Berlalu beberapa episod dalam hidup...terasa banyak perkara yang didapati. Terlalu banyak. Apabila mahu dihitung akan nikmat dan pemberian Allah maka tidak akan dapat dihitung. Lalu..muhasabahlah diri menanggapi semua yang berlalu.

Guru....
Sebagai guru...banyak perkara yang dipelajari. Guru bukan hanya berdiri didepan kelas...keluar kelas kemudian meninggalkan pelajarnya. Guru itu...satu nama yang begitu gah. Sesuai dengan peranannya. Lalu... muhasabah ini kembali kepada diri. Sejauh mana telah dilaksanakan amanah. Sejauh mana telah disampaikan ilmu.Sejauh mana telah dididik jiwa mereka. SUBHANALLAH. Betapa...amanah yang terpikul ini...berat...
Sedang belajar itu berterusan.~Sekali menjadi guru, selamanya jadi guru~Semoga ALLAH berikan yang terbaik.

Anak...
Sebagai anak...alangkah terasa banyaknya amanah. Menjaga dan memberikan yang terbaik. Perlukan ketabahan..perlukan kekuatan..Selalu kita akan kuat dengan kerenah budak-budak kecil tapi kita akan jadi mudah lemah dengan kerenah mereka-mereka yang telah berusia. Semoga Allah menunjukkan jalan terbaik.


Dan.....sebagai hamba ALLAH...kita terus berjalan di dunia fana ini. Meneruskan langkah demi langkah. Bukankah kita mahu ke syurga? Jadi...kita harus menempuh jalan menujunya. Bukankah kita mahu sentiasa dalam redhaNYA...Ingatan buat diri...muhasabah...muhasabahlah selalu....


0 komentar:

Catat Ulasan