Aku…
Musafir yang sentiasa menanti
Tempat rehat yang sudah di sediakan
Pada masa yang tertentu pula
Aku…
Adalah pedagang yang mahu berniaga
Mahu untung yang tiada rugi
Sedang keuntungan itu perlukan usaha tinggi
Jihad diri yang sanggup mati
Aku…
Berjalan di kelelahan
Namun penuh kepasrahan
Dalam mencari kebahagiaan hakiki
Kerana aku…
Bukan seperti mereka…
Yang sangat-sangat mulia…
Menjalani kehidupan penuh ketaatan.
Dan aku…
Ingin menjadi seperti Rasul yang mulia
Mengikut jejaknya
Sekalipun jauhnya beza antara diriku dan dirinya yang sungguh mulia.
KAta-kata Keramat dari RASULULLAH Sallalahu ‘alaihi
Wasallam~
~Sekiranya engkau meletakkan matahari di tangan kananku dan
bulan di tangan kiriku sekalipun, aku tetap menolak tawaran ini. Aku pasti terus
menjalankan tugas ini walaupun aku mati kerananya~Rasulullah s.a.w~
0 komentar:
Catat Ulasan