Malam ini sukar untuk ku lelapkan mata, walau cuba untuk di pejam rapat-rapat namun hasilnya masih sama. Aku terbayang wajah ibu ketika ini, wajah adik-adik dan wajah orang-orang yang selalu berlegar di pemikiran. Sebenarnya banyak benda yang aku fikirkan maka untuk tidak mengingati perkara-perkara yang membebankan fikiran maka aku bayangkan insan-insan yang ku sayang.

Sebagai menghilangkan sedikit kekalutan yang bersarang, maka aku suka untuk mengingati kembali zaman-zaman persekolahan dulu, bersama teman-teman dan rakan-rakan yang mengenal erti keremajaan bersama. Alhamdulillah, waktu remajaku kuhabiskan di alam persekolahan. Bermula di tingkatan 1, aku menapak ke SMAASZA, Batu Burok, satu tempat yang menyimpan banyak nostalgia, suka duka di alam persekolahan.

Sekolah menengahku agak jauh dari rumah, 2 jam baru sampai. Maka aku hanya akan pulang dua minggu sekali atau sebulan sekali. Maka rindulah yang selalu bersarang dalam diri. Pernah ku suarakan agar berpindah saja tapi semua itu sia-sia. Namun, Allah mengatur segala-galanya dengan baik, bermula di sini aku belajar secara formal pendidikan agama. Bahasa Arab yang dulunya asing menjadi sebahagian hafalanku, ada banyak manfaatnya. Kuliah-kuliah yang diadakan di surau banyak membuka mataku tentang agama yang ku anuti sejak dilahirkan.
Bersekolah di bandar Kuala Terengganu juga ada cabarannya. Maklumlah kebanyakan kawan-kawanku berasal dari daerah Kay Tey saja. Mereka selalu mengajakku pulang ke rumah mereka tetapi sering kali aku menolak, sekarang dah rasa menyesal sikit-sikit sebab payah kalau nak pergi kenduri kahwin. Cuma rumah Sa’adah saja yang aku datangi, itu pun secara tidak sengaja kerana aku tertinggal bas. Sa’adah juga sekarang belajar di uni yang sama denganku.

Guru-guru SMAASZA tahun 2004

Masih terbayang di benakku, wajah-wajah guru yang tidak jemu membimbing aku hingga aku berada di tahap ini. Terima kasih Cikgu, Terima Kasih Ustaz, terima Kasih Ustazah. Tingkatan 1 dan 2 amat berlainan suasananya dengan sekolah rendah, kami pelajar diasingkan lelaki dan perempuan. Maka kebisingan selalu melanda kelas jika cikgu tiada kerana sudah tidak ada siapa yang kami malukan waktu itu. Tapi, naik saja tingkatan 3, kami di campur semula, mungkin faktor mahu mengurangkan kadar kebisingan kali. Waktu ini, aku mula belajar cara belajar. Thanks Ina. Dia banyak mengajarku tentang bagaimana mahu berjaya walaupun ku tahu kejayaan itu Allah yang memberi, usaha kita tidakkan kesampaian dengan pemberian Allah yang teramat luas.

Melangkah ke Tingkatan Empat, aku mula belajar ilmu sains walaupun naluri kuat menyuruh aku memilih bidang thanawi tapi tak kesampaian. Namun, tetap ada hikmahnya, hingga aku dapat menjurus dalam bidang yang ku ambil sekarang. Waktu-waktu belajar fizik, kimia dan biologi serta matematik tambahan merupakan waktu kritikal bagiku, mungkin minat yang belum terpupuk atau mungkin juga sikap yang menyebabkan aku jadi sambil lewa. Kesannya, keputusan SPM ku tidak cemerlang, inilah hakikat yang harus aku tanggung tapi tetap ada hikmahnya, aku dapat meneruskan di bidang agama dan sains sekali gus. Terima Kasih Cikgu ( Asmadi -BM, Cg Ruzak -Kimia, Cg Mardiana -Fizik, Cg Arifin -Biologi, dan guru-guru ku yang lain yang tak terkira), hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Semoga ilmu yang tercurah diberkati.

Apabila sahabatku melangkah ke matrikulasi, aku pula sempat menaiki Tingkatan Enam walaupun untuk beberapa minggu. Bumi Nilam Puri adalah singgahan yang sungguh bermakna dalam perjalanan dan kembaraku menuntut ilmu. Masih terngiang suara arwah Ustaz Sidi menasyidkan lagu sir Ilal amam. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah. 2 tahun berpengalaman di bumi tarbiyyah memang benar-benar mengujakan, aku kenal insan-insan yang hebat di sini. Pertamanya, aku rasa sangat syukur kerana Kelantan tidakjauh dari rumahku, keduanya kerana bahasa perantaraannya yang sesuai dengan lidahku. Namun, yang paling aku sukai adalah suasana keilmuannya. Masih teringat pada rakan-rakan Majmuah tiga yang sedikit sekali bilangan siswanya( Munir, amin, aiman, zulkornain) manakala siswinya pula ( k.syu, salmah, zahidah, sarimah, shafiza, aishah, adilah shafie, adilah arshad, shishi, fiza, jihan, masyitah, aniza, hidayah, fatihah asy-syura dan yang tak tulis namanya). Antum semua memang best. Teringat ada sudut perbincangan dalam majmuah, setiap kumpulan ada tajuk, tazkirah dihidupkan selepas atau sebelum kuliah, risalah bulanan, semuanya membuatkan kita bertambah faham dan insyaAllah akan mengamalkannya.

Sungguh susah untuk mencari tempat seperti ini. Di Universiti sekarang masuk kuliah, masuk tutorial, buat assignment, pun kadang-kadang tidak kenal sesama sendiri. Ilmu itu dirasakan hanya untuk diluahkan di atas kertas peperiksaan, lepas sahaja exam semua nota hilang. Benarkah begitu? Aku juga kadang-kadang susah benar mahu mengingati sesuatu yang telah dipelajari. Namun, bak kata orang ilmu itu adalah bersifat mendatangi bukan didatangi. Maknanya, bukan ilmu datang mencari tapi kitalah yang menggalinya. Sekarang sudah ada perkhabaran baik, Haniem dan Zubir telah mengikat tali perkahwinan(dua-dua pernah sekelas di ting 2,3,4,5);Amalina juga khabarnya telah hamil, moga sihat-sihat selalu. Yang lain apa khabar mereka?

Yang paling dekat denganku adalah sepupuku, sekarang di UTHM sudah bertunang, insya Allah bulan 4 nanti akan menukar status. Rashidah Razali-mengembara ke Eropah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ain, Meen, Noly, Rasidah Abdullah, Hasnimah, Zie, Nohira, Sue dan lain-lain masing-masing ada tugas tersendiri di Uni ataupun ada yang sudah dan akan bekerja. Miss u all !!!

Sekarang aku berdepan dengan realiti, hidup di kampus di pinggir kota KL ini. Di celahan rumpun manusia, kesesakan trafik, dan kekadang pencemaran yang menyesakkan dada. Namun, segala-galanya bakal ditinggalkan. Insya Allah, moga segala-galanya dipermudahkan. Bercakap soal realiti, aku sekarang tengah mencari idea sebenarnya, sambil-sambil menulis.
REALITI kekadang boleh menyebabkan kita keliru. Mungkin kerana tidak faham kedudukan sebenar. Uni ku akan ku tinggalkan jua bersama memori pahit manis di alam kampus. Harapnya aku dapat belajar lagi dan lagi hingga buku-buku akan berkata cukuplah. Namun, tiada istilah cukup sebenarnya!!

0 komentar:

Catat Komen