Segala puji hanya bagi Allah, yang memiliki alam dan seluruhnya. Selawat dan salam pada junjungan Nabi Muhammad, pesuruh serta rasul yang membawa risalah hingga ke akhir zaman. Dalam menjalani hidup ini kita tidak dapat lari daripada menjalani semua perasaan, samada suka dan duka, saat sedih dan juga cemas. Begitulah ritmanya kehidupan, ibarat melodi yang menghasilkan alunan yang indah. Namun, tidak semua akan menghadapinya dengan penuh ikhlas. Cuba kita lihat ombak dan pantai, biarpun ombak tak pernah berhenti menghempas pantai, tetap saja desir itu yang menenangkan. Hidup ini juga ibarat ombak, adakala tenang dan menghiburkan, tidak kurang pula yang menghempas ganas dan membinasakan.

Hari-hari yang dilalui penuh dengan cerita yang tersendiri. Kita menemukan ramai orang. Setiap orang tentu saja memberi makna yang berbeza dalam hidup kita. Adakalanya kita meminta dipertemukan dengan orang yang membahagiakan kita, tidak kurang pula minta dijauhkan dengan orang yang menyakiti hati kita. Begitulah apa yang kita mahukan. Tetapi tahukan kita, terkadang yang menyakiti kita itulah yang memberi makna dalam kehidupan kita. Mereka mengajarkan kita erti perasaan. Iya, masakan kita akan pandai marah andai tidak pernah ada yang membuat kita marah. Begitu pula dengan erti senyum dan tawa. Tentu ada saja yang membuatkan kita ketawa bahagia.

:::::::Be positive always::::::::


Hamdan wa syukran lillah….. dihadiahi pelbagai nikmat yang tidak terhitung. Usia semakin merangkak pergi…Terasa telah lama menghirup udara di muka bumi ini. Sedangkan belum cukup amalan dan bekal untuk di bawa ke sana. Mari….kita sama-sama merenung bait-bait kata ini buat pedoman di hari depan.

“Berhati-hatilah terhadap cinta. Durinya adalah nafsu dan mawarnya adalah kesucian. Berapa banyak manusia yang telah mencium harumnya mawar, padahal mereka tidak menyedari diri mereka sebenarnya telah tertusuk duri cinta. Cinta sejati adalah cinta yang bisa menghulurkan tangan untuk memtik mawar tanpa tertusuk duri-durinya”

“Ketika diri merindui,aku selalu teringatkan Tuhan. Aku selalu bermohon padaNYA agar DIA menguatkan jiwaku, memberikan pertolongan padaku dan menunjukkanku jalan yang terang. Aku pasrah dan redha, ku serahkan jiwaku hanya kepadaNYA. Aku yakin terhadap takdir dan ketentuanNYA.”

“Marilah kita serahkan kepada takdir. Setiap pertemuan dan perpisahan sudah adat dalam kehidupan. Kita harus menerima takdir tersebut dengan perasaan redha dan ikhlas.”

“Apabila perasaan cinta mula bertunas, seharusnya saat itu juga dipagari dengan makrifatullah, dipancang dengan quwatusillahibillah, agar tunas itu mekar, tumbuh, kuat dan berakar nanti saja, pada waktu yang tepat dan padaorang yang tepat.”

“Ya ALLAH….dengarlah rintihan hati ini,

Tatkala kurasa diri disisihkan,

Engkau sentiasa ada untuk mendengarkanku,

Ya ALLAH, saat hati ini melemah,

Engkau kuatkan dengan tarbiyyahMU,

Apabila diri diejek dan dihina,

Hiburan sentiasa mendatang melalui kalamMU,

Begitu dapat meredakan perasaanku.

“Ya ALLAH, apabila hati riang menyanyi,

Sering kealpaan menerpa di atmaku,

Tatkala diuji,

Seing keluhan yang menyapa, terasa sempit di dada,

Terasa mahu melimpah air di mata,

Ya ALLAH, daku tahu,

Aku bukanlah pencinta yang setia,

Sering dihantui kesalahan,

Namun, aku adalah pengintai harapan,

Dari semua sisi untuk sampai kepadaMU,

Ya ALLAH,

Engkau jadikan daku kuat,

Setelah menempuh beban yang berat,

Engkau jadikan daku pandai,

Setelah diajari dalam waktu yang panjang,

Ya ALLAH,

Jadikanlah pengharapan dan pengabdianku,

Sebagai tanda pengabdianku padaMU.”=Nukilan Bintulyamin.

Melihat kepada setiap butir kata di atas…diri mencerna sendiri…..biarlah apa sahaja yang berlaku selepas ini….adalah BAIK dan SESUAI untukku dalam pengetahuanMU, ya ALLAH. Kita terkadang merasakan apa yang kita lakukan, kita inginkan dan kita mahukan adalah baik dan sesuai pada diri kita tapi di sebalik pengetahuan kita ada rahsia yang lebih agung yang hanya akan terzahir apabila dizinkan olehNYA.

Setiap aspek, tidak kiralah untuk diri, keluarga, agama, negara, bangsa dan seluruhnya memang menjadi rahsia ILAHI. Untuk itu….teguhlah menerima setiap ujian mendatang, biarpun pahit, biarpun perit namun telanlah. Kerana tanpa kita mahu terima, ia tetap juga menimpa kita, jadi alangkah lebih baik kita menerimanya dengan baik, dengan hati yang lebih tenang dan dengan memikirkan bahawa segala yang berlaku itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.

“Duhai diri…….jangan sesekali dunia ini melalaikanmu. Tiada apa yang perlu disedihkan dan dirisaukan berbanding nasib di negeri abadi”

~~~~~~~Daku bermohon semoga yang baik dan sesuai itu selalu ku dapati~~~~~~

Jangan bersedih. Bukan sekadar ungkapan tetapi adalah jalan penyelasaian yang mahu dijadikan pedoman buat insane dalam kesedihan, resah dankekacauan dalam jiwanya. Hiduplah pada hari ini, hari dimana mataharinya menyinari kita dan siangnya menyepa kita. Apa yang perlu kita perbuat pada hari ini? Kita haruslah persembahkan kualiti sembahyang yang paling khusyuk, bacaan al-quran yang paling tartil dan penuh renungan , berzikircengan sepenuh hati, keseimbangan dalam semua hal, keindahan pada akhlak, keredhaan dan kerdhaan dalam semua yang Allah berikan, perhatian terhadap alam sekeliling, mengambil berat terhadap kesihatan jiwa raga, serta berbuat baik sesame manusia. Hari esok masih tidak berupa dan berwarna, belum nyata dan tidak dapat disentuh. Apabila ada yang mengkritik, mencaci dan menghina, apa yang mampu dilakukan ialah mengubur dalam-dalam kritikan, mengetepikan tingkah laku mereka dan cukup membalas perkataan mereka sebagaiman yang disuruh Allah dalam suran Al- Imran ayat 119. Berbuat baiklah kerana Allah semata-mata. Berbuat baiklah nescaya akan menyejukkan jiwa.


Waktu kosong adalah pencuri yang jahat. Oleh itu, bangkitlah sekarang. Kerjakan sembahyang, bacabuku, bertasbih, mengkaji, menulis, mengemaskan meja kerja, bilik tidur atau berbuatlah sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada orang lain atau menghalau kekosongan. Bunuhlah setiap kekosongan itu dengan kesibukan.Bimbinglah diri dengan wahyu Allah. Orang cerdik akan mengubah kerugian menjadi keuntungan. Apabila ditimpa musibah, lihatlah dari aspek positif dan sudut paling terangnya. Mengadulah, merataplah, berdoa dan memohon kepadaNYA. Berzikirlah kepada Allah, sebutlah namaNYA, memohon bantuan-NYA, dan minta jalan keluar daripadaNYA. Jagalah dirimu agar waktu dan usia anda selamat darikesia-siaan, lidah terhindardari mengumpat, hati bersih dari kerisauan, telinga jauh dari ucapan kotor dan jiwa bebas dari buruk sangka.


Kelembutan tutur kata, senyuman ikhlas di bibir dan sapaan-sapaan hangat terpuji ketika bersuamerupakan hiasan yang selalu dikenakan oleh orang-orang mulia. Orang yang selalu mengingati Allah sentiasa bahagia dan tenteram hidupnya. Padamkanlah panasnya keburukan pada setiap hal dengan sejuknya kebaikan yang ada padanya. Sembahnyang mampu meniupkan keikhlasan dan kejernihan iman dalam relung hati sehingga hati selalu redha dengan apa sahaja yang sudah ditentukan oleh ALLAH”Hasbunallah wani’mal wakil”.

~petikan Jangan Bersedih, Don’t be sad~


::::::::::::::::::::::::Selalu saja hati bertanya "benarkah apa yang ku pilih ini":::::::::::::::::::::::::::::
Payah. Susah. Rumit. Celarunya sebuah hidup. Iya, biarpun sedemikian segalanya harus kita tempuhi.Tiada siapa yang mahu hadir dalam kehidupan seseorang untuk dibenci, dimusuhi malah untuk didendami. Tapi bila kejadian ini terjadi, harus terima segalanya dengan redha dan ikhlas. Baru sahaja menamatkan kegusaran yang berlaku sebulan dua ini. Selamat tinggal kuantan, mungkin di sini bukan tempatnya, tidak betah untuk meneruskan kembara di sini. Ada tempat lain yang lebih cocok dan sesuai. Ya Allah...kuatkan kaki ini melangkah, biar kemanapun, biar dimanapun...

::::Biarkan segalanya menjadi kenangan dan tersimpan kemas dalam peti besi ingatan........terus bersemangat.......terima kasih ibu dan keluargaku, kalian adalah belahan jiwaku::::::

Pertamanya…..dan selamanya kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Tuhan semesta alam. Yang telah menyusun segala-galanya dengan teratur dan penuh dengan kesempurnaan tetapi tangan-tangan manusialah yang menghancurkannya dan juga sering mengambil jalan bermusuh-musuhan di atas muka bumi ini. Ya ALLAH, ya Rahman Tuhan yang Maha Pemurah, Engkau mengetahui apa yang tersingkap dan apa yang tersirat. Engkau lebih mengetahui apa yang tersembunyi di setiap sudut dan sanubari hamba-hambaMU. Wahai Tuhan yang memberikan daya dan kuasa kepada hamba-hamba yang lemah sehingga hamba-hambaMU terkadang begitu angkuh dengan daya yang ada pada mereka hingga terlupa akan kekuasaan yang lebih agung. Ya Rahim, Tuhan yang memberikan rezeki yang melimpah-limpah sehingga ada hamba-hambaMU yang tidak pandai bersyukur bahkan tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki sedangkan tiada suatupun milik mereka. Semuanya adalah milikMU semuanya. Ya Tuhan, yang memperjalankan aturan seluruh cakerawala dengan penuh kebijaksanaan dan di situlah akan ditemui kehebatan dan keagunganMU pada setiap penciptaan yang ada.

Hamba merintih ya ALLAH, pada setiap kekurangan hamba. Pada setiap kekhilafan yang telah hamba lakukan dalam sedar mahupun tidak. Hamba sentiasa ingin kembali padaMU ya ALLAH. Setelah hamba renungkan betapa jauhnya hamba ini……dekatkan hamba padaMU, pada jalanMU, pada mereka-mereka yang mencintaiMU. Jauhkan hamba daripada mereka-mereka yang jauh denganMU, yang sentiasa mencuba untuk menyesatkan hamba-hambaMU. Ya Karim, Tuhan yang Maha Agung, dengarkanlah rintihan hamba ini. Biar sekuat manapun cubaan yang Engkau berikan kentalkan jiwa hamba, kembalikan hamba dalam redhaMU.

Dan hamba pohon ya ALLAH lapangkan hati hamba dalam menghadapi segala cubaan di dunia ini. Kuatkan kaki hamba dalam melangkah. Jauhkan hati hamba daripada sikap berkeluh kesah. Hamba pohon agar tidak dibiarkan sesaat dalam hamba menentukan jalan hidup ini…….

~Catatan seorang hamba di perjalanan hidupnya~



Sedikit renungan buat tatapan relung hati yang sentiasa mencari hakikat dan makrifat;

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai ia dalam diam, kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

Kerana diammu memuliakan kesucian diri ...dan hatimu, menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu.

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya, kerana mungkin saja orang yang kamu cintai adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu.

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan, tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.

Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan – kekuatan harapan – hingga mungkin saja ALLAH SWT akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata. Bukankah ALLAH SWT tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam.

Jika dia memang bukan milikmu, moga ALLAH SWT, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat.

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kamu dengan Sang Pemilik Hatimu.

:::Cinta tak perlu punyai sebab, tetapi sebab cintalah cinta itu hadir::::


Pasrahkan hati sedalam kalbu dalam setiap sujudmu.......jika memang ini suratannya.

Top of Form

  • Bottom of Form

I am looking for a teacher

(Marilyn Pattison)

I am looking for a teacher

Who is beautiful inside

Honest with their student

Giving them a sense of pride

I am looking for a teacher

With a healthy self esteem

Who clearly, states the rules

And doesn’t have to scream

I am looking for a teacher

Who creatively prepares

But whose first priority

Is to convey that she cares

I am looking for a teacher

Who is interested, not aloof

Who treats her student with respect

Even when they goof

I am looking for a teacher

Who knows how to laugh and smile

Who enjoys what she’s doing

And goes the extra mile

I am looking for a teacher

Who believes all students can learn

Who praises their efforts and talents

They give teir best return

I am looking for a teacher

Who will fill a child with desire

To love to learn more everyday

With curiosity that wont tire

I am looking for a teacher

Who encourages children to have a dream

To work at solving problems

Building their self esteem

There are some teachers out there

The kind I’m looking for

For their students future success

They have opened up the door.


~Amanah menjadi pendidik terlalu besar dan berat, bahkan inilah yang dinamakan arkitek bangsa. Ibu bapa merupakan pendidik yang tidak boleh dipandang enteng kerana didikan dari rumahlah yang akan membawa ke tempat lain. Ucapan penghargaan pada semua yang bergelar ibu bapa, didiklah amanahmu sebaiknya. Begitu juga pada yang bergelar guru-guru, lihatlah mata-mata yang bening di hadapanmu, sinar cahaya terpancar dari raut wajah mereka. Senakal manapun mereka, se"tidak pandai" manapun mereka tetap jua punya harga dan nilai tersendiri. Jangan pernah mencemuh mereka kerana perkara itu hanya membuatkan dendam mereka pada yang bernama guru merebak, lantas menyebabkan semua yang bergelar guru menjadi tidak enak pada pandangan mereka. Terima kasih guru-guruku, jasa dan pengorbananmu tidak dapat dibayar untuk selamanya. Di kaulah insan-insan yang membuka pintu buat kejayaanku hari ini.~

Langkah diteruskan lagi. Biarpun tidak gagah namun masih bisa melangkah jua. Hendak bawa ke mana hati yang lara? Mahu jatuh ke mana rasa kecewa? Semuanya terserah pada diri sendiri. Pernah di ucapkan pada sahabat, “there’s no place for anyone loss hope”, dan kata-kata itu juga ditujukan pada diri sendiri, yang selalu lupa, selalu alpa, selalu berkeluh kesah dan selalu juga putus harapan.Tapi bukankah kita tahu Allah sengaja menguji sejauh mana hamba-NYA, untuk mencari yang paling baik amalnya. Moga termasuk antara orang-orang yang sabar sentiasa.

Hidup ini ibarat “peperiksaan besar”. Setiap ujian membawa markah tersendiri. Semakin susah soalan, semakin banyak markah yang akan diberi. Beruntunglah orang-orang yang mendapat markah tinggi dengan dapat menghadapi soalan yang sukar itu. Di bawah ini, sengaja dikongsikan sesuatu untuk peringatan diri dan semua, hayatilah;

Janji Pelatih Mujahid Cinta

Di kala akhir teruna melati

Ada tanda yang menyentuh dalam hati

Sudah siapkah aku kini

Menjadi kadir yang sehati

Telah banyak yang aku dapatkan

Tentanferti hidup dan

Perjuangan fi sabilillah ditegakkan

Melalui hati, kata dan perbuatan

Ku mohon kekuatan ya ALLAH

Agar dapat aku jalankan

Amanah umat danikatan

Demi agama Islam

Kini tiba saat diwujudkan

Apa yang telah diberikan

Semoga ALLAH meredhai

Niat hati yang tulus ini

(teks Syair :M. Izzul Muslimin, 2004) –petikan dari buku Mujahid Cinta

Ya ALLAH, Tuhan yang menciptakan cinta,

Ya Rahman, Tuhan yang membisikkan rindu,

Tunjuki daku ke dalam cintaMU

Rahmati daku dengan maghfirahmu

Betapa masih panjang lagi perjalanan, besar jua amanah perjuangan. Harus sentiasa tabah. Harus sentiasa kuat. Akhir-akhir ini, terasa sangat-sangat sayu. Terasa diri keseorangan menempuh perjalanan yang panjang ini. Terasa tiada kekuatan untuk menghadapi segala rintangan. Tapi Allah tetap sayang pada hamba-hambaNYA. Insan-insan yang dihantar untuk mengubat segala lara ini bukan calang-calang orangnya. Mereka semua mempunyai semangat yang jitu, punyai pegangan hidup yang jelas, sayang mereka semua. Terutamanya kepada seorang Sis yang dikagumi sejak dulu. Sempat bertandang ke rumahnya dan berkenalan dengan Umminya. Jua pada rakan-rakan yang tidak putus-putus bermesej bertanya khabar, juga pada seorang dia yang sabar melayani kerenah manusia yang degil, keras hati dan juga mempunyai beribu tafsiran ini. Sayang pada kalian semua. Sayang kerana ALLAH. Sungguh, kegembiraan kalian adalah kebahagiaan di hati ini jua.

Mengingatkan diri dan sahabat-sahabat agar tidak berlama-lama dalam menghadapi ombak ganas perasaan. Kerna kita akan lelah dan kelemasan di dalamnya. Ayuh, kita teruskan langkahan dengan lebih semangat, biar berkali jatuh jangan pernah tidak mahu bangkit. Contohnya, kalau dah jatuh motor, cepat-cepat bangun, takut-takut kita akan terhenyak lagi jika tak mahu bangun, Begitu juga hidup ini.

~Bahasa cintaku sungguh mudah, ~Cinta kerana ALLAH kekal selamaya~