Salam ceria daripada penulis…

Hari ini 24/03/2010 penulis dan kawan(Afifah) sempat ke Pesta Buku Kuala Lumpur, Alhamdulillah. Dari pukul 2.00 petang, kami menaiki bas Rapid KL ke Stesen Universiti kemudian ke Masjid Jamek dan akhirnya sampailah ke PWTC jam 2:45 petang. Sungguh tak disangka penulis dapat juga datang ke Pesta Buku setelah lama “kempunan” untuk menghadirinya. Masuk saja pintu PWTC, mata melilau mencari-cari booth yang disediakan. Mula-mula kami naik ke tingkat atas. Kemudian, turun ke bawah hinggalah ke tingkat paling bawah. Penulis mencari-cari buku yang perlu tapi tak berjumpa juga. Hanya ada satu.

Di tingkat paling bawah, ada seseorang yang hendak kami jumpa. Dia ialah penulis buku motivasi terkenal, Dr H.M Tuah. Sempat meminta autograf dan mengambil gambar dr untuk kenang-kenangan. Sudah lama penulis baca buku Dr, dari sekolah menengah lagi. Buku pertama yang dibaca ialah bertajuk ‘Original’ sebuah novel pengembaraan yang pada waktu itu terlalu komplikated untuk difahami.

Sesudah dapat autograf, kami berpusing-pusing mencari jalan keluar. Hinggalah terjumpa pula sesuatu dan sempat penulis membelinya. Sambil berjalan keluar, penulis terpandang seseorang yang agak dikenali sedang merokok. Ish…Tak patut!!!!!

Semoga penulis dapat manfaat daripada buku-buku yang dibeli dan ada kesempatan boleh dibuat ulasan….Sampai jumpa lagi….Wassalam.


Buku-buku


Dr H.M Tuah

Dr sedang Senyum :)

~Mungkinkah ini kali yang terakhir?????~


1 komentar:

++AnamUsaFir++ berkata...

SALAM YAS..
wa.. bestnya awakkk:)))
jumpe HM tuah!!!

Catat Ulasan