu. Insyirah yang dilihat kuat dan tabah. Insyirah yang jitu dan berprinsip. Insyirah ini penuh dengan semangat yang kendur, hati yang patah dan jua bagai telah jatuh ke jurang yang dalam. Sedikit demi sedikit nasihat diberikan pada Insyirah supaya bangkit kembali. Tinggalkan segala yang telah berlalu biar berkubur. Tanggalkan dari kotak memori malah jika perlu lupuskan di tempat pelupusan yang sepatutnya. Begitu sekali cerita Insyirah.

Pernah diucapkan pada Insyirah" Bot-bot penyelamat banyak di sekelilingmu, gapailah talinya" Jangan biarkan hanyut dirimu itu. Dan beberapa hari yang lalu, sudah dapat dilihat perkebunan harapan menyegar kembali. Insyirah telah berjumpa bot itu, tapi belum mampu menghulurkan talinya. Alangkah.......

Insyirah....andai di kau membacanya...bacalah secebis nasihat ini,

" Ya Allah, sesungguhnya kami pasrah kepada-MU dengan jodoh dan pertemuan, kehidupan dan juga kematian. Ya Allah, kurniakanlah padanya penyeri rumahtangga, yang payungnya melindungi daripada fitnah, umpat dan caci-cela. Yang kelambunya menyimpan rahsia, kehormatan diri dan keluarga.

Ya ALLAH, sedarkanlah padanya tanggungjawab isteri yang amat berat. Yang pada suaminya menentukan dia tenang di syurga atau terseksa di neraka. Temukanlah dia seorang yang bisa memimpinnya menuju Mu."

Insyirah.....jangan pernah mengalah. Sentiasa kuat dan bersemangat. Insyirah seorang yang kuat yang tak akan menangis untuk perkara yang kecil.


::::::::::::::::::::::::::::::::::Cerita Insyirah begitu meginsafkan::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

0 komentar:

Catat Komen