~Hidup ibarat pelayaran~
Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit,
Jadilah aur di lembah,
Tapi jadilah aur yang teranggun di sisi bukit,
Kalau bukan pokok, aur saja pun jadilah !
Jika kau tak boleh menjadi rimbun, jadilah rumput,
Dan hiasilah jalan di mana-mana,
Jika kau tak dapat menjadi haruan, jadilah sepat,
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya.
Bukan semua boleh jadi nakhoda, lainnya harus mengikut saja,
Pasti ada sesuatu untuk semua.
Kerana ada tugas yang berat, ada tugas yang ringan.
Jika kau tak dapat menjadi bulan, jadilah bintang,
Jika kau tak boleh menjadi jagung, jadilah keledek.
Bukannya mengikut besar kau kalah ataupun menang,
Jadilah dirimu sendiri yang terbaik
(by Douglas Mallock in Dare To Fail, Billi P.S. Lim.)
~Hidup untuk memberi sebanyak-banyakknya dan menjadi sebaik-baiknya~Biizillah~
0 komentar:
Catat Ulasan