Perjalanan Nabi dan Contoh peristiwa
yang dilihat.
A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai
hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah
belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu
oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW
diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak
Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap
untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh
kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
C. Sekumpulan orang orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu:
Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan
mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan.
Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail
Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang
memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki
dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.
F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan
dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan
dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail:
Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang
lain.
H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan
bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan
bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat
fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga
mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari
lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah
terlambat.
K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh
dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail:
Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam
akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan
dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata
Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.
M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan
Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia
yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
~Betapa kerdilnya diri....alangkah terasa panjangnya perjalanan menuju takwa...sedang diri masih berusaha menggapainya...semoga Allah lindungi sentiasa~ALways remember ALLAH by ourside~
0 komentar:
Catat Ulasan