Dulu,

Pernah ada sekelumit rasa,

Tertanya-tanya,

Apakah itu cinta?

Dan kini,

Pertanyaan itu kian menyerbu,

Apabila kaki menginjak ke daerah kedewasaan

Ku terjemahkan cinta,

Pada Pencipta, pada Nabi, para ulama’,

Kedua ibu bapaku,keluargaku,

Sahabat-sahabatku jua pada guru-guruku,

Bila ditanya soal cinta…..

Inilah jawabnya,

Mungkinkah ada cinta selain ini,

Kini..ku kian mengerti,

Apa itu cinta yang sering menjadi buta..

Apa itu cinta yang sering kecundang

Dan apa itu cinta bila hati berkata suka

Terima kasih pada semua

Mengenalkan diriku pada cinta

Dan hari ini..apabila cinta menyampaikan salamnya

Cinta berkata “Assalamu’alaikum”

~ "Ya Allah…jangan sampai aku mendapatkan cinta ‘dia’ sebelum aku mendapatkan cintaMU Tuhanku, dan cinta Nabiku, cinta keluargaku, mualim mualimahku,sahabat sahabiahku,dan cinta pada ilmu dan perjuangan Islam. Ya ALLAH, kerana aku takut, aku tidak kuat dalam mencintainya”~

Pesta Buku Kuala Lumpur 2010 baru melabuhkan tirainya.... Bagi yang berkesempatan dapatlah membeli buku-buku yang selama ini diidam-idamkan atau saja "terbeli" dek kerana mata menjamu pelbagai tajuk menarik.

Jom sama-sama kita membaca.... Pesanan ini ditujukan pada penulis juga..bukan hanya tahu membeli tidak tahu membaca.... dan selepas baca...apa pula lepas itu??? Tentulah amal...yang ini payah benar nak laksana tapi cuba dan teruskan mencuba. Practice makes perfect.

Majalah solusi NO 18 bakal terbit....
Dapatkannnya di http://www.stormreaders.net/yasmira pada awal april ini...Jangan lewat nanti kehabisan..

Jangan lupa banyakkan membaca....terutama nota kuliah dan bahan-bahan untuk peperiksaan. Untuk peringatan penulis terutamanya. Tidak rugi mempunyai buku begitu juga menulis buku.....

~Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat~

Salam hujung minggu….

Mula-mula dapat award ni, tertanya-tanya…..kenapalah nak bagi benda-benda macam ni….tapi bila fikir-fikir biarlah, tak salah pun….lagipun seronok juga dihargai… :)

Ni syarat-syarat seterusnya:

  1. Thank & link the person that gave you the award.

-huhu..dipertimbangkan.


2- Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.

-nanti la…nak discover…banyak tapi tak tahu nak pilih…

3- Contact said blogs and let them know they've won the award.
-hmmm…


4- State 7 thing about yourself.


-seorang student dulu, kini dan sampai mati.

-anak pertama, tengah, terakhir dan tunggal( hehe)

-seorang yang suka menulis, biasanya menulis je apa yang ada dalam fikiran dan hati.

-Minat bidang agama n sekarang menjurus sains juga (bila dah kenal maka baru boleh cinta :)

-bulan kelahiran dah tak lama (bulan di mana adanya hari buruh……hari guru….n so on)

-suka berkawan sebenarnya tapi bukanlah seorang yang “gege” (orang besut cakap peramah)

-Seorang yang serius ….betul ka???...

Apepun TQ la pada Hidayah(http://rifqiy.blogspot.com) kerana telah memberi award ni pada saya…huhu….rasa tak layak je (ceeewah)….. apapun arigato….

So….sekarang ni….mari sama-sama kita maanfaatkan hujung minggu dengan bermanfaat dan jayanya…doakan kejayaan semua di dunia dan akhirat…..

~Ketika hati bergetar, alunkanlah kalam suci PENCIPTA~






Salam ceria daripada penulis…

Hari ini 24/03/2010 penulis dan kawan(Afifah) sempat ke Pesta Buku Kuala Lumpur, Alhamdulillah. Dari pukul 2.00 petang, kami menaiki bas Rapid KL ke Stesen Universiti kemudian ke Masjid Jamek dan akhirnya sampailah ke PWTC jam 2:45 petang. Sungguh tak disangka penulis dapat juga datang ke Pesta Buku setelah lama “kempunan” untuk menghadirinya. Masuk saja pintu PWTC, mata melilau mencari-cari booth yang disediakan. Mula-mula kami naik ke tingkat atas. Kemudian, turun ke bawah hinggalah ke tingkat paling bawah. Penulis mencari-cari buku yang perlu tapi tak berjumpa juga. Hanya ada satu.

Di tingkat paling bawah, ada seseorang yang hendak kami jumpa. Dia ialah penulis buku motivasi terkenal, Dr H.M Tuah. Sempat meminta autograf dan mengambil gambar dr untuk kenang-kenangan. Sudah lama penulis baca buku Dr, dari sekolah menengah lagi. Buku pertama yang dibaca ialah bertajuk ‘Original’ sebuah novel pengembaraan yang pada waktu itu terlalu komplikated untuk difahami.

Sesudah dapat autograf, kami berpusing-pusing mencari jalan keluar. Hinggalah terjumpa pula sesuatu dan sempat penulis membelinya. Sambil berjalan keluar, penulis terpandang seseorang yang agak dikenali sedang merokok. Ish…Tak patut!!!!!

Semoga penulis dapat manfaat daripada buku-buku yang dibeli dan ada kesempatan boleh dibuat ulasan….Sampai jumpa lagi….Wassalam.


Buku-buku


Dr H.M Tuah

Dr sedang Senyum :)

~Mungkinkah ini kali yang terakhir?????~



Hari ni teringin nak post sesuatu yang dah lama terbuku di hati….Adakah penulis tergolong dalam golongan ini?? Sesetengah kata tidak…sesetengah kata “ya”. Sesetengah lagi kata tengah2….Diam dalam kamus dewan maksudnya tidak bersuara, tidak bercakap (dll),senyap. Pendiam pula orang yang tidak suka bercakap-cakap. Malu pula rasa aib, hina, rendah diri, segan, menaruh hormat akan .Pemalu maksudnya orang yang mudah berasa malu.“Malu itu sebahagian dari iman”-tapi malu bagaimanakah yang dituntut?.Malu untuk belajar-itu salah. Malu untuk tegakkan kebenaran-itu juga salah. Malu untuk buat baik-lagilah salah.

Justeru, malu dan diam yang bagaimana????????

Malu untuk buat salah. Diam itu baik jika bercakap itu tidak baik. Dan bercakap itu baik jika diam itu tidak baik. Senang nak menulis tapi tak senang dalam merealisasikannya. Owh……kadang-kadang ada yang cakap sombongnya dia… tak tegur langsung…ish menyampahnya…begitulah natijahnya jadi orang yang terlalu diam. Begitu juga kalau jadi orang yang terlalu banyak cakap.

Sekarang..penyelesaiannya..gunakan ia di tempat yang betul….

~Pemalu, pendiam dan …..~(title yang diberikan sahabat dulu2)



Jika ini berlaku pada ANDA.....plizzzzzzz....plizzzzzzz...plizzzzzz....jngan tiru GAYA ini..

1) Printer ANDA Rosak- jangan sesekali cuba untuk tunjuk pandai atau cuba jd "TUKANG" tak bertauliah kerna

natijahnya RM anda akan melayang....Inilah yang berlaku pada penulis setelah cuba untuk jadi pembaikpulih tetapi tetiba

tak jadi pembaikpulih tapi sebaliknya


2) Bila anda ada charger laptop- jangan la lipat ke- biarkan wayarnya tu digigit tikus ke--kerana nanti kena bli baru~ susah

benar charger tak ada.

3) Andai anda ada laptop----tentu anda akan sayangkannya---so jangan la tekan kuat2 kerana nanti terpaksa tekan kuat2 sampai

bila2 sebab dah ada masalah dah.


4)Jika anda ada kawan baik...jangan selalu sakat dia...sebab nanti dia merajuk...payah pulak nak pujuk...kene belanja la...n so

on..

5) Jika anda masih tak punya pasangan jangan dok menggatal~hehe--------sebabnya ialah itu termasuk cara salah nak cari

jodoh...klu betul2 nak cuba mengadap bakal mak mertua ke, ayah mertua ke...Tau KECUT...


6) Jika anda ada TEST...jgn la buat2 rileks sebab nanti nak masuk exam mula la kecoh ini tak baca lagi,itu tak baca lagi....


7)Sekiranya anda jatuh cinta....cubalah cari orang tengah tanya orang tu dah ada ke belum...nanti melepas..klu dia dah ada x pe

tapi klu tak de lagi ALHAMDULILLAH......:)


8)Sekiranya anda dah ada orang -----maksudnya kekasih (klu blh disebut begitu)---jangan la nak tunjuk

eksyen.... bergambar......keluar ke...sebab apa...sebab ALLAH larang....


9) Kalu dah tahu POSTER PRESENTATION tu dah dekat...buat2 la...guna la adobe ke..atau apa je..asal jadik...


10)KAlau rasa boring2 tu..buatlah perkara berfaedah cket...ngaji ke..baca buku ke...bersukan ke.....atau apa2 je lah..asal

berfaedah...

NI BARU SEPULUH AMARAN.....BANYAK LAGI NAK BAGI NI............AMARAN NI UNTUK PERINGATAN DIRI JUGAK...SAMA2 MUHASABAH.

Hari ini, sambil-sambil mengarang thesis….penulis ingin berkongsi rasa. Tajuk entri kali ini seperti di atas. Apa tujuan kita hidup? Tentunya untuk mati. Thanks kepada perintis_pemikir kerana awal-awal pagi lagi menegur status di ym…katanya status ini ada sama dengan tajuk post di blognya. Katanya lagi pemikiran kami serupa. Thanks a lot. Terfikir sejenak…bertimbun kerja…bertimbun beban…bertimbun yang ingin dilepaskan.

Syukran ya Allah…masih bernafas dengan nafas yang sama seperti semalam….tidak tersekat malahan masih boleh bernafas sendiri..tidak seperti insyirah ( anak saudara penulis) yang telah 14 hari lahir, celik melihat dunia tapi masih tidak mampu melepaskan bantuan oksigen untuk meneruskan nafasnya. Ya Allah, bantulah hamba-hamba-Mu yang lemah…

Sekarang rakan baik penulis…..salah seorang dari 3 K di uji…di tahan di PPUM untuk tinjauan lanjut..Tabahkan hatinya ya ALLAH..kami pohon padaMU..permudahkan urusannya dunia dan akhirat…

Akhirnya penulis mahu berkongsi nasyid (Nazrey X-Raihan) ini: hayatilah dengan penuh makna dan dari hari;

hatiku kembali tersentuh
membisik untuk pulang ke sana

di balik pergunungan itu

di laman kedamaian kita


biarpun ku jauh di sini

namun tak pernah lupakanmu

itulah sebagai tandanya

hiasan sanubari ini

hanya kau yang amat ku sayang


* andai kau dengar lagu ini

walau di mana dikau berada

yang hidup atau yang telah tiada

mengertilah wahai saudaraku

dikaulah yang amat ku rindu

yang ku sayang buat selamanya


tapi apalah daya diriku

tak terucap lagi di bibir

walau air mata mengalir

ku tabahkan demi mereka

kerna ku tahu ku kan pulang jua


~Hidup untuk mati-agar dapat menemui Tuhan Yang Satu~

Firstly, coretan ini didedikasikan buat seluruh insan yang bergelar ibu terutama sekali ibu kepada diri ini. Jasa dan pengorbanan ibu takkan bisa dibalas. Lihat saja bagaimana ibu membawa ke sana ke mari perut yang memboyot selama 9 bulan lamanya. Ibu yang menahan-nahan rasa mual pada trimester yang pertama. Berhutang kita dengan ibu sampai segala nutrien yang ibu ambil akan tersalur pada kita sepanjang berada dalam rahim. Subhanallah. sekiranya ibu mahu minta dibalas tentu saya takkan cukup untuk memberi semula dan mungkin saja jasa-jasa ibu itu takkan terbalas. Ibu yang telah berpenat lelah menyekolahkan, yang telah menyediakan makanan kepada kami dari saat kami bayi hinggalah dewasa dan ibu tak pernah merungut. Ibu akan gembira menyediakan makanan kegemaran kami. Ibu akan gembira bila melihat kami gembira selalu. Dan ibu tentu akan lebih gembira melihat kejayaan kami. Subhanallah.

Terima kasih ya Allah, Engkau menganugerahkan kami seorang yang bergelar ibu, yang kami telah menumpang kantung rahimnya selama 9 bulan lamanya. Yang sanggup berkorban nyawa demi melihat kami dapat melihat dunia. Ibu yang memberi kami susunya dan ibu yang mengajar kami mengenalMU. Tabahnya seorang ibu itu tidak dapat dibayangkan. Sucinya pengorbanan ibu.Ibu tidak pernah meminta kami supaya memenuhi kehendaknya. Tidak pernah memaksa kami mengikut telunjuknya. Tidak pernah melarang kami untuk melakukan apa yang kami lakukan.

Ya Allah anugerahmu ini sangat bernilai. Ya Allah, berikanlah padaku kesempatan untuk memberikan sedikit kebahagiaan pada ibu. agar dapat ku lihat ibu gembira berpanjangan sebelum salah seorang daripada kami dipanggil olehMu. Izinkan diri ini memenuhi keinginan ibu dengan izinMu. Izinkan diri ini berada disisi ibu saat dirinya memrlukan, saat ibu mahu dibahagiakan dan saat ibu sedang kesusahan.

Walau siapa pun ibu, ibu tetap ibu dan ibulah yang telah memberikan seorang anak itu kasih-sayang sehingga dapat pula mencurahkan kasih sayang. Ibulah yang mengenalkan anaknya pada cabaran dunia hingga anaknya juga bisa secekal ibu. Namun, untuk menjadi seorang ibu bukanlah semudah yang disangkakan.Ibu itu tugasnya bukan sekadar memberi keperluan fizikal dan material malahan keperluan rohani. Ibu yang mengenalkan anaknya pada Tuhan tentu sahaja ibu yang jua beriman dan tentu ibu itu bisa menjadikan anaknya seorang yang mentaatiu dirinya sesuai dengan kehendak Allah.

Akhirnya, diri ini memohon berjuta kemaafan. Andai selama ini telah melukakan hati ibu, mengguris perasaan ibu malah mungkin ada perlakuan yang ibu tak senangi. Doaakan anakanda ini berjaya dunia dan akhirat. Ibu, adalah insan yang paling berjasa buat diri ini. Kedudukan ibu tentunya selepas ALLAH dan Rasul.........................

~terima kasih ummi~

Zikir-zikir Yang bagus untuk diamalkan setiap hari , tentang bilangannya , ada yang mencadangkan 1000x , tapi sahabat2 boleh berzikir berapa kali pun , namun 1000x adalah paling afdal, insyaallah...

JUMAAT

يَا الله

Ya Allah

SABTU

لاَ اِلَـٰـهَ اِلاَّ الله

Tiada Yang Nyata Melainkan Allah

AHAD

يَا حَيُّ يَا قَيُّوم

Allah Tuhan Yang Maha Hidup Lagi Berdiri Dengan Sendiri

ISNIN

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Dan Maha Berkuasa Besar



SELASA

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدْ

Ya Allah Rahmatilah Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W Dan Ke Atas Keluarga Baginda


RABU

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

Aku Memohon Ampun Kepada Allah Yang Maha Besar

KHAMIS

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِے سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah Yang Maha Besar Dan Puji-pujian Kepada-Nya

Berzikir adalah mengingat dan menyebut Asma Allah.

Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah akan menyediakan ampunan dan pahala yg besar bagi mereka (QS Al Ahzab 33:35)

Zikir dapat dilakukan dengan lisan dan dengan hati “ Mereka yg mengingat Allah diwaktu berdiri, duduk dan berbaring ..... (QS Ali Imran 3:191);

Zikir menjadikan hati tentram:” yaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah, Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah maka hati jadi tentram (QS Ar Ra’d 13:28)

Allah Yubarik Fikum..

~bercintalah setiap saat~

*wahai adikku sayang

dengarkanlah lagu ini
yang sedang abang dendangkan
moga menjadi nasihat untukmu
di dalam kau menitip kehidupan ini
yang penuh dengan pancaroba

wahai adikku sayang
bantulah pada ibu dan ayahmu
hormatilah gurumu
janganlah melukai hati mereka
kerana restu mereka penentu kejayaanmu
di waktu kau mengejar cita-citamu

bersopan santunlah berbudi bahasalah
kepada semua
jujr dan amanah jangan berdusta
apa saja dilakukan
berhati-hatilah tika memilih
siapa sahabatmu
jagalah pergaulanmu
jagalah maruah dirimu
agar kau selamat dari godaan dunia

* belajar bersungguh sepenuh hati
agar kejayaan milikmu
tabahkan hatimu mengharungi semua cabaran
bersifat pemurah tolong-menolong
pada yang memerlukan
jangan sesekali melupakan perintahNya
agar kau selamat dunia akhirat

~Pandai-pandailah jaga diri duhai adikku.......

Syukur..alhamdulillah dipanjatkan kepada Tuhan yang menguasai dunia seisinya, Tuhan yang menguasai jiwa-jiwa yang hidup,Tuhan yang menguasai kerajaan langit dan bumi.... Astagfirullahal 'azim.....semoga segala kesalahan kita terampun hendaknya...

Tinggal 2 bulan untuk meninggalkan kota batu dan hutan konkrit ini....rasa pantas masa berlalu...semoga segalanya dipermudahkan. 3 tahun di bumi ini....pengalaman yang tertempa tak terucap dengan kata-kata.Terima kasih tak terhingga kepada semua sahabat seperjuangan yang selama ini sentiasa di sisi...kepada ukhti "Cahaya hidayah"...selama 5 tahun diri ini mengenalimu...dikaulah sahabat yang ikhlas memberi...syukran sahabat. Kepada persatuan yang ku banggakan....diri ini bersyukur bernaung dibawahmu....moga terus maju di masa hadapan.

Kepada insan baru yang hadir dalam keluargaku..moga kedatanganmu membawa rahmat... Ya Allah selamatkan kami semua daripada segala tipu daya dunia dan selamatkan kami daripada nerakaMU. Ku berdoa agar dikau menjadi mujahidah yang berjuang di jalan Allah....

Entri ini sengaja dinamakan nafas baru supaya penulisnya juga dapat mencari nafas baru dalam menjalani hidup. Biarlah semalam dengan segala kenangannya...masa hadapan sentiasa menunggu kita dan realitinya kita hidup pada waktu dan detik sekarang......


Andai
Kau tangisi derita semalam
Kau hanya membiarkan
deritamu berulang

Andai
kau mengenang sebuah kebahagiaan
kau hanya diulit bayangan

Ciptalah
Sebuah kehidupan
yang kau impikan

Ciptalah
kejayaan yang kau dambakan

Namun
jangan kau lupa
Kau akan pergi

Kau akan pulang
Ke daerah sana
Bersama tuaian hasilmu
dari negeri sini

Marilah
kita sama bersiap
agar kita
berada dalam golongan
orang-orang yang MENANG

~nukilan pena hati Bintulyamin~

*********Semoga diberi ketabahan buat housemate(roommate) yang ku sayangi dalam menempuh ujian yang datang ini. Moga diberi kesembuhan dan kebahagiaan yang abdi...amin*************